BAB 6

Romance Completed 11098

Pandangan ditebarkan. Memandang para pelajar yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan latihan yang diberikan. Seorang guru tuisyen malam. Tidak terlalu lumayan namun sudah cukup baik untukku. Aku duduk menongkat dagu. Nafas dihela panjang. Mataku jatuh pada jari manisku. Jari yang sepatutnya tersarung sebentuk cincin. Angan yang sudah musnah tapi kutahu itu yang terbaik. Everything happens for a reason.

Perit namun kenyataan yang harus aku terima.

“Cikgu…”

Wajahku diangkat. Semua mata terarah pada wajahku.

“Ya?” soalku lembut.

“Mana suami cikgu?”

Terus aku terdiam. Soalan ini yang ingin aku elakkan. Soalan yang mendera jiwaku.

Bibirku mengoyak senyuman nipis sebelum menggeleng. Mata mereka membulat. Biarlah. Mungkin ini yang terbaik untukku. Mungkin Inayat Amin bukan jodohku.

“Maksud cikgu?”

“Cikgu tak jadi kahwin,” balasku perlahan.

Kelopak mataku sudah bergenang. Mustahil pula aku ingin mengalirkan air mata di hadapan para pelajarku. Bukankah aku kuat?

“Kenapa cikgu tak jadi kahwin?”

Soalan itu aku biarkan tidak terjawab. Sabar, Bilqis Huraiyah. Mereka hanya anak kecil yang tidak mengerti segalanya. Dan aku sudah dewasa. Seharusnya berdiplomasi meskipun sangat sakit. Semua masih menagih jawapanku.

“Se…”

“Sebab dia nak kahwin dengan abang,” ujar satu suara dari muka pintu.

Aku menelan air liur. Lik!

Bibirnya mengoyak senyuman. Tangannya diselukkan ke dalam kocek jeans. Memakai kemeja lengan pendek berwarna putih. Rambutnya kemas terpacak. Sepasang mata bening itu kelihatan bercahaya. Dia lagi. Entah apa yang dia inginkan dariku.

Nampak santai. Dia bersandar pada ambang pintu.

Aku mengeluh. “Buat apa kat sini?”

“Tengok my Bilqis. Sambunglah mengajar. Saya akan tengok dari sini je.”

Tidak aku pedulikan dirinya meskipun para pelajarku sedari tadi memandangnya. Aku mengerling barisan belakang yang terdiri daripada lima orang pelajar perempuan. Berbisik dan tersenyum simpul. Tidak aku nafikan Lik ada kelebihan yang tersendiri. Ditambahkan lagi dengan gayanya bak lelaki budiman.

“Yang kat barisan belakang tu buat apa?” sergahku.

“Err… tak buat apa pun, cikgu.”

Tidak pandai untuk menipuku! Jelas sekali mereka merenung Lik.

Ah! Lik bukan sesiapa dalam hidupku. Tidak perlu aku ambil tahu soalnya. Saat itu juga loceng berbunyi. Semua sudah bangun. Sudah tiba waktunya untuk aku pulang. Lik hanya membisu. Memerhatikan aku dari ambang pintu sambil tersenyum.

Laju saja aku mengemas barang-barang milikku. Harus pulang awal. Tidak mahu nenek menungguku.

MALAM semakin tua. Aku kerling jam pada pergelangan tangan. Sudah! Tak silap aku, aku memakirkan motorsikal milikku di sini namun kini tiada. Mustahil aku terlupa. Wajahku sudah berubah riak. Runsing. Memikirkan bagaimana aku harus pulang.

“My Bilqis.”

Aku berpaling.

“Lik,” tuturku perlahan. Entah dia dengar, entah tidak.

“Kenapa ni?” soalnya hairan.

Bibirku diketap.

Perlukah aku memberitahu segalanya?

Para pelajar yang berpapasan denganku dan Lik menghadiahkan senyuman mekar sambil berbisik-bisik. Aku yakin mereka sedang berbicara soal Lik. Semua itu tidak penting sekarang ni.

Sepasang mata bening itu merenungku lama. Aku melarikan pandangan. Dia tersenyum sebelum menggeleng.

“Kenapa my Bilqis berdiri di sini?”

“Motor saya tiba-tiba tak ada,” terangku telus.

Dia blur. Garu kepala yang tak gatal. “Motor my Bilqis pergi mana? Kena curi eh?”

Eii… mamat ni mulut tak boleh pakai langsung. Mati aku kalau motor aku hilang. Motor tu bukannya harga seringgit. Berpeluh jugak nak bayar tapi takkanlah kena curi. Sepanjang aku letak motor dekat sini, tak pernah sekalipun kena curi tapi kenapa boleh lesap pulak sekarang ni? Mangkuk betul orang yang ambik motor aku.

“Sebenarnya kan…”

“Sebenarnya apa?” tanyaku pelik.

“Motor my Bilqis saya yang ambik.”

Mataku terbuntang. Aku tengok dia tak berkelip.

“Saya dah upah orang dah hantarkan motor awak balik rumah.”

“Kenapa pulak?”

“Sebab saya nak hantar my Bilqis balik. Supaya saya ada masa bersama my Bilqis. Jom,” tuturnya seraya mengenyitkan mata.

Lik membuka pintu kereta. Menyuruhku masuk ke dalam perut kereta namun aku hanya berdiri di pintu kereta dan menoleh memandangnya. Aku mengerti renungannya. Dia menyuruhku masuk ke dalam kereta.

“Masuklah.”

“Masuklah or I might kill you.”

Terus aku masuk ke dalam kereta dan dia berlalu ke tempat pemandu. Di kala dia memulakan pemanduan, aku hanya memeluk tubuh dan mendiamkan diri. Jari-jemariku dingin dek penyaman udara yang dia pasang. Kakiku juga sejuk tapi aku malas nak bersuara. Nanti pelbagai ayat yang akan meluncur dari bibirnya.

“Macam mana Lik tahu saya ajar kat sini?” tanyaku ingin tahu.

Lelaki itu berpaling sekilas sebelum kembali memandang hadapan.

Hairan juga rasanya. Dia tahu sebaris nama milikku. Dia tahu di mana rumahku. Dia punya gambarku dari kecil hinggalah dewasa. Malah dia tahu di mana aku mengajar. Segalanya sangat menghairankan aku.

“I know everything about you, my Bilqis.”

“Dan kenapa saya rasa saya tak tahu segalanya pasal Lik?” soalku geram.

Aku tidak suka lelaki ini berkata begitu. Bagaikan menguji kesabaran yang aku ada.

Dia hanya tersenyum sebelum menggeleng.

Benar. Aku hanya tahu dia bernama Lik. Itu saja. Aku tidak tahu siapa dia. Dari mana dia datang. Mengapa dia ada di sini. Langsung aku tidak tahu!

Lepas bosan menunggu jawapan darinya, aku memeluk tubuh dan membuang pandang ke luar tingkap. Kepalaku dilentokkan dan bersandar pada cermin kereta. Ekor mata Lik mengerlingku. Bibir itu tidak putus-putus menguntum senyuman.

“My Bilqis nak saya jawab soalan my Bilqis tadi?”

“Ikut suka Lik!”

“My Bilqis marah Lik ke?”

Aku membisu. Dia membrek secara mengejut. Rahangku turun jatuh. Laju saja aku mengusap dadaku. Mujur aku memakai tali pinggang keledar. Jika tidak, pasti sudah tersembam. Lik patut belajar memandu dengan lebih baik.

Khuatir juga dia marah kerana aku tidak menghiraukan soalannya.

Lik berpaling. Mengoyak senyuman manis. Tidak kelihatan seperti marah.

Lama dia memandangku tanpa kata. “My Bilqis marah Lik ke sebab tak jawab soalan my Bilqis tadi?”

“Tak,” balasku sepatah.

“Baguslah macam tu. My Bilqis hanya perlu tahu yang saya cintakan my Bilqis. Soal lain, tak perlu tahu.”

Dia meneruskan pemanduan. Jemari menggaru kepala yang tidak gatal. Makin pening rasanya. Jawapan yang hanya membuatkan aku semakin tidak mengenali lelaki tampan ini. Aku mengetap bibir. Cuba memikirkan kembali kalau-kalau aku pernah melihat atau terserempak dengan lelaki ini. Rasanya tidak.

Masih dengan teka-teki yang susah untuk dijawab. Siapakah lelaki ini?

Terlalu mudah dia mengungkapkan cinta.

“Lik,” panggilku.

“Ya?”

“Apa nama penuh Lik?”

“Bilqis Huraiyah tak berputus asa walhal saya dah beritahu yang my Bilqis hanya perlu tahu bahawa saya cintakan my Bilqis. Nanti saya akan beritahu jugak,” ujarnya lembut.

“Kenapa tak beritahu sekarang saja?”

Lik menggeleng sebelum mengoyak senyuman kelat.

Pandanganku dan dia bersabung seketika. Getar di hati semakin menggila. Tidak! Aku tidak boleh mencintai lelaki ini. Gila agaknya. Bilqis Huraiyah mencintai seorang lelaki yang telah merosakkan majlis akad nikah.

Namun saat ini juga aku tahu kadangkala cinta itu hadir tanpa aku sangka.

“Sekarang bukan masa yang sesuai.” Terus lamunanku lenyap.

Akan aku tunggu detik itu yang kononnya detik yang sesuai kerana aku ingin tahu siapakah lelaki ini. Dari mana dia datang dan mengapa dia hadir dalam hidupku.

Aku tengok kakiku. “Lik, you know about my past, right?”

“Yepz.”

“You know Zahil Ikhlas, then?” tebakku.

Wajahku dipanggungkan. Dalam gelap, aku cuba membaca riak wajahnya tapi hampa. Riak wajahnya langsung tak berubah. Lik tetap tenang dan tidak goyah dengan soalanku. Kalau dia tahu masa laluku, dia mesti tahu tentang Zahil tapi kenapa riak wajahnya menunjukkan yang sebaliknya? Adakah dia memang tidak mengenali Zahil?

“Who is he?” Suaranya berubah menjadi tegang.

Senyuman pahit aku lempar. “He was somebody who ruined my life.”

“What happened?”

Bibir bawah kuketap. Aku bermain dengan hujung tudung yang aku pakai. Desahan nafasnya jelas kedengaran.

“Dia beritahu semua orang yang ibu dengan ayah saya mati sebab…” Aku tak dapat meneruskan kata.

Kelopak mataku bergenang. Aku rindukan ayah dan ibu. Mungkin mereka melakukan kesilapan tapi mereka orang tuaku. Mereka dah bersusah payah besarkan aku dan mereka tetap ibu bapaku sampai bila-bila.

“It’s okay, dear. Semua tu bukan salah my Bilqis. Saya terima my Bilqis seadanya. Saya sayangkan my Bilqis.”

“Sebelum ucapkan sayang, awak perlu fikir, Lik.”

“Saya dah fikir dan saya memang sayangkan my Bilqis.”

Terus aku jeda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience