BAB 2

Romance Completed 11098

Inayat yang duduk tidak jauh dariku aku kerling. Jantungku berdetak laju. Peluh yang merenik di dahi aku kesat dengan tisu. Sebentar lagi, aku akan menjadi seorang Puan Bilqis Huraiyah. Aku akan menjadi seorang isteri dan seorang ibu, insya-Allah.

Dia berjanji untuk terima aku seadanya. Kata dia, dia tak peduli tentang masa laluku. Dia tak peduli ibu dan ayah aku mati kerana menghidap HIV.

“Aku nikah akan dikau Inayat Amin bin Mansor dengan Bilqis Huraiyah binti Hufail dengan mas kahwin enam puluh ringgit tunai.”

“Aku terima…”

“Nanti dulu!”

Teriakan seorang lelaki yang memakai t-shirt hitam berlengan pendek dan jeans membuatkan kata-kata Inayat terhenti. Lelaki itu berdiri di pintu masjid sambil membongkokkan tubuh. Dia usap dadanya berulang kali. Rahangnya turun naik. Mengah agaknya. Dahiku berkerut seribu. Mataku dikecilkan. Cuba berfikir kalau-kalau aku pernah berjumpa dengan lelaki itu tapi hampa. Ini kali pertama aku berjumpa dengannya.

Siapakah dia? Adakah dia adik-beradik Inayat?

“Encik ni siapa?” tanya Inayat hairan.

Telahan silap. Inayat langsung tak mengenali dia.

“Saya?” aju lelaki asing itu sambil menuding jari ke arah dirinya sendiri.

Inayat mengangguk.

Nenek mengerlingku menagih penjelasan dan aku hanya menjongketkan bahu tanda tidak tahu. Aku tidak tahu siapa dia dan apa yang dia mahu.
Lelaki itu koyak senyuman sinis. Dia atur langkah mendekatiku. Keningku bertaut rapat.

“Saya bapa kepada anak Bilqis.”

Aku terlongo.

Laju aku gelengkan kepala. Gila agaknya dia.

Sejak bila aku ada anak?

Ibu Inayat memandangku tajam. Senyuman manis yang sedari tadi terukir di bibirnya mati. Kutahu dia inginkan penjelasan namun aku sendiri tidak mengerti apa-apa. Semua orang yang ada mula berbisik. Aku menunduk. Menekur lantai. Darah merah mula menyerbu mukaku. Aku langsung tidak mengenali dia. Hatta namanya juga aku tidak tahu.

“Ai, betul ke apa yang dia cakap?” bisik nenek.
“Tak. Tak betul,” nafiku.

“Bilqis…” Suara Inayat penuh dengan amaran.

Aku menggeleng. Menafikan kata-kata lelaki gila itu.

“Saya tak kenal dia,” ujarku perit.

“Sayang, kenapa sayang cakap sayang tak kenal abang? Baby yang sayang kandung sihat? Bulan ni dah masuk tiga bulan kan?”

Inayat bangun dan mendekatiku. Wajahnya merah. Riak wajahnya berubah. Matanya memandangku tajam dan aku hanya mampu gelengkan kepala berulang kali. Dia ketap bibir bawah. Kelopak mataku bergenang.

“You betray me,” tuturnya marah.

And you don’t believe in me.

Aku kenal dia lima tahun dan dia cuma perlukan beberapa minit untuk tidak mempercayaiku. Meski aku tidak mencintainya, aku sanggup mengahwininya kerana rasa hormat dengan pendiriannya. Kufikirkan dia tidak mudah goyah tapi aku silap rasanya. Perasaannya langsung aku tak mampu tebak. Inayat hanya lelaki biasa yang belum mengerti apa-apa tentangku.

“Ma, jom kita balik. Bilqis, anggap macam kita tak pernah kenal.”

Bahuku terlurut jatuh dan aku rebah di atas lantai masjid. Telapak tanganku menekup mulut dan untaian hangat semakin galak jatuh. Sepatutnya sebelum dia ucapkan sayang, dia harus berfikir. Aku yang terima padahnya walhal aku tak bersalah dalam hal ini.

Inayat melangkah pergi tanpa memandangku. Saat dia masuk ke dalam perut kereta, aku hanya jeda. Ingin sekali aku memanggilnya namun lidahku kelu. Suaraku seolah-olah tersekat di kerongkong.

Lelaki asing yang tidak kukenal itu berdiri tidak jauh dariku.

“Sampai hati encik buat saya macam ni.”

“Maafkan saya.”

Aku merengus kasar. Mataku membulat memandangnya dan dia tayang riak wajah bersalah.

“Encik ingat maaf encik boleh betulkan semua benda?”

“Saya…” Kata-katanya mati.

Tepukan seseorang membuatkan aku tersentak.

Seorang lelaki berkemeja putih dengan slack hitam dan memakai cermin mata berbingkai hitam mengatur langkah mendekatiku. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.

Lelaki ni siapa pulak?

“Such a splendid performance, Arif.”

Lelaki yang mengaku bapa kepada anakku itu menunduk sedikit.

“Now, you can go.”

Arif berlalu pergi. Lelaki yang berkaca mata itu menunduk di hadapanku. Kepalaku jatuh ke sebelah kanan.

“You are mine, Bilqis Huraiyah. Tak ada siapa boleh rampas awak selagi saya masih ada and that guy was stupid. Macam mana dia boleh percaya cakap orang? Pity you, my Bilqis tapi tak apa. My Bilqis beruntung sebab tak kena kahwin dengan lelaki macam dia.”

“Encik ni siapa?”

“Somebody who owns you heart,” ucapnya lembut dan aku terpana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience