BAB 5

Romance Completed 11098

Rahangku jatuh. Sepanjang perjalanan aku ke ruang tamu banglo tiga tingkat itu, terpampang seribu satu gambarku di dinding. Gambar dari bayi hinggalah aku besar seperti ini. Hairan rasanya. Semakin pelik. Bagaimanakan pemilik rumah ini punya gambarku? Bulu romaku meremang. Gila agaknya.

Wanita di hadapanku itu mematikan langkahnya. Aku yang membuntuti langkahnya menghentikan langkah. Tercetus keluhan kecil dari bibirku.

Seorang lelaki berdiri membelakangiku. Membuang pandang ke luar jendela yang terbuka. Langsir berwarna putih dibiarkan lepas.

“Tuan , Cik Bilqis dah sampai,” ujar wanita itu dingin.

Tika itu lelaki itu memalingkan tubuhnya. Mataku membulat. Sudah aku agak! Ini lelaki yang sama merosakkan majlis akad nikah dan mencuri cincin milikku. Terus aku memalingkan tubuhku dan berkira-kira untuk pergi namun salah seorang daripada lelaki tegap itu menghalangku. Sepucuk pistol diacukan di dahiku. Aku menelan air liur yang terasa kesat.

Nafasku tidak teratur. Peluh dingin sekali lagi merenik di dahiku.

“Yusuf, letak pistol tu,” arah lelaki yang dikenali sebagai tuan muda.

“Baik, tuan.”

Aku menarik nafas lega.

Mereka sangat menakutkan. Punya pisau dan pistol. Lelaki itu berdiri di tempat lelaki bernama Yusuf berdiri tadi. Sepasang mata bening itu melirikku nakal “Kesian my Bilqis. Lain kali jangan berani ugut dia,” tutur lelaki itu lantang.

“Tapi tuan cakap suruh kami bawak dia tak kira apa pun yang terjadi,” bangkang wanita itu tidak puas hati.

Rahangnya turun naik. Wajahnya sudah merah.

Dia memandang ketiga-tiga mereka dengan pandangan tajam. Mereka sudah menikus. Menekur lantai. Aku hanya mampu melihat tanpa mampu berkata apa-apa.

“Aku tak suruh korang ugut dia. Sekali lagi korang ulang perkara macam ni, siap korang. Dah. Pergi. Buat menyemak je.”

Laju saja mereka mengangguk. Sesaat kemudian, mereka hilang dari pandanganku. Lelaki itu kembali mengorak senyuman manis..

Sofa ditepuk berkali-kali menyuruh aku melabuhkan punggung namun aku menolak. Riak wajahnya berubah.

“My Bilqis jangan risau. I won’t hurt you.”

“Saya takkan bunuh my Bilqis. Duduklah,” ujarnya romantis menampar gegendang telingaku.

Dan aku julingkan mata.

Dia siapa nak suruh aku duduk tepi dia?

Pandanganku dan dia bersabung. Lama! Ada getar di hatiku. Dia berdeham. Aku tersentak. Tawa terlepas dari bibirnya. Wajahku diserbu darah merah. Aku larikan pandangan. Ngek betul aku ni. Tengok mamat tu buat apa?

“You’re dead gorgeous.”

Ingat aku nak cair ke dengan kata-kata dia? Eheh. Dah cair pun.

“Kenapa tuan muda nak jumpa saya?” soalku tatkala aku menyedari hatiku semakin cair dengan kata-katanya.

“Jangan panggil tuan muda. Panggil saya, Lik.”

Lik? Pelik. Tidak pernah aku jumpa insan bernama Lik. Mungkin saja itu nama timangannya, Bilqis Huraiyah.

“Kenapa Lik nak jumpa saya?”

Rasanya aku memang tidak mengenali lelaki ini. Malah aku sakit hati dengannya. Dia sudah merosakkan segala-galanya dan aku tahu dia langsung tidak rasa bersalah.

Siapakah dia sebenarnya? Kelihatan seperti orang berada. Lihat saja rumahnya mahupun para pekerjanya. Dipanggil ‘tuan’. Cara dia berpakaian juga tidak seperti orang kebanyakan. Dia terlalu berbeza dengan lelaki-lelaki di luar sana yang aku selalu jumpa. Sungguh aku makin keliru. Seribu satu soalan tentang dirinya masih belum terjawab.

“My Bilqis, perlu ke ada sebab untuk saya jumpa my Bilqis?”

Aku merengus kasar.

“Encik Lik, saya rasa encik ni gila. Encik dah rosakkan majlid akad nikah. Encik dah curi cincin milik saya tanpa pulangkan kembali cincin tu.”

“My Bilqis, saya memang gila. Gilakan awak. Lagipun saya tak rasa salah untuk rosakkan majlis akad nikah tu. Jelas sekali lelaki tu tak percayakan my Bilqis. Baru tipu sikit dah percaya bulat-bulat,” ujarnya geram.

Namun perbuatannya itu membuatkan aku terluka.

Tiada siapa menginginkan aku. Aku hanya seorang Bilqis Huraiyah yang tiada apa-apa. Hanya Inayat yang menerimaku. Hanya dia yang sanggup berteman denganku dan sekarang, dia sudah pergi. Meninggalkan secebis harapan untuk bahagia begitu saja. Silap aku juga kerana begitu mudah mengatakan Inayat Amin ditakdirkan untukku.

Kenapa harus aku ingat Inayat? Dia hanya lelaki yang tak mampu terima aku seadanya!

“Tapi Encik Lik tetap tidak ada hak untuk merosakkan segala-galanya.”

“Memang saya tak ada hak but I want to make you smile. I want to make you laugh. I want to make you love me.. I want to be with you. All I need is you. My heart is yours, my Bilqis.” Suaranya yang mendayu-dayu menampar gegendang telingaku.

Lututku bagaikan tidak mampu menampung tubuh badan. Kata-katanya bak kasanova terbilang. Jika aku ini wanita yang tidak kuat hatinya, pasti aku sudah mencintai lelaki ini dengan sepenuh hati. Namun aku terlalu berbeza. Sekeping hati milikku tidak mudah untuk dimenangi. Malah sebenarnya Inayat Amin belum berjaya memenangi hatiku.

“Encik ni siapa sebenarnya?”

“Seseorang yang mencintai my Bilqis.”

Aku terdiam. Lupa untuk memarahinya. Lupa bahawa aku sedang geram dengannya.

Setiap aksara yang menutur keluar dari bibirnya mematikan segala kata-kataku. Lembut namun tajam dalam diam.

“Come,” ajaknya lalu bangun.

“Nak pergi mana?” soalku hairan.

“Ke tempat yang my Bilqis patut tengok,” tuturnya bersahaja sebelum mengoyak senyuman nipis.

PINTU kayu itu ditolak perlahan. Seorang lelaki tua yang berpapasan dengan kami menunduk hormat. Bibirnya mengorak senyuman. Entah berapa ramai orang bekerja di sini. Lelaki tampan itu tidak membalas senyuman. Hanya membeku.

Aku menggeleng. Kelihatan seperti angkuh!

“Masuklah,” ajaknya.

Lambat-lambat aku menapak ke dalam bilik itu. Gelap! Terus lelaki itu menekan suis lampu. Mataku melingas kiri dan kanan.

Mulutku terbuka. Bagaikan apa yang aku lihat tika ini hanya mimpi di siang hari. Lelaki itu kelihatannya senang sekali dengan reaksiku. Tergamam sebenarnya. Jantungku berdetak laju. Mataku membuntang. Seribu satu rasa menghentak hatiku.

Seraut wajahku dilukis kembali. Persis sekali. Di bawah tadi, aku hanya melihat wajahku yang sebenar dan kini aku melihat potretku. Renunganku, senyumanku, bibirku. Segalanya terlalu sama dan sangat indah. Beratur-ratus potretku dilakar dan diletakkan di sekeliling bilik itu. Ada gambar aku senang berlari. Ada gambar aku sedang menangis. Ada gambar aku sedang terjatuh.

“Mana Lik dapat semua gambar ni dan gambar di bawah tadi?”

“Dari hati saya, my Bilqis.”

Jawapan yang sangat tidak diterima akal bagiku.

“Encik Lik, saya tanya betul-betul ni.”

“Bilqis Huraiyah, satu saat nanti my Bilqis akan tahu segalanya tapi bukan sekarang. Now, my Bilqis hanya perlu tahu yang saya cintakan my Bilqis. Itu saja. My Bilqis tak perlu tahu siapa saya. Tak perlu peduli dari mana saya datang. Hanya perlu tahu yang saya cintakan my Bilqis.”

“Saya nak balik,” ucapku tiba-tiba.

Keningnya terjongket.

“Saya nak balik,” ulangku lagi.

“Jom. Saya hantarkan.”

Dia mempersilakan aku keluar dari bilik itu.

Kata-katanya tadi terngiang-ngiang di telingaku. My Bilqis tak perlu tahu siapa saya. Tak perlu peduli dari mana saya datang. Hanya perlu tahu yang saya cintakan my Bilqis.

Lik. Adakah namanya hanya Lik? Atau Malik? Lelaki ini tetap dengan teka-tekinya dan aku tidak mampu menyingkap rahsia itu.

Tak perlu tahu siapa dia. Tak perlu peduli dari mana dia datang. Hanya perlu tahu dia cintakan aku. Benarkah begitu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience