BAB 1

Romance Completed 11098

“Nama siapa?” tanya cikgu lelaki yang kuagak sudah setengah abad.

Aku senyap seketika. Peluh mula berjejeran di dahi. Air liurku terasa berpasir. Nafas aku hela panjang. Berpasang-pasang mata melekat pada wajahku. Semua menanti aku berbicara dan lidahku kelu.

“Nama siapa?” Sekali lagi soalan itu menerobos gegendang telingaku.

“Bilqis Huraiyah,” balasku perlahan.

“Okey. Bilqis pergi duduk tepi Adlina,” arah cikgu itu.

Lambat-lambat aku mengangguk. Kakiku diatur mendekatiku meja yang kosong. Aku letak beg di atas kerusi dan ukir senyuman nipis di kala pandanganku dan pandangan gadis bernama Adlina itu bertaut. Dia tersenyum manis. Sepasang matanya bersinar dan aku kaku. Tiada apa yang boleh aku bicarakan dengan dia.

“Nak panggil apa?”

“Ai.”

“Ai duduk mana dulu?”

“Melaka,” balasku sepatah.

Dia angguk.

Aku keluarkan pencil case dan tumbler. Aku letakkan tumbler di sisi meja. Angin pagi mula menyapa kedua-dua belah lekuk pipi.

“Ai duduk dengan siapa?”

“Nenek.”

Kerongkongku terasa perit. Sudah kuagak soalan ini akan terpacul keluar dari mulutnya. Sungguh aku tidak suka orang mengambil tahu perihal peribadiku. Mereka tidak perlu tahu siapa aku dan semua tentang aku. Aku tak kisah orang menganggap aku sombong kerana aku lebih mengenali diriku dan benci menceritakan masalah kepada orang lain.

“Mak dengan ayah Ai ada dekat mana?” soal dia lagi.

“Meninggal.”

“Sakit apa?”

Aku jeda. Langsung tak dipedulikan soalannya. Aku pandang whiteboard yang penuh dengan tulisan.

“Ai, mak dengan ayah sakit apa?”

Jeda lagi.

“Kenapa pindah sini?”

Aku pekakkan telinga dan tidak hiraukan soalannya.

“Sombong,” gumam Adlina rendah namun aku masih dapat menangkap butir bicaranya.

Riak wajahku langsung tak berubah.

She’s judging me but I don’t care. She knows my name but not my story.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience