KAFE tempat Erina bekerja menjadi lokasi pertemuan mereka kali ini.
Dari jauh, Erina memerhatikan tingkah Yuanjun. Dia sedang memeluk tubuh, pandangan dibuang ke luar, di balik dinding transparan kafe. Biasan cahaya matahari sedikit menyinari tampangnya. Kopi yang dihidangkan Erina tadi belum lagi diusik.
Selesai menyiapkan pesanan pelanggannya yang terakhir, dia menanggalkan apron. Syifnya secara rasmi telah berakhir.
"Erina, anak Cina mana kau kutip tu?" Kak Finaz muncul sambil tersenyum simpul. Dialah orang seterusnya akan menggantikan syif Erina.
"Oh. Kawan," jawab Erina. Abaikan senyuman nakal Kak Finaz. Dia faham mengapa Kak Finaz menunjukkan reaksi begitu. Sepanjang hidupnya, tak pernah ada seorang lelaki pun rapat dengannya melainkan Atiq.
"Kawan? Heloknya kawan Erina." Kak Finaz angkat kening berkali-kali, mengusik. Ibu jarinya turut terangkat sekali.
"Aih..." Erina mendecit. Tangannya lantas menampar lengan Kak Finaz. Terkekeh-kekeh Kak Finaz menerima tamparan Erina. Seronok betul dia mengusik Erina.
"Okey, pergilah. Kesian dia tunggu tu." Kak Finaz mengikat tali belakang apronnya. Bersiap sedia ingin memulakan syif.
Erina senyum. Kemudian, dia terus berlalu ke meja tempat Yuanjun sedang merenung nasib.
Ekor mata Yuanjun terasa seperti seseorang sedang bergerak ke arahnya. Dia langsung menoleh. Paras Erina menghiasi mata. Dia tersenyum manis memandang ke arah Yuanjun.
Kerusi berhadapan Yuanjun ditarik, "Kenapa tak minum?" tegur Erina. Tak nak minum lain kali bagitahu. Tak payahlah dia bazirkan duit belanja lelaki ini.
"Tunggu kau."
"Lah, kenapa tak jamah je dulu sementara tunggu?"
Yuanjun tegakkan badan dari terus besandar malas. Tangan mecapai cawan kopi yang berkemungkinan telah sejuk itu sementara tangan kirinya masih lagi elok memeluk tubuh.
"Dah sejuk dah tu. Nak yang baru ke?" Erina sekadar bertanya. Dia tahu, sudah hampir setengah gelas lelaki itu menelan kopi buatannya.
Yuanjun tidak menjawab. Sambil minum, sambil mata monolidnya tajam merenung Erina.
"Okey..." Kekok Erina membalas. Dia menoleh ke tepi. Alahai, kenapa Yuanjun suka tenung tajam sebegitu? Dia tak tahukah mata monolidnya itu kelihatan menggerunkan apabila dia merenung macam itu?
Bunyi cawan berlaga dengan meja kayu tidak lama kemudian, langsung memecahkan kesunyian dan kekok di antara mereka. Erina menoleh semula ke arah Yuanjun. Dia maniskan senyuman, "Saya dah tahu apa maksud tulisan awak tu!" beritahunya teruja.
Riak wajah Yuanjun kosong. Seperti tidak takjub, "Apa function kau sebenarnya nak jumpa aku? Cakap pasal benda tak berfaedah ni ke?"
Auch! Nada suara Yuanjun sedikit mengguris hati Erina. Sekurang-kurangnya kalau tak teruja, senyum sikit tak boleh ke?
Oh, dia terlupa! Yuanjun memang begini orangnya.
Erina tetap menayangkan senyumnya buat kesekian kali, "Ya! Saya nak tahu apa maksudnya."
Yuanjun mengerutkan dahi, "Tadi cakap dah tahu?"
"Eh, bukan-bukan! Haah... saya dah tahu tapi saya nak tahu apa maksud disebalik ayat tu."
Not the classic goodbye. Until we meet again kut dia bagi! Tak ke luar alam tu?
Yuanjun senyap tidak menjawab. Perempuan ini otak pergi mana? Tak tahu ke maksud ayat itu?
"Maksudnya... awak nak jumpa saya lagi ke?" teka Erina setelah hanya kediaman Yuanjun menjadi jawapan kepada pertanyaannya tadi.
Yuanjun memandang Erina bingung, "Huh? Nope."
Betullah. Otak perempuan ini memang hilang.
"That's the way I said goodbye." Mesti perempuan ini salah tafsir ayatnya. Itulah tak pasal-pasal harini ajak bersua muka semula. Salah dia juga sebenarnya. Kalaulah dia tahu, si Erina ini bebal sampai ke tahap begini, tak adanyalah dia tulis ayat itu.
"Oh," Hanya itu keluar dari mulut Erina. Memandangkan dia tak punya ramai kawan, sangkanya Yuanjun ingin berkawan dengannya. Alahai... malu! Selepas ini, dia patut lebih banyak luangkan masa berkomunikasi bersama manusia-manusia lain untuk elakkan peristiwa memalukan seperti ini berlaku lagi.
"Tu je? Kau ni memang suka bazirkan masa orang ke?" Yuanjun menyoal agak sebal. Fikir ada hal mustahak apalah sampaikan beria ajak jumpa di kafe ini.
Senyuman Erina tadi kian memudar. Malu belum lagi habis, Yuanjun pula kedengaran sakit hati.
"Takdela..."
Yuanjun mengeluh. Dia bongkokkan badan sambil kedua-dua belah tangannya menjulur ke hadapan. Erina sedikit menjauhkan tangan saat terlihat tangan Yuanjun seinci saja lagi menyentuhnya, "Okey, macam ni lah. Lepas tengah hari tu berlalu, kita dah dikira takda apa-apa hubungan. Antara kau dan aku, sama-sama takda hutang budi ke apa. Kalau kau rasa terhutang budi dengan aku, aku bagitahu siap-siap yang aku taknak kau balas apa-apa. Kopi tadi dah cukup bagi aku."
"Tapi..."
Yuanjun menggerakkan jari telunjuknya, melarang Erina dari mematahkan percakapannya, "Uh-uh, aku tak habis cakap lagi."
"Kita bukan ada hubungan apa-apa. Aku stranger bagi kau. Aku tolong kau haritu sebab aku kesiankan kau je."
"Tolong jangan cari aku dah." Yuanjun tidak berhenti setakat itu. Kepala otaknya tiba-tiba mengarahkan dia supaya dia berkata kasar, "Tak malu ke datang rumah orang lelaki ajak berjumpa? Maruah kau letak mana?"
Erina melopong. Terasa meruap muka, badannya juga bagai terkena renjatan elektrik. Chill in spine.
"Yuanjun!" Tertahan-tahan marah Erina. Cis! Lelaki jalang! Dia cakap aku takda maruah? Ikutkan hati, mahu saja dia mencekik Yuanjun hingga mukanya kebiruan. Kasi mampus lagi bagus! Malang sekali, keadaan tidak menginzinkan. Dia tidak mahu menjadi perhatian seluruh pelanggan di sini. Tentunya bakal ada yang merakam nanti dan post di media sosial. Nama baik kafe mesti ini akan terjejas.
Yuanjun tersenyum senget. Puas melihat muka merah Erina, "Mhm. Someone's mad."
"Tapi betullah, kan? Terhegeh-hegeh cari aku kenapa?" Sengaja. Dia sengaja mencurahkan minyak pada api yang marak. Seronok dia melihat reaksi Erina. Semakin memerah mukanya.
"Dengar sini, aku selamatkan kau, tak bermakna aku baik. Aku selamatkan kau, tak bermakna aku dan kau boleh berkawan. Tolong jangan sempitkan pemikiran kau." Common sense kut! Benak mana sangat sampai tak tahu? Asal orang buat baik sikit, mesti ingat orang itu baik, suci. Yes, perhaps others but that term doesn't apply to him! Dia tak rasa diri dia baik. Perkataan 'baik' dan dia seperti magnet utara dan utara bila bertemu. Tak ngam!
Erina diam walaupun bertalu-talu perkataan kasar Yuanjun hamburkan kepadanya. Sabar, Erina! Jangan bunuh orang harini!
"Good. Jadi, kau boleh faham la kan kat sini? Kita takda apa-apa. Strangers. Andai ditakdirkan nanti kau terjumpa aku kat mana-mana, tengah jalan ke, tepi jalan ke, kalau boleh tak payah nak ramah sangat, ya? Buat-buat je tak kenal aku," pesan Yuanjun. Dia senyum separa ikhlas. Setakat tengah hari itu saja, dia sudah tidak mahu punya kaitan apa-apa lagi dengan Erina. Cukup hidupnya ada Izz, Naufal, Farish dan Aidan. Orang tambahan dalam hidupnya tidak langsung diperlukan
"Blah." Dia menyepak kerusi itu kasar Tindakan kurang beradabnya itu mengundang beberapa pandangan pelanggan di situ. Erina terkejut, dia terus bangun dari duduk. Melampau sangat!
Belum sempat Erina mentarbiah lelaki kurang ajar itu, dia telah pun berjalan keluar melepasi pintu kafe ini.
Erina merengus. Menyebalkan sungguh perangai dia!
Kak Finaz keluar dari stesyen kopi. Dia mendapati Erina yang sedang mengenggam tangan geram. Wajahnya juga memerah, "Erina, kenapa? Kenapa dia sepak kerusi?" Ada pergaduhan berlakukah di antara mereka?
Erina tidak menjawab dulu. Sebaliknya, dia menepuk sekali tangan Kak Finaz yang memegang bahunya.
"Takda apa. Mamat tu sewel sikit. Tak pasal-pasal sepak kerusi," gumam Erina sedikit geram. Sumpahlah... dia pun tak hamak nak jumpa Yuanjun balik!
KOSONG. Segalanya terasa kosong. Jiwanya seperti kehilangan sesuatu. Gelak tawa rakan-rakannya di ruang tamu berasa hening di telinganya. Matanya tak alih dari memandang syiling putih biliknya. Dada berombak perlahan, bernafas.
Adakah harini hari terakhir dia bernafas di muka bumi ini?
Ingin menangis, tetapi air matanya tidak mahu beri kerjasama. Ingin menangis, namun kerana apa? Tiada sebab sewajarnya jika dia menjuraikan air mata.
Dia bangun dari pembaringan. Berjalan ke arah cermin yang terdapat dalam biliknya. Merenung diri dari rambut hingga ke abdomen sebelah kirinya, mata dia terberhenti di situ.
Tatu bunga Lili. Dia mendedikasikan tatu itu kepada mendiang mamanya, mama kesayangannya.
Dia menutup mata. Mengingatkan semula segala memori dia dan mamanya satu ketika dahulu.
'Zuò gè h?o háizi' (Be a good boy).
Pesanan terakhir mamanya sebelum menghembuskan nafas terakhir mula berlegar di kepala.
Mamanya memesan supaya dia menjadi baik. Mamanya betul-betul berharap. Bukan setakat itu, mamanya berharap supaya dia patuh setiap arahan ayahnya jua.
Unfortunately, he failed.
Dia gagal.
T? sh?bàile.
Dia jatuh terduduk. Bunyi tangisannya mengisi segenap ruang bilik sunyi itu. Kepalanya menunduk sambil lengannya melingkar pada perutnya, dia meletakkan tangan pada tatu bunga Lili di abdomen kirinya. Membayangkan seakan-akan dia sedang memegang erat tangan mamanya.
"Duìbùq?, m?m?. W? sh?bàile. (Sorry, mama. I've failed.)" Lirihnya. Beberapa titik air mata mulai gugur di atas lantai biliknya. Dalam masa yang sama, dia trcungap-cungap dia mencari nafas. Risau rakannya yang lain bakal mendengar rintihannya.
Yuanjun membuka matanya setelah puas dia melepaskan perasaan. Refleksi dirinya begitu teruk. Matanya memerah, hidungnya berair. Rambut hitam pekatnya berlari ke pelbagai arah. Badannya agak susut memandangkan sudah beberapa hari dia mengurungkan diri dalam bilik sendiri, tidak keluar makan. Langsung.
'I look like a monster,' bisik hatinya.
Mata kemerahannya menjeling di sudut bilik, tempat tergantungnya beberapa pingat emas pertandingan bola sepak yang dia pernah memenanginya dahulu.
Dia bangun, membuka langkah besar menuju ke arah pingat-pingat tersebut.
"Dàn n? cái shì zh?nzhèng de guàiwù! (But you are the real monster!)" Pecah suaranya menjerit menyebut perkataan itu. Tangannya naik merentap kuat setiap satu pingat itu. Kesemuanya jatuh ke lantai dalam sekelip mata.
Biliknya yang sedia berserabut, kini semakin berserabut. Dia menepis segala apa di hadapannya. Bingkai gambar keluarganya turut menjadi mangsa.
"Dàn n? cái shì zh?nzhèng de guàiwù! (But you are the real monster!)" Sesekali dia menempik perkataan yang sama berulang kali.
Dia memunggah almari bajunya. Secara kasar, dia mengeluarkan semua isi yang terdapat di dalam almarinya.
Mengamuk dan mengamuk, berterus-terusan. Dia berkelakuan seperti sedang dirasuk sesuatu.
Hanya apabila terasa ada tamparan hinggap di pipinya, barulah dia tersedar dari amukkannya. Dadanya naik turun kepenatan. Semua masa silamnya pergi begitu saja. Dia dan Naufal yang duduk di atasnya saling berbalas pandangan.
Lalu, dia memandang sekeliling. Keadaan biliknya tidak dapat digambarkan. Terlalu teruk. Pecah di sana sini, pingat-pingatnya jatuh, kerusi tunggang terbalik.
Apa telah jadi pada dia?
"Kau kenapa?" Naufal menggoncang tubuh Yuanjun. Terkapa-kapa dia dan lain-lain masuk ke bilik Yuanjun ketika dia menjerit sesuatu dalam bahasa Mandarin tadi.
Yuanjun terkebil-kebil. Dia menggeleng perlahan. Dia pun tidak tahu...
"Tangan kau sakit ke?" Izz menyoal dari tepi. Tertampal riak risau di wajahnya.
Yuanjun memerhati tangan sendiri. Darah meleleh turun ke celahan jarinya. Dia memandang pula cermin yang memantulkan dirinya tadi. Ada kesan retakan pada cermin tersebut. Pasti dia menumbuknya ketika tengah mengamuk tadi.
Tubuh pendek Naufal cuba ditolak ke tepi. Naufak yang faham, lantas saja bangun dari terus duduk di atas dada bidang Yuanjun.
Baju di atas katilnya Yuanjun capai. Sebelum dia bertindak mencederakan rakannya yang lain, baik dia pergi dari sini. Elok dia tenangkan diri dulu buat sementara waktu.
Ataupun... sampai bila-bila.
This... doesn't feel like home, anymore.
"Yuanjun!" panggil mereka hampir serentak apabila lelaki itu sudah berjalan keluar dari biliknya.
Izz berlari ingin mengejar langkah Yuanjun tetapi terhenti gara-gara Aidan menghalangnya, "Biar dulu," kata Aidan. Memahami rakannya itu mesti perlukan ruang.
Izz mengalah. Dia angguk faham. Biarkan Yuanjun pergi buat sementara waktu.
Share this novel