W :: EMPAT BELAS

Young Adult Series 1905

“ATIQ belum sampai?” tanya Seri kepada Erina. Gadis itu menggeleng kepala. Telefon sekejap diaktifkan dan dimatikan berulang kali. Berharap ada apa-apa berita daripada Atiq.

Buat perangai lagi si Atiq Iman ini! Dah tahu ketua, peganglah tanggungjawab betul-betul.

Bukan setakat Atiq Iman saja, si Syafira Irwani pun belum muncul.

Jam ditelefonnya menunjukkan angka 11:00. Genap sejam setelah berlangsungnya karnival ini tetapi sosok Atiq dan Irwani tak kunjung jua.

Dua ekor ini tengah sedap membuta dekat rumah ke apa?

“Hai!” Bagai diseru, Irwani akhirnya munculkan diri.

Oh, ya! Dia bukan muncul seorang diri saja. Sekali boyfriend dia dan kawan-kawan boyfriend dia kena angkut.

“Morning!" sapa Naufal. 

“Hai,” balas Erina. Separa ramah. Jarinya asyik-asyik mengetuk telefon bimbitnya resah. Sekarang Irwani sudah tayang muka, Atiq pula di mana?

“Atiq belum sampai ke?” Irwani menyoal Seri. Gadis itu sibuk menyusun buku-buku di atas rak kecil dan meja rendah untuk dipamerkan kepada para pengunjung. Irwani menerima gelengan Seri sebagai jawapan.

“Call tak angkat?” tanyanya lagi. Soalan kali ini ditujukan kepada Erina memandangkan Erina tidak lepas-lepas mengetuk telefon bimbitnya.

Dia mengemamkan bibir. Sekali lagi Irwani menerima gelengan sebagai jawapan.

“Nanti dia sampailah tu. Tak payah risau. Kami pun ramai dekat sini.” Naufal tersengih. Dia kaut bahu Farish disebelahnya. Terangguk-angguk lelaki itu mempersetujui kenyataan Naufal.

Erina sekadar membalas senyuman Naufal.

Masalahnya, dia bukannya risaukan hal itu. Dia risaukan Atiq. Atiq M.I.A terus. Sekurang-kurangnya kalau tak boleh datang, bagitahu. Ini tidak, call tak berjawab. Apatah lagi WhatsApp.

Entah-entah betul. Atiq sebenarnya belum bangun tidur lagi.

Erina bangun. Kad pelajar yang tergantung di lehernya ditanggalkan. Dia meninggalkannya di atas meja. Baik pergi cari makan dulu. Tak menyempat dia sarapan tadi. Punyalah kalut, bonceng motor sendiri macam orang gila. Risau dia terlewat.

Tengok-tengok... orang yang ajak dia sertai karnival ini lebih lewat.

“Nak pergi beli makan kejap. Korang ada nak apa-apa ke?” Jari telunjuk Erina menunjuk ke arah mereka. Menyoal setiap disitu kalau ada apa-apa yang hendak dikirim.

Masing-masing menggelengkan kepala. Mereka semua sudah kenyang bersarapan di rumah sendiri tadi.

“Okey.” Dia berjalan keluar dari booth itu. Buat-buat tak nampak Yuanjun yang berdiri sambil memeluk tubuh di laluan masuk. Lelaki itu mengekori langkahnya keluar menggunakan anak mata. Setelah Erina sepenuhnya berlalu pergi, dia memandang Izz pula. Lelaki itu khusyuk membelek buku komik di tangannya.

Dia memandang pula mereka yang lain. Masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri.

Matanya seterusnya memusat pada meja kaunter tempat Erina duduk tadi. Kalau tak salah matanya memperhati gerak-geri Erina tadi, nampak seperti Erina meletakkan kad pelajarnya di situ.

Dia bergerak mengambil dan membeleknya. Pertama sekali menarik perhatiannya muka Erina. Muka selenga amat. Tudung bawalnya ke depan hampir menutupi seluruh wajahnya. Ibarat budak tahun satu baru masuk sekolah rendah, ibarat budak tingkatan satu daftar masuk sekolah menengah. Yuanjun menahan tawanya dari meletus kuat.

Dia membaca maklumat-maklumat peribadi Erina yang tertera di situ, nama penuh, nombor IC dan nombor kad pelajar.

NUR ERINA AYESHA BINTI KAMARULHISHAM
990924–01–0789
UAR43130

Matanya berbalik kepada wajah Erina tadi. Yuanjun membuat eksperasi jelek pada gambar selenga gadis itu. Dia menjelirkan lidah serta mengembangkan hidung. Cukup hodoh. Tak henti-henti dia mengejek Erina, membayangkan dirinya sekarang sedang berhadapan dengan Erina versi semester pertama.

“Noob,” kutuknya di bawah nafas sambil tertawa perlahan. Kad pelajar tersebut diselukkan ke dalam poket seluarnya. Bolehlah jadikan sebagai bahan jenaka ketika dia sunyi nanti.

Dia bergerak pergi, menjauhi meja itu. Arah kakinya kemudian bergerak ke Izz. Lelaki itu betul-betul berada di dalam dunianya sendiri. Sesekali dia ketawa, terhibur dengan komik di tangannya.

Yuanjun menyilangkan tangannya pada bahu Izz. Dia menjenguk sekejap bahan bacaan di tangan Izz itu. “Izz, kau nak pergi jalan-jalan tak?” Bosan berada di sini. Semuanya penuh dengan buku. Pusing sana buku, pusing sini majalah.

“Aku nak baca ni dulu. Dah nak habis dah.” Izz menepuk tangan Yuanjun yang tergantung di tepinya. Ada dalam berbelas muka surat lagi baru habis.

“Kau baca lambatlah, Izz,” rengek Yuanjun.

Izz ketawa kecil. “Kejap je. Betul.” Dia angguk meyakinkan.

Yuanjun mencebik menyampah. Lingkaran lengannya pada bahu Izz diturunkan. Baik dia pergi seorang dari tunggu Izz habis baca. Membazir masa tunggu Izz.

“Aku pergi seoranglah.” Laju saja Yuanjun beredar. Izz tidak mengatakan apa-apa setelah Yuanjun pergi. Matanya ralit membaca komik itu lagi.

Bunyi muzik kuat bercampur suara riuh-rendah dari para pengunjung lain  saat dia menapak keluar dari booth buku tadi. Keluar dari booth baru sedar ada muzik terpasang. Nampak sangat jauh betul dia orang pasang booth itu semalam.

Sambil Yuanjun berjalan, kakinya aktif menyepak batu-batu kecil. Tabiatnya jika dia berjalan seorang diri.

Dia memandang sepi setiap booth yang dilalui. Meriah, tapi dia sendiri rasa seperti tak kena. Tiada semangat keceriaan langsung dalam dirinya sepanjang dia melewati booth-booth di situ.

Yuanjun mengemam bibir. Kakinya menyepak batu-batu kecil lagi seiring dia berjalan. Duduk dalam booth bosan, keluar dari booth pun bosan.

Hmm... sepatutnya dia tak payah ikut datang ke sini tadi. Entahlah kenapa separuh hatinya beria-ia ingin datang ke mari. Bukannya ada benda menarik pun.

“Berhenti sepak batu tu boleh tak?” Suara kesal seseorang berbunyi. Datangnya dari depan Yuanjun. Dia tidak langsung memandang terus ke arah empunya suara. Sebaliknya, dia menatap kaki santai seseorang yang berselipar dan dibaluti stokin bewarna skin.

Yuanjun mengangkat kepala sepenuhnya. Tidak memandang empunya suara pun dia sudah cam suara itu.

milik Erina Ayesha.

“Tepi sikit, boleh? Awak halang laluan saya, tau?” katanya kesal. Erina mengibas tangannya ke kanan, ke kiri. Isyarat supaya Yuanjun berganjak ke tepi.

“Kaulah ke tepi.” Tidak kalah, Yuanjun bersuara seakan mencabar. Kepalanya disengetkan ketepi, isyarat menyuruh Erina bergerak sendiri ke tepi.

Erina menggenggam erat cup air Milo di tangannya. Bertukar dialog selama lima saat dengan lelaki ini saja sudah berjaya membuatkan darahnya naik.

Ih... kalaulah Erina sekarang tidak ingat ada banyak mata-mata di sini, sudah lama air milonya ini mendarat atas muka kacak Yuanjun!

Sekejap...

Kacak?

Erina baru saja panggil Yuanjun kacak?

Ergh... sumpahla... Balik nanti dia kena samak lidah betul-betul guna air tanah.

Erina memutarkan bola matanya menyampah. Tidak tunggu lama lagi, dia berjalan terus melepasi Yuanjun. Sempat matanya menjeling senyuman bangga Yuanjun kerana dia berjaya membuatkan Erina tunduk mendengar arahannya.

Senyuman bangga apa? Nampak jengkel adalah!

Sejenis Atiq juga Yuanjun ini. Pagi-pagi suka buat orang panas hati.

Erina balik ke booth tanpa Yuanjun mengekorinya. Sudut hatinya dijentik satu harapan. Harapan yang Yuanjun akan mengejarnya dan memohon maaf kepadanya.

Dia menggeleng kepala perlahan bagi menghilangkan harapan itu. Apa gila dia berharap Yuanjun berbuat demikian? Lambat lagi mamat itu nak ucap maaf.

Sampai di booth, semuanya berasa lengang. Tiada kelibat Aidan, Farish, Naufal dan Irwani untuk dijumpai. Isi booth hanyalah Izz yang membelek salah sebuah buku komik, Seri dan Khairul yang bergelak ketawa sesama sendiri, serta...

Haa...! Itu tuan punya badan. Baru tadi Erina umpat dia. Sekarang baru nampak batang hidung!

Atiq duduk di meja kaunter sambil membelek telefon bimbitnya tanpa rasa bersalah. Seronok, nampak? Datang lewat, duduk goyang kaki pula itu.

“Ha, kau! Datang lewat kenapa?” Punya lama orang tunggu. Siap telefon banyak kali, tapi langsung tak berjawab. Fikir dah mati ke apa.

Atiq sengih bersalah dulu. Telefonnya tadi dicampak ke tepi. “Bangun lewat.”

Erina geleng kepala perlahan. Tiada rasa kecewa mendengarkan alasan Atiq itu. “Agak dah.”

“Ala, lagipun semua dah siap. Apa gunanya aku datang awal? KAU tahun ni bosan gila.” Atiq mencapai semula telefon bimbitnya. Serius, bosan sangat. Tidak macam tahun-tahun sebelum ini. Ada rumah hantulah, booth beraneka makananlah. Siap ada Ferris Wheel lagi! Malangnya, tahun ini... rumah hantu tidak nampak bayang. Ferris Wheel pun. Booth pula kebanyakannya takda jual makanan. Banyak promosikan benda bukan-bukan.

Erina angguk setuju. Betul apa kata Atiq. Tengoklah, sekarang hampir tengahari tapi lengang semacam. Boleh kira guna jari berapa banyak orang lalu-lalang sekitar booth ini tadi.

“Kau ada pergi mana je tadi?”

Erina goyang-goyangkan cup air milonya. “Beli ni je.”

Atiq angguk. Dia memerhati Izz berjalan keluar dari booth ini. “Petang ni meriahlah kut. Katanya ada persembahan.”

“Persembahan? Persembahan apa?” Erina teruja. Sekurang-kurangnya persembahan itu nanti sedikit sebanyak mengisi kekosongan KAU tahun ini.

Atiq cuma angkat bahu. “Tunggulah nanti.”

“MANA dia?”

“Tak tahu. Ramai berkumpul dari tadi tunggu.”

Bisikkan-bisikkan dari mamhasiswi di depannya membuatkan Erina menjinjat kakinya, cuba melihat dari celah-celah manusia di situ. Apalah dugaan. Sudahla pendek, kena berdiri belakang sekali. Manalah dia nak nampak. Atiq pun satu, mentang-mentanglah tinggi, ajak bergerak ke depan sikit pun tak mahu.

“Hai!” sapa Irwani setelah siap segala aktiviti penutupan booth mereka. Dia memang ditugaskan untuk tutup booth memandangkan sebentar tadi dia tidak melakukan apa-apa selain meluangkan masa bersama Naufal.

Di sebelahnya ada Naufal tersenyum manis kepada Erina dan Atiq. “Hai!" Dia melambaikan tangan kepada mereka berdua.

Erina tersengih membalas lambaian Naufal. Begitu juga Atiq.

Irwani menjinjatkan kakinya seperti Erina tadi. Susah dia melihat persembahan kalau kekal berada di belakang.

“Sayang, jom ke depan sikit,” ajaknya. Naufal terus bersetuju. Maklumlah, dia pun kekurangan tinggi.

“Jomlah sekali.” Naufal mengajak mereka berdua mengikutinya. Tak manislah berlalu pergi tanpa mengajak mereka.

“Jom?” Erina pandang Atiq. Lelaki itu cuma angkat bahu. Okeylah, okeylah. Kali ini dia akur.

Mereka berempat bergerak ke depan, melalui celah-celah manusia di situ. Kurang ramai kerana ramai sudah penat menunggu artisnya membuat kemunculan.

Erina berdiri di sebelah Atiq. Mereka berdua berada di barisan kedua. Pasangan merpati dua sejoli tadi tidak pula kelihatan. Hilang ke mana dia tidak pasti.

Di sisi kiri Erina, terdapat lagi seorang lelaki tinggi lampai berdiri di sebelahnya. Tingginya hampir mencecah sama dengan Atiq. Kini, dia dihimpit oleh dua orang tinggi di sebelah kiri dan kanannya.

Ketika dia menoleh, lelaki itu turut menoleh sama. Mereka sempat bertentangan mata beberapa saat sebelum Erina memutuskan kontak mata singkat itu.

Oh, kenapa dalam banyak-banyak manusia di sini, Yuanjun juga berdiri di sebelahnya?

“Hai, Erina!” tegur seseorang di sebelah Yuanjun, iaitu Izz. Dia tersenyum memandang Erina.

“Hai!” balasnya semula.

“Mana Naufal? Syafira?”

Erina menggeleng tanda dia tidak tahu. “Tadi ada dengan kami. Tiba-tiba lesap.”

“Lah?” Izz hairan. Pergi mana pula dua orang ini?

Yuanjun di antara Izz dan Erina mematung. Dia seperti tiang di antara mereka berdua.

Bunyi mikrofon diketuk oleh jari berbunyi. Semua di situ mengalihkan perhatian kepada pentas. Artisnya sudah sampai?

“Baiklah, bertenang semua! Ada dua berita di sini. Satu berita buruk, satu berita baik...”

Seakan ada telepati, Erina dan Atiq saling berpandangan. Serentak mereka berdua mengangkat bahu entah kerana apa.

“Berita buruknya, artis yang ditunggu-tunggu tidak dapat hadir.” Sejurus memberitahu berita itu, pengacara tersebut menerima cemuhan tidak puas hati dari orang ramai. Berpeluh-peluh dia menurunkan tangannya ke atas kebawah, mengarahkan supaya mereka bertenang.

“Sekejap, sekejap. Belum umum lagi berita baik!” Pengacara itu tersenyum manis. Dia mendekatkan mikrofon pada bibirnya semula. “Ada seseorang bakal menggantikan artis tersebut!”

“Dipersilakan, Naufal Hakimi!”

Sebut saja sebaris nama itu, rakan-rakan Naufal Hakimi mula memandang sesama sendiri. Izz geleng kepala perlahan. Alahai... inikah sebabnya dia hilang? Kena seru pergi belakang pentas?

Erina mula-mula menunjukkan reaksi terkejut tetapi lama-kelamaan reaksinya itu bertukar. Dia tersenyum. Teruja dia menepuk tangan menyokong Naufal.

Naufal naik ke pentas. Tali gitar melilit sekitar tengkuknya. Pentas yang tinggi itu menampakkan rakan-rakannya di bawah begitu kecil. Dia menelan air liur payah. Gemuruh semacam. Inilah kali pertama dia dijemput menyanyi di atas pentas.

Dia mendekatkan diri pada mikrofon itu. “Hai.” Bergema sekejap mikrofon itu. Dia menjauhkan dirinya ke belakang. Sehingga perlahan-lahan gemaan itu hilang, barulah dia merapatinya semula. “Saya Naufal Hakimi.” Tergetar-getar suaranya memperkenalkan diri.

Izz yang tahu Naufal dilanda gemuruh, dia lantas menjerit kuat. Memberi semangat dan sokongan kepada sahabatnya itu. Aidan dan Farish ikut serta menjerit memberi semangat. Yuanjun pula hanya mengangkat dua ibu jarinya.

Naufal tergelak kecil. Perilaku mereka sedikit sebanyak menghilangkan gementarnya. Dia menjeling buah hatinya di sebelah pentas. Syafira mengangguk kepalanya yakin. Yakin bahawa Naufal pasti boleh melakukannya.

“Terimalah, Photograph by Ed Sheeran.”

Tepukan serta pekikan semangat bergema selepas Naufal mengatakan itu. Rata-rata orang di situ mula mengeluarkan telefon bimbit bagi merakam persembahan Naufal.

Naufal mula memetik gitar mengikut rentak irama. “Loving can hurt, loving can hurt sometimes...” Suara serak-serak basahnya kedengaran. Ramai orang bersorak mendengarkan suara indah itu.

“But it's the only thing I know...”

“When it gets hard, you know it can get hard sometimes...”

“It is the only thing makes us alive...”

Izz tersenyum manis mendengar suara sahabatnya di sana. Perlahan, dia merangkul tangannya pada kedua lengan Yuanjun dan Farish. Mereka membiarkan jejaka itu memauti lengan mereka. Bahkan Farish sendiri juga memaut tangannya pada lengan Aidan.

Erina dan Atiq saling berpandangan. Senyuman indah tersemat di wajah masing-masing. Sepakat mengingati segala kenangan pahit dan manis sepanjang mereka bersahabat.

“So you can keep me, inside the pocket of your ripped jeans...”

Sampai di bahagian korus, suara serak basah Naufal tenggelam ditindih oleh seberapa ramai orang di situ. Gamit semuanya mengikuti nyanyian Naufal.

“Holding me closer 'til our eyes meet...”

“You won't ever be alone, wait for me to come home...”

Mereka di situ memasangkan flash pada telefon bimbit. Bersama-sama melambaikan objek itu ke udara. Ke kiri, ke kanan. Semacam konsert pun ada.

Tak kurang sahabatnya. Izz, Aidan, Farish, terkecuali Yuanjun melambaikan telefon bimbit mereka yang dipasang flash. Erina dan Atiq turut sama mengikut mereka.

Hampir empat minit Naufal membuat persembahan, akhirnya dia sudah mencapai penghujung. Dia memberhentikan petikan di gitarnya. Membiarkan gitar itu tergantung semula sekitar lehernya. Dia menarik mikrofon lalu membawanya bersama turun dari pentas.

“Oh, you can fit me...” Sambil berjalan dia menuju ke arah Irwani. Di depan Irwani, dia menyanyikan setiap bait lirik itu. Irwani mengebilkan mata. Tidak tahu reaksi apa sepatutnya diberi. Terkejut serta malu diperlakukan sebegini oleh Naufal di depan khalayak.

“Inside the necklace you got when you were sixteen...”

“Next to your heartbeat where I should be...” Naufal memegang dadanya.

“Keep it deep within your soul...” Dia tersenyum manis kepada Irwani. Gadis itu membalasnya malu-malu. Matanya berkaca sedikit tanda dia terharu walaupun pada awalnya dia agak malu.

Dia berjalan mendekati rakan-rakannya. Aidan, Farish dan Izz menepuk tangan ketika dia menapak ke arah mereka. Farish menepuk-nepuk belakang badan Naufal. That's my friend!

Naufal berhenti di hadapan Yuanjun. Dia menayangkan senyuman miring. Yuanjun menjegilkan matanya kaget. Tahu apa ada di dalam otak rakannya itu.

“And if you hurt me...” Sempat dia menyanyikan rangkap itu dulu sebelum mikrofon di tangannya dihalakan kepada Yuanjun.

Dia mengankat kening beberapa kali. Mendorong rakannya itu mengeluarkan suara.

Yuanjun memandangnya kesal. Dalam keterpaksaan, dia mengeluarkan suara. “Well, that's okay, baby, only words bleed...”

Ternyata, suara Yuanjun mengundang reaksi lain dari khalayak. Mereka mengeluarkan suara seakan terkejut dan kagum. Ada sebahagian dari mereka mula menjenguk-jenguk ke bahagian depan. Mencari pasti suara selembut sutera dan semanis madu itu milik siapa. Tenang sekali mendengarnya.

Usah sebut tentang khalayak, Erina juga tidak lari dari memberi reaksi sama. Mulutnya separuh terbuka mengamati suara lelaki di sebelahnya ini. Seperti dia tidak dapat percaya, empunya suara itu berada di sebelahnya sahaja.

Sebagus itu suara mamat tak berperasaan ini...

“Inside these pages, you just hold me...” Yuanjun menyanbung nyanyiannya. Hiraukan reaksi mereka-mereka di situ.

“And I won't ever let you go...” Sebentar, dia menjeling Erina. Gadis itu kelihatan kagum benar dengan suaranya. Tidak berkedip dia memandang Yuanjun. Yuanjun sekadar mengulum senyum. Bangga peroleh reaksi sebegitu kagum dari Erina.

Habis, dia kebelakangkan dirinya semula. Naufal tersenyum puas hati. Sebelah tangan bebasnya mengangkat ibu jari. Yuanjun berdehem perlahan, tumpukan perhatian pada Naufal semula. Dia berbuat seperti tiada apa yang berlaku tadi.

Naufal berjalan semula ke pentas. Langkah kakinya laju mengejar lagunya yang terlampau ke penghujung. “When I'm away, I will remember how you kissed me...”

Dia meletakkan semula mikrofon di mocrophone stand. “Under the lamppost back on Sixth street...”

“Hearing you whisper through the phone...”

“‘Wait for me to come home...’” Naufal menyudahi nyanyiannya bersama sebuah senyuman puas hati. Dia puas hati sangat dengan persembahannya biar dia direkrut pada akhir waktu. Tepukan gemuruh berselang-seli jeritan kuat menemaninya ketika dia menuruni anak tangga. Irwani merupakan orang pertama yang dia cari dulu.

“Best, sayang! You did a good job!” Irwani menepuk tangannya teruja. Punyalah gembira hinggakan kakinya tidak dapat dikawal. Dia langsung melompat-lompat kecil sambil tersenyum keriangan seakan kanak-kanak.

“Thank you, boo!” ucap Naufal. Turut sama gembira. Masa tidak gembira mendapat sokongan sebegini rupa oleh buah hati sendiri?

Izz dan yang lain datang menghampiri pasangan itu. Aidan mencapai bahu Naufal dan menepuknya berkali-kali. “Ayy.” Tangannya dikepalkan kepada Naufal. Tidak tunggu lama, Naufal mengepalkan tangannya sama dan mereka serentak melaga kepalan tangan sesama sendiri.

Satu tangan kekar singgah di kepalanya. Tangan itu menyerabutkan rambutnya ke pelbagai arah. Naufal yang kenal tangan kekar itu hanya tersengih penuh makna.

Tangan kekar itu dia tangkap lalu menjulangnya tinggi. “But this man carried the show!”

“Agreed!”

“Haah!”

“Sama je, dua-dua the best!”

Yuanjun menggeleng kepala perlahan apabila menerima persetujuan berupa pujian oleh rakan-rakannya. Setakat buka suara, lepastu nyanyi, apalah sangat? Patut ke dibanggakan?

Dia memandang Erina yang berada di belakang Izz. Kedudukan perempuan itu agak tersembunyi dari orang lain.

Mereka sibuk berbual sesama sendiri. Tiada langsung yang mempedulikan drama bertentangan mata antara mereka berdua.

Erina angkat ibu jarinya singkat. Sekadar mengucap tahniah.

Erina cuma mengangkat ibu jari, tanpa mengatakan apa-apa. Tapi, mengapa dia... senang sekali? Baginya, itu sudah mencukupi dari pihak Erina. Sementara reaksi Erina sewaktu dia membuka mulut tadi pun cukup mengujakan dia.

Pelik.

“SITU ada photo booth! Kita bergambar dulu, jom?” Irwani berbunyi menunjuk satu arah. Terdapat satu photo booth besar tak jauh dari situ.

Yuanjun tercegat mendengar ajakan Syafira. Bergambar? Minta simpang dululah.

Aidan perasankan Yuanjun tercegat di belakangnya, serta merta menoleh menghadap lelaki itu. “Yuanjun? Taknak ikut?” Sekadar bertanya. Jika lelaki itu tolak pun dia tidak terkejut. Tahu Yuanjun tidak suka bergambar.

Bola matanya bergerak ke sisi ketika mendengar derapan langkah seseorang melaluinya. “Jomlah,” ajak Erina, memandang Atiq di belakangnya. Erina menarik-narik lengan baju Atiq. Atiq juga sama sepertinya, enggan bergambar.

Dia mengalihkan pandangan kepada Aidan semula. “Aku ikut,” putusnya. Walaupun Erina mengajak Atiq, tetapi rasanya seperti dia pula diajak Erina.

Mereka berjemaah memasuki photo booth itu. Mujurlah besar, celus memuatkan mereka semua di situ.

“Ready?” Syafira melangut memandang setiap dari mereka, meminta kepastian. Dia dan Erina duduk di bawah memandangkan mereka berdua saja kaum wanita dan makhluk terpendek di situ.

“Ready!” Disahut suara jantan mereka.

“Alright, peace!” Irwani menekan punat di mesin itu, punat yang ditugaskan untuk menangkap gambar mereka.

Masing-masing mengangkat peace. Yuanjun mengankat sama, tetapi angkatan peacenya itu betul-betul di atas kepala Naufal. Tak pasal-pasal lelaki itu bertanduk.

Begitulah gaya dia sepanjang bergambar. Setiap masa dia menyembunyikan wajahnya, biar jarinya saja kelihatan.

“Okay, settle! Jom balik!” Farish bersorak buat kali terakhir. Demikianlah, photograph mereka di sini.

“Eh, kejap dulu.” Syafira menahan mereka dari segera keluar. “Apa kata... kita bergambar dua orang, dua orang?” Dia memberikan cadangan.

“Hah?” Naufal menyoal tidak faham.

“Maksudnya, berpasangan. Setiap seorang nanti bergilir.” Syafira membuat gaya menyatukan jari telunjuk dan jari hantunya beberapa kali. Menunjukkan gaya berpasangan supaya kekasihnya itu faham.

“Oh...”,“Boleh!”

“Boleh, eh?” Matanya melilau sekeliling mencari pasangan mana dulu memulakan sesi photobooth berdua ini.

Dia mendaratkan pandang pada Erina. “Kalau macam tu... kita mula dengan Erina...” Gadis itu tersenyum simpul. “Dan Yuanjun!”

“Hah?” Bunyi pertanyaan tidak percaya terkeluar dari keduanya. Kenapa... dalam banyak-banyak orang mereka dulu pasangan yang disatukan? Kenapa tidak Erina dan Syafira dulu, atau Yuanjun dan Izz dulu?

“Alright, have fun!” ujarnya teruja. Mereka semua seterusnya beransur keluar dari booth itu.

Meninggalkan mereka berdua.

Have fun lah, sangat! Belum apa-apa sudah janggal semacam.

Erina merapati Yuanjun apabila lelaki itu mematung tidak berganjak dari tempatnya. Aish... nasib, nasib! Tadi berdiri sebelah dia, sekarang berdiri sebelah dia lagi untuk bergambar!

“Jom.” Perlahan, dia mengajak Yuanjun. Kalau biarkan lelaki itu mematung saja, sampai ke esok belum tentu habis sesi bergambar ini.

“Ready,” beritahunya selepas menekan punat di mesin photo booth itu.

Yuanjun memandang Erina dari hujung mata. Begitu juga Erina, dia memandang tubuh tinggi lampai Yuanjun dari hujung matanya. Dapat dia tafsir, kedua-dua mereka kekok amat.

Klik!

Simbahan cahaya mengena muka mereka. Gambar mereka rasmi ditangkap. Erina membulatkan mata. Belum apa-apa sudah selamat ditangkap. Dia belum bersedia lagilah!

Aduh... mesti buruk gambar itu. Pasti nampak mereka menjeling sesama sendiri.

Lantaklah. Nanti-nanti kesah pasal hasil gambar mereka itu.

“Ready,” ujarnya lagi. Melakukan perkara yang sama, menekan punat di mesin itu lagi. Mereka perlu menangkap gambar sebanyak empat kali.

“Angkat peace.” Erina memberi arahan agar mereka tidak sekekok tadi. Yuanjun mengikutnya tanpa banyak bunyi.

Sebelum sempat mesin itu menangkap gambar mereka, Yuanjun menurunkan jari telunjuknya secara sengaja. Bermakna, dia menunjukkan jari tengah untuk gambar kali ini.

Erina perasankan itu, tetapi dia tidak mengatakan apa-apa. Lanjut bergambar buat kali ketiga. Kali ini, mereka tidak sekekok tadi.

Yuanjun menaikkan bibirnya sedikit, sekadar cukup syarat senyum. Erina pula, menayangkan senyuman penuh ikhlasnya.

Klik!

Gambar ketiga barulah senonoh sikit gayanya.

“Yang keempat bagi aku tekan.” Yuanjun tawar diri. Heh, tawar diri kerana punya niat jahat.

Erina tidak membantah. Biarkan lelaki itu menekan punat gambar.

Mulanya, Yuanjun berdiri normal disebelah Erina. Namun, dua saat sebelum gambar mereka ditangkap, dia bergerak ke depan Erina. Tubuh tinggi lampainya sepenuhnya melindungi Erina.

“Hey!” Erina sempat menjengukkan kepalanya sedikit. Begitu sedikit yang dia agak, hanya anak tudungnya saja akan kelihatan dalam gambar.

Klik!

Selesai. Yuanjun mengulum senyum. Seronok dapat kenakan Erina.

“Apalah...” Erina merungut. Mentanglah tinggi, main halang orang macam itu aje.

Dia mengambil polaroid gambar mereka dari mesin itu. Empat kesemuanya. Dia meneliti setiap satu. Gambar pertama mereka, dia dan Yuanjun sama-sama menjeling. Hmm... bolehlah. Boleh tahan comel.

Comel...

Ew! Kenapa, ya dia hari ini? Tadi pagi puji Yuanjun kacak, ini petang dia puji gambar mereka comel pula?

Sah! Lidahnya perlu disamak. Kronik menjadi-jadi selagi belum samak lidahnya.

Badannya dikalihkan kepada Yuanjun. “Pilih, nak yang mana? Seorang dua.”

Yuanjun angkat bahu, tak kesah. “Mana-mana je.”

Erina mengoyak polaroid itu mengikut garisan putus-putus yang membahagikan antara polaroid itu. Polaroid gambar Yuanjun mengangkat jari tengah dan gambar Yuanjun yang menghalang badan genitnya diserahkan.

“Nah!” Bagi yang tak senonoh ajelah dekat dia!

Yuanjun mengambilnya. Dia memerhati setiap satu gambar-gambar itu.

Aduhai, tunjuk jari tengah pun masih kacak!

Dia keluar dari booth setelah selesai segalanya. Langkahnya disusuri Erina dari belakang.

Yuanjun mencari kelibat Izz. Jumpa, dia mendekatkan diri ke arah sahabatnya yang sedang berborak sakan dan bergelak ketawa bersama Naufal.

“Izz, nanti cakap aku pergi tandas kalau orang cari,” beritahunya.

Izz berhenti ketawa seketika. Dia lambat-lambat angguk dan mengangkat tanda OK.

Yuanjun berlalu pergi. Semestinyalah alasan saja diberi. Dia sebenarnya malas mahu bergambar lagi. Dengan Erina saja cukup.

Dia menyelitkan dua keping gambar tadi ke dalam dompetnya. Pandai-pandailah balik nanti dia aturkan semula di mana sepatutnya dia menyimpan gambar-gambar itu.

Harapnya kalian suka, maaf kerana terlampau panjang :(

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience