W :: DUA BELAS

Young Adult Series 1905

tw:// drugs, blood

-

"JUN? Kau ambil marijuana lagi ke?"

Yuanjun memandang lelaki itu, kantung gelap berlapis-lapis di bawah matanya. Kornea matanya penuh berair. Jelas kelihatan tidak terurus. Lelaki tadi sendiri terkejut. Yuanjun tidak kelihatan seperti Yuanjun yang dia kenal.

"Bagi." Cuma sebaris ayat itu keluar dari mulut Yuanjun. Suaranya lebih serak dan dalam, lain dari suaranya yang asli.

Lelaki tadi memandang ke kiri dan kanan sebagai langkah berhati-hati. Dia lakukan itu walaupun tahu pihak polis tak akam dapat menangkapnya di lorong sempit dan tersorok ini.

Dia mengeluarkan sebuah kotak kecil dari dalam poketnya. Tiga batang marijuana dikeluarkan.

Yuanjun langsung memandangnya tidak puas hati. Tiga saja?

"Tiga? Aku minta lima." Dia menggeleng kepala kecewa. Ini kali pertama lelaki ini mengecewakan dia.

"Last stock. Kau minta lewat. Tinggal tiga je."

Yuanjun menggaru kepala kasar. Serabut bila permintaannya tidak ditunaikan. "Bagi jelah!" Dia merampasnya dari tangan lelaki itu. Kuat rampasannya sehingga badan lelaki itu terdorong ke depan sedikit.

Lelaki itu menegakkan badan semula. Dia berdiri di situ memerhati tingkah Yuanjun yang tidak sabar-sabar menyalakan marijuana yang sudah dikepit di antara belahan bibirnya itu.

Anak matanya melirik ke tepi, ke tempat beradanya sesuatu objek bercahaya.

Kaca.

Terdapat lelehan darah pada hujung tajam kaca itu.

Dia tahu bukan halnya untuk campur tangan urusan Yuanjun. Yuajun juga bukan sejenis yang suka orang asing campur tangan urusannya tetapi darah di hujung kaca itu buatkan dia seriau semacam. "Jun? Kau buat apa dengan kaca tu?"

"Oh, tu..." Dia melirik sekejap ke arah kaca itu lalu memandang lelaki itu dengan pandangan suka. Lengannya di angkat tinggi. "Ni." Sangat jelas kelihatan, biarpun hanya ditemani cahaya suram, darah berlumuran membasahi lengan bajunya.

Lelaki itu tercengang.

"Tak payah tengok aku macam tu. Ni, aku ada bandage sekali." Dia mengangkat helaian bandage itu. Menggoyang-goyangkannya beberapa kali. Juntaian bandage itu terbang ringan ditiup angin nipis.

Tercengang kuasa dua. Tidak tahu apa patut dia lakukan. Menghalang Yuanjun? Tentu sekali tidak akan. Menghalang Yuanjun menyamai menempah maut. Silap-silap dia pula ditikam oleh kaca itu.

Dia menelan liur, membasahkan tekak. "Jaga diri," pesannnya. Seraya itu, melangkah pergi. Urusan mereka berdua sudah selesai. Tiada guna dia berlama-lama lagi.

Yuanjun menghantar langkah lelaki tadi pergi melalui pandangan mata. Marijuananya disedut lama sehingga rahangnya menajam. Sesudah menyedut, dia menahannya buat seminit dua dan akhirnya menghembus keluar perlahan-lahan.

Kepalanya berdenyut kesan sedutan marijuana tadi. Dia tersenyum suka, mengabaikan kesakitan di kepalanya.

Lagi dan lagi dia menyedut, menahan, dan menghembusnya keluar.

Dalam keadaan separa sedar, kain anduh tadi diambil. Lengan bajunya disinting ke atas. Sekejap satu, sekejap dua, pandangannya pada lengannya. Dia mengecilkan mata monolidnya, mengharapkan pandangan kurang jelasnya menjadi lebih jelas.

"Cepatlah!" Dia menghentak kaki geram. Kain anduh itu sungguh mencabar kesabarannya. Asyik-asyik melorot jatuh ke bawah.

Setelah puas berperang dengan kain anduh tersebut, dia akhirnya berjaya membaluti lengannya. Elok selepas itu, gerimis mulai turun. Bermula dari setitik, dua titik dan penghujungnya, bertitik-titik membasahi dirinya.

Dia mengangkat tangan tinggi, menadah air hujan. "Hujan," bisiknya pada diri sendiri. Matanya menari-nari mengikut arah titik hujan itu turun.

"Hujan..." Ulangnya lagi.

Dia tidak dapat menahan senyum kerana terbit satu idea gila dalam otaknya. Mulutnya tidak jemu-jemu membisikkan perkataan 'hujan' berkali-kali.

"Hujan..." Dia bangun dari duduknya. Dirasakan sesuatu bagai menghempap kepalanya, dirasakan seperti ada batu besar berada di atas kepalanya. Berat dan pening semacam. Sewaktu dia cuba untuk bangun pun, kakinya tidak mahu memberi kerjasama. Kedua-dua belah kakinya melembik, tidak menginzinkan dia bangun.

Dia mendengus kasar. Seratus peratus daya diletakkan pada kakinya untuk berdiri tegak. Tapak tangannya melekap pada dinding berhampiran sebagai imbangan.

Dia tidak akam mengambil masa yang lama semata-mata untuk bangun jika dia berada di dalam fasa kewarasan sekarang. Agak dalam lima minit juga, barulah dia berjaya berdiri tegak. Itupun koordinsi badannya masih lemah. Sekejap badannya bergerak ke depan, sekejap ke belakang. Terhuyung-hayang.

Kaki jenjangnya yang melonglai mulai membuka langkah setapak. Dia mendengus geram buat kesekian kali, tidak berpuas hati dengan bukaan langkah kaki sendiri.

Gerimis tadi perlahan-lahan bertukar kepada hujan yang sederhana, belum lebat.

Hujan...

Yuanjun jatuh terjelopok ke tanah. Kakinya betul-betul menegahnya dari terus berjalan. Dia menggeleng perlahan sambil tergelak kecil. Jelopokkannya tadi menggelikan hati.

Dalam pada kakinya yang melembik itu, dia tetap gagahkan diri meneruskan perjalanan yang tiada hala tuju untuk ke mana. Selagi hujan rintik ini tidak bertukar kepada hujan lebat, dia akan terus berjalan.

Mengikut firasat sendiri.

BERBAKI lagi dua hari sebelum berlangsungnya KAU (singkatan bagi Karnival Amal Universiti). Nama acara pun sudah yakin bosan. Erina kalau boleh, tak mahu terlibat langsung dalam majlis karnival ini. Akibat dipaksa oleh Atiq, dia turuti saja.

Petang itu, sesudah waktu Asar, mereka berdua dan satu mahasiswa dan satu mahasiswi yang lain berkumpul. Mereka ingin memasang khemah, menyiapkan apa yang patut untuk booth buku terpakai. Sepatutnya tiga, tetapi hanya dua kepala saja yang muncul.

"Sikitnya," omel Erina separa berbisik kepada Atiq.

"Haah. Lagi seorang belum muncul."

Atiq memandang ke arah mereka berdua, masing-masing bernama Seri dan Khairul. "Ada sesiapa nampak Irwani?" Atiq menyoal. Tinggal Irwani seorang saja belum sua muka.

Kedua-dua mereka menggeleng. Mereka sendiri pun tidak tahu Irwani itu bagaimana rupanya.

"Hmm... M.I.A." Dia mengangkat kotak buku terpakai itu. "Kejap lagi sampai kut." Timbul urat-urat di tangannya menandakan kotak itu amat berat. Erina melihat sekeliling sambil mengira jumlah keseluruhan kotak-kotak itu di dalam kepala.

Enam belas kotak kesemuanya. Setiap satu nampaknya berat-berat belaka. Entah mampu, entah tidak dia mengangkatnya. Atiq yang lelaki itu pun tercungap-cungap, apatah lagi dia yang perempuan ini?

"Kau yakin ke semua dalam kotak ni buku?" Gaya berat macam kamus.

"Haah." Atiq tegakkan badan. Dia menggabus tangannya, menghilangkan debu-debu yang melekat pada tangannya dari kotak tadi.

"Berat semacam."

"Ilmu. Memanglah berat."

Jawapan Atiq berjaya membuatkan Erina diam. Baiklah, Atiq. Baiklah.

"Guys!" Jeritan nyaring seseorang dari kejauhan menyentakkan aktiviti mereka. Semua sekali serentak melihat ke arah punca suara.

Ada seorang perempuan, berambut tocang. Tocangnya bergoyang ke kiri, ke kanan semasa dia berlari. Pakaiannya santai, jersi biru berlengan pendek dan seluar trek, dia sedang berlari ke arah mereka.

Dia memperlahankan larian sesampainya di hadapan kumpulan kecil itu. Mata mereka tidak lari dari memerhatikan gadis itu, biarpun sekarang dia sedang tercungap-cungap mencari nafas.

"Saya, Irwani." Dia memperkenalkan diri. Sengih manis bercampur bersalah menghadap mereka. Sudah dia agak, dialah paling lewat sampai. "Sorry lambat," ucapnya.

"Eh, it's okay. Kita pun baru je nak mula." Atiq membalas seraya menghalau perasaan bersalah Irwani.

"Okay, good, then. Apa boleh saya tolong?" Irwani memandang setiap seorang di situ. Sempat bertukar senyuman sesama Seri dan Erina.

"Tak tahu lagi. Baru nak angkat kotak-kotak ni semua." Atiq menjawab lagi.

Harusnya, Irwani memandang Atiq kerana lelaki itu yang bercakap tetapi, matanya entah kenapa gatal menjeling Erina disebelah Atiq. Dia lebih tertarik memandang perempuan itu. Wajahnya bersih, tenang untuk dipandang. Kiranya kalau tengah stres atau apa, pandang aje wajah Erina, automatik hilang serabut.

Belum lagi dia tayang senyum... pasti manis!

Aduh, insecure!

"Oh, okey." Irwani angguk faham. Mata tak lekang memandang Erina. Erina yang perasankan itu mula berasa kurang selesa. Kenapa Irwani pandang dia semacam? Dia ada buat salah pada Irwanikah sampaikan dia merenungnya begitu sekali? Atau... Irwani ada menyimpan dendam terhadapnya?

Erina berdehem kecil. Ketika itulah, Irwani tersedar. Dia tersengih kekok kepada Erina. Aduhai... kantoi sudah...

"Banyak ke kerja? Sempat siapkan ke?" Giliran Seri yang semenjak tadi diam bertanya. Dia jeling jam tangan pada pergelangan tangannya. Pukul 5:15 petang. Dengan orang sebanyak ini... sempatkah siap semuanya sebelum menjelangnya Maghrib?

"Tak tahu... tak cukup orang." Atiq muncungkan mulut, keningnya turut bertaut, berfikir kaedah lain untuk mempercepatkan kerja. Tenaga lelaki sudahlah hanya punya dua.

"Kalau perlukan tenaga ramai, saya boleh call boyfriend saya. Dia ada ramai kawan. Dia orang boleh tolonglah kut sikit-sikit." Irwani bersuara memberi cadangan dan cadangannya itu dipersetujui oleh Erina, Atiq, Seri dan Khairul.

Irwani senyum suka apabila cadangannya diterima. Laju dia keluarkan telefon bimbitnya dari dalam poket. Nombor kekasih hati di dail tanpa sebarang ragu.

Ttutt... ttutt...

"Hello, sayang?" Suara garau di hujung sana menyahut.

"Hello, you! I nak minta tolong..." Irwani jauhkan diri sedikit dari kumpulan kecil itu. Tersenyum-senyum dia berbual melalui telefon bimbitnya. Sempat bertukar gurauan senda, juga gelak ketawa.

Hai... kalau dah ada kesempatan berbual dengan buah hati, sekejap pun mesti teringat-ingat sampai ke Subuh pagi esok punya!

"Okey!" balas Irwani riang. Dia berpatah balik semula ke arah mereka berempat.

"Dia kata boleh. Sekejap lagi dia sampai."

"Bagus, bagus." Atiq angkat ibu jari. Mujur boyfriend Irwani sanggup tolong memudahkan kerja. Kalau tidak... entah sampai ke esok belum tentu lagi habis semua kerja-kerja ini.

another day to be lived, another day to be grateful. semoga kalian baik-baik saja! selamat membaca! (つ≧▽≦)つ

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience