W :: SEBELAS

Young Adult Series 1905

tw:// blood

-

"KALAU bucu meja merajuk, kita kena cakap apa untuk pujuk dia?" Atiq memulakan jenaka, sekali gus memecahkan kesunyian antara mereka berdua.

Erina angkat pandangan dari terus memandang komputer ribanya. Jemarinya pada papan kekunci komputer ribanya turut terhenti sama. "Apa?"

Atiq kemam bibir, tahan gelak. "Ala, bucu-bucu." Dan kemudian dia melepaskan tawa bebas.

"Aduh, meluatnya." Erina geleng kepala. Bibirnya juga mengeluarkan kekehan kecil.

Kekehan mereka bersatu. Situasi jadinya meriah buat beberapa tika sebelum Erina kembali fokus kepada komputer ribanya semuka.

"Buat apa?" Tanpa amaran, Atiq mendaratkan dagunya di atas skrin komputer riba Erina. Dia menjenguk isi objek tersebut. Ayat-ayat dalam beberapa perenggan menjamah matanya. Senang cerita, Erina sedang menyiapkan assignmentnya. "Uih... rajin," puji Atiq. Dia pemalas, Erina rajin.

"Berjihad," balas Erina. Matanya dialihkan pada buku yang setia dari tadi disebelahnya menjadi rujukan.

Atiq mengangguk sambil tersenyum, mengangkat ibu jari sekali tanda 'terbaik!'.

Sedang Erina asyik menaip, dia teringatkan sesuatu. Lebih pantas kali ini dia mengangkat pandangan. "Oh, ya! Dua hari lepas aku terjumpa Yuanjun."

"Terjumpa? Dekat mana?"

"Depan rumah aku. Dia terlentang."

"Eh?" Atiq pelik. Yuanjun tahu mana rumah Erina?

Erina berhenti menaip. Komputer ribanya dilipat tutup. Ditolak ke tepi dan memandang wajah Atiq. Buat sesi bercerita sekejaplah. Dia sendiri pun penat sebenarnya sudah hampir sejam menghadap komputer riba.

"Takda. Cerita dia macam ni..."

HUJAN mecurah selebat-lebatnya, membasahi bumi malam itu. Habis lencun seluruh pakaiannya. Erina membonceng motosikalnya laju, tidak kesahkan basah lencun bajunya, apa yang bakal terjadi padanya jika dia membonceng dengan laju di atas jalan licin ini. Lantak! Asalkan dia cepat sampai ke rumah.

Brek ditekan kuat sehingga berhasil mengeluarkan bunyi 'kreek' saat sekujur tubuh sedang terlentang, tangan dan kakinya terbuka luas. Kulit wajahnya pucat ditimpa rintik hujan lebat.

Erina turun dari motosikalnya. Kancing topi keledar dibuka lalu diletakkan berhati-hati dalam raga motosikalnya.

Dia mendekati figura tersebut. Semakin dia menapak ke arahnya, semakin dia dapat mengecam wajah lelaki itu.

"Yuanjun?" pamggilnya, lebih kepada berbisik. Tidak percaya akan mata sendiri. Bagaimana lelaki ini dapat sampai di depan rumahnya?

Dia duduk bertinggung separas kepala Yuanjun. Memeriksa keadaannya dengan lebih dekat.

Lengan Yuanjun menarik perhatian Erina. Ada bandage basah bersebelahan lengannya. Dia berjalan itik ke arah lengan lelaki itu. Terdapat lima belahan dalam di atas permukaan kulit lengan Yuanjun.

Tanpa sedar, Erina melepaskan desisan kesakitan. Dapat dia rasakan bagaimana sakitnya jika luka itu ada pada lengannya. Ditambah pula dengan air hujan yang jatuh mencurah-curah pada luka yang masih baru itu. Sintingan lengan Yuanjun diturunkan bagi menutup luka itu.

Yuanjun, apa yang awak cuba buat?

Dia bangun dari terus bertinggung. Telefon dari dalam poket dikeluarkan untuk mendail nombor Emir. Dia rasa brsalah juga menganggu tidur berkualiti adiknya itu tapi, apa lagi boleh dia lakukan? Kudrat perempuannya tak akan mampu mengangkat lelaki ini seorang diri.

Dia berjeda seketika merenung skrin hitam telefon bimbitnya yang memantulkan wajahnya. Air-air hujan mengena skrin telefonnya, dia biarkan.

"Good. Jadi, kau boleh faham la kan kat sini? Kita takda apa-apa. Strangers. Andai ditakdirkan nanti kau terjumpa aku kat mana-mana, tengah jalan ke, tepi jalan ke, kalau boleh tak payah nak ramah sangat, ya? Buat-buat je tak kenal aku."

Pesanan Yuanjun yang bermain di kepalanyalah membuatkan dia berjeda. Pesanan yang menyakitkan hati itu... dan senyuman separa ikhlas yang dihadiahkan kepadanya...

Hatinya membara mengingatkan kejadian beberapa minggu lepas itu. Hujan-hujan begini harusnya dia berasa sejuk tetapi...

Erina kembali menyimpan telefon bimbitnya semula ke dalam poket. Pandangannya jatuh menurun, merenung keadaan Yuanjun.

Kasihan tak kasihan, hatinya masih sakit, tahu? Kalaulah Yuanjun datang minta maaf kepadanya sekalipun nanti, entah belum tentu dia dapat maafkan.

Orang ajak jumpa elok-elok, tiba-tiba kena maki. Mahu tak sakit hati?

Dia bergerak ke arah pintu pagar rumahnya. Masuk simpan motosikal lebih elok daripada tanam sikap prihatin kepada orang yang tak pandai menghargai.

Marah tetap marah tetaph hatinya dijentik rasa serba salah meninggalkan Yuanjun terlentang begitu. Sudahlah dia punya luka yang amat dalam, dan entah berapa lama dia berada di bawah hujan lebat ini. Bibirnya pun sudah bertukar warna kepada keputih-putihan.

Erina merengus. Meluat sungguh dengan diri sendiri yang asyik kasihankan orang lain.

"Menyusahkan," bisiknya perlahan dan buat kali kedua, dia menyeluk poketnya, mengeluarkan telefon bimbit sendiri.

Kontak nama Emir dicari dan tanpa membuang masa, dia mendail nombor tersebut.

Dua kali dia menghubungi adiknya, terputus. Kali ketiga barulah diangkat. Suara serak-serak basah Emir menyapa telinga.

"Emir, keluar kejap. Tolong kakak. Ada orang pengsan dekat luar rumah kita," arahnya. Mata tidak lekang memandang sekujur tubuh lemah Yuanjun di hadapannya.

"Ha?" Emir bingung. Baru aje bangun tidur, langsung dapat arahan. Kakaknya nak dia tolong? Ada orang pengsan?

"Turun ajelah. Cepat!"

"Okey, okey!" sahut Emir kalut-kalut. Sempat dia putuskan panggilan terlebih dahulu sebelum berlari keluar dari bilik.

JAUH dia merenung memandang rerumput hijau di bawah kasutnya. Fikirannya menerawang entah kemana. Sesak perihal keluarganya, kawan-kawannya, Izz, Naufal, Aidan, Farish, keluarganya lagi, masalahnya, mendiang ibunya, dan...

Erina.

Setelah apa yang dia ucapkan pada Erina, perempuan itu masih lagi berbaik hati menolongnya. Dia tidak faham mengapa...

"Abang, boleh tolong bukakan?" Satu objek berupa botol air kini memenuhi pandangannya. Dia menoleh ke tepi, memandang gerangan yang menghulurkan botol air dan meminta dia bukakannya.

Seorang budak lelaki, kepalanya licin tanpa sebarang rambut. Dia juga turut berkerusi roda memandangnya sambil senyuman manis melengkung di bibirnya.

Yuanjun ambil tanpa banyak soal. Buka, kemudian serahkan kepada budak itu. Tiada sepatah kata keluar dari mulutnya.

"Terima kasih," ucap budak itu mengambil botol air yang sudah dibuka dari tangannya.

Dia menggumam perlahan sebagai balasan.

"Saya tak pernah nampak abang dekat sini. Abang baru pindah ke?" Dia bertanya sekadar pembuka bicara.

Yuanjun menggeleng. Tidak menerangkan lebih lanjut bagaimana dia boleh sampai ke taman permainan ini.

"Oh." Dia angguk faham. Setelah itu, hanya diam menyapa mereka berdua. Budak itu tidak menyoal lebih lanjut. Tahu Yuanjun mungkin tidak punya mood untuk beramah mesra.

Budak itu melepaskan nafas, bahagia. Dia seronok melihat pemadangan di hadapannya ini. Budak-budak bergelak ketawa, menjerit riang bermain antara satu sama lain.

Kalaulah dia mampu berjalan, pasti sekarang dia ikut serta kanak-kanak itu semua.

"Seronok tengok."

Yuanjun kekal diam.

"Kalau... saya tak sakit, mesti saya boleh join dia orang juga." Dia memandang kaki sendiri. Dia tidak salahkan takdir. Dia berterima kasih sangat kepada Allah kerana berikan dia ujian begini. Kata ibu, dia antara insan yang terpilih, yang Allah sayang sebab itulah dia diuji sakit teruk begini.

Cuma, itulah... ibu pasti tak akan menangis kekurangan wang biayaan dia kalau dia sihat. Ibu juga pasti tak akan menangis mengenangkan satu-satunya anak yang dia ada, bakal meninggalkannya tak lama lagi.

Dia tersedar dari pemikiran negatifnya. Tak elok! Ibu cakap tak baik sebut 'kalau' banyak kali. Gaya macam orang tak bersyukur.

Yuanjun menelan liur menghilangkan rasa berpasir di tekaknya."Kau sakit... apa?"

Pertanyaan yang selama ini buatkan dia ingin menangis setiap kali disoal dibalas dengan senyuman terlebih dahulu. "Leukimia. Dah teruk. Doktor cakap, saya tak dapat hidup lama."

Yuanjun merenungnya. Badan dibongkokkan ke hadapan, lengan direhatkan pada pahanya.

"Umur kau berapa?"

"Sebelas."

Yuanjun terkedu. Mudanya. Terlampau muda. Ada banyak lagi perkara dia perlu terokai dalam lingkungan usianya ini. Dia... tidak sepatutnya mati.

"Kalau saya ada kesempatan hidup, dan takda sakit ni... Saya nak banggakan ibu saya. Saya nak belajar sungguh-sungguh, dapat keputusan yang elok. Berjaya pegang Ijazah, dapat kerja yang bagus-bagus. Ajak ibu saya duduk dengan saya, dalam rumah besar sangat. Besar macam istana." Dia bercerita sambik tangan terawang-awang di udara. Matanya bercahaya menceritakan impiannya yang tidak akan pernah tercapai itu.

Yuanjun diam mendengar dan memerhati budak lelaki itu bercerita dengan riangnya. Dalam diam, dia mengukir senyuman kecil. Dia sudah cakapkan ini tetapi dia mahu cakapkannya sekali lagi... Budak sejernih ini tidak layak untuk mati.

"Abang untung sangat tau. Mampu hidup sampai hari ini."

Kekok.

Andai budak ini tahu, apa yang dia hadapi sekarang, apa yang dia cuba lakukan dua hari lepas...

"Abang boleh banggakan ibu abang lagi. Dapat luangkan masa dengan dia lagi. Saya ni..."

"Aku dah takda mak." cantas Yuanjun.

"Oh. Ayah?"

Tubuhnya mengeras sedikit mendengar frasa kata 'ayah' itu.

Ayahnya masih elok hidup. Bahkan, sihat juga.

Yuanjun menggeleng. Lebih baik gelar ayahnya mati daripada dia masih hidup tapi tidak berguna.

"Abang ada kawan-kawan?"

Dia angguk. Teringatkan kawan-kawannya di rumah sana. Sudah lebih dari dua minggu dia tidak pulang, mereka baik-baik sajakah?

"Oh, baguslah! Kawan-kawan abang ada untuk abang. Abang ada masa lagi luang masa dengan dia orang. Boleh cipta banyak memori lagi, kan?"

Yuanjun angguk. Mula sedar sesuatu.

Budak ini, sakit dan tidak lama lagi bakal meninggalkan dunia penuh kekejaman ini. Dia mahu banggakan ibunya, luangkan masa bersama-sama ibunya tetapi sayang sekali, dia tidak dapat melakukan itu. Impian tinggal impian.

Tetapi, dia... punya banyak kesempatan lagi untuk hidup. Seperti budak ini kata tadi, cipta memori bersama-sama rakannya. Bersama-sama Izz, Naufal, Farish serta Aidan. Dia ada banyak masa lagi untuk lakukan itu tetapi sayang sekali, dia bertekad mengakhirkan semuanya. Segalanya, termasuk nyawanya.

Bodoh. Ada kesempatan untuk hidup, malah ingin menamatkannya. Yang tidak ada kesempatan ingin hidup, malah ingin meneruskannya.

Dia memejam mata. Imbasan mimpinya tempoh hari muncul di fikirannya. Segar, melekat elok lagi setiap perbualan di antara dia dan Erina, biarpun semua itu hanyalah mimpi semata-mata.

"Tapi masalah aku takkan pernah selesai."

"Dan lari dari masalah pun takkan selesaikan semuanya."

"Well, life's hard sometimes. Of course, it won't be only a flowery path in your life. Sometimes, you do need some rain to grow more flowers."

Nafasnya seakan tersekat di hujung ketika tangannya mengenggam tombol pintu itu. Dalam dilema lagi, sama ada mahu memulasnya atau tidak.

Buka, Yuanjun!

Lambat-lambat dia menghembuskan nafasnya yang terasa tersekat tadi. Tombol buka dipulas tanpa sebarang pergendalaan lagi.

Kreakk...

Terbuka sedikit pintu itu.

Baru saja dia ingin menolak pintu itu sepenuhnya, ada seseorang sudah menariknya dari dalam, menguaknya luas.

Mata Naufal membulat memandang figura di hadapannya ini. Tidak lupa juga, mulutnya berjuntaian ternganga. Bagai baru sudah melihat hantu gayanya.

"Yuanjun!" jeritnya separa tidak percaya. Lelaki yang menghilangkan diri dua minggu lepas kini mengisi ruangan di hadapannya?

Tanpa sedar, jeritan Naufal mengundang rakan-rakannya yang lain ke muka pintu.

Yuanjun mendepakan tangan, memandang setiap satu raut wajah rakannya,

"Suprise?"

Sejurus dia berkata itu, tangan-tangan rakannya langsung menariknya ke dalam.

"Woi, sengal. Kau pergi mana?" Suara Farish berbunyi.

"Fikir gempak ke keluar rumah macam tu je lepastu buat semua orang risau?" Aidan pula bersuara.

"Sumpahlah... aku nak menangis kau hilang tahu, tak?" Naufal memukul bahu Yuanjun ganas. Simpah dendam dah lama dengan mamat ni.

"Welcome home, bro!" jerit Izz. Serentak itu, mereka semua memeluk sesama sendiri. Syukur sangat, rakan mereka yang seorang ini sudah kembali.

Dalam pelukan mereka, Yuanjun diam-diam tersenyum gembira.

This feels so much like home, again.

Maaf atas sebarang kekhilafan, selamat membaca :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience