W :: DUA

Young Adult Series 1905

JARUM pendek jam menujukkan angka dua manakala jarum pendek pula hampir berginjak ke angka tiga. Sepatutnya sekarang Erina sudah lelapkan mata, menyelami alam mimpi indah memandangkan peristiwa tengah hari tadi betul-betul melelahkannya namun matanya pula bagai tidak mahu memberi kerjasama. Sedari tadi dia cuba lelapkan mata. Pusing ke kiri, pusing ke kanan. Macam-macam gaya tidur sudah dia cuba termasuklah gaya kuak rentang, tetap juga matanya enggan untuk terlelap.

Erina menghembuskan nafas, apa lagi yang dia boleh lakukan untuk melelapkan matanya ini?

Dia bergolek ke tepi. Ingin bangun dari katil. Untung-untung setelah pekena segelas air milo dia boleh tidur.

Suis lampu dapur dipetik sebaik saja tiba di situ. Dia terus berjalan menuju ke rak penyimpanan pinggan mangkuk, menarik satu mug bewarna merah.

Sedang dia mengacau air milonya sehingga sebati, mata dia menjeling tangan kirinya. Balutan tangan kemas, terima kasih kepada Yuanjun.

Erina merenung balutan tangan kiriku, mengamati tulisan tangan ketiga-tiga lelaki yang hanya sempat mengenali nama dan rupa mereka. Berkemungkinan besar selepas ini mereka tidak akan bertemu lagi.

Matanya fokus memandang tulisan asing di situ, satu-satunya perkataan lain dalam tulisan Mandarin.

'????????'

Terus kepala otak teringat situasi semasa Yuanjun menemaninya ke jalan besar.

"Kenapa awak lepaskan saya?" soal Erina ingin tahu. Yuanjun pasti punya sebab lain. Aneh bila Yuanjun senang-senang saja lepaskan dirinya.

"Orang yang aku tumbuk tu tak penting pun. Kau sendiri cakap kau tak dengar kami sembang apa," jawab Yuanjun sambil memandang bawah, menyepak batu-batu kecil.

Setelah itu, mereka masing-masing diam. Tiada topik mahu dibahaskan lagi. Soalan Erina sudah pun terjawab.

Kekok. Erina sibukkan diri memandang pemandangan sekeliling. Tempat ini begitu asing baginya. Usang, sunyi, jauh dari pandangan orang ramai.

Syukur dia dipertemukan dengan Yuanjun. Walaupun pertemuan mereka tidaklah seindah pertemuan lainnya. Bertemu ketika Erina menjadi saksi keganasan yang Yuanjun lakukan.

Sementara menunggu grab Erina tiba, mereka bertukar dialog. Adalah dalam sepatah atau dua patah perkataan. Itupun sekadar berbasa-basi.

Lama menunggu, akhirnya grab Erina tiba. Beg sling diperiksa buat kesekian kali, memastikan semua barangannya masih ada. Buatnya nanti selamat naik grab, tiba-tiba pula dompet hilang. Haru namanya tu!

Berdiri di hadapan pintu kereta grab, tangannya mengenggam erat pada pemegang pintu kereta. Erina berkira-kira mahu mengucapkan selamat tinggal ataupun tidak. Boleh jadi ini pertemuan pertama atau terakhir mereka. Boleh jadi juga, selepas ini mereka bakal bertemu lagi.

Lehernya pusing ke belakang, melihat Yuanjun melalui bahu sendiri. Beranikan diri. A simple bye won't hurt, right?

"Bye," ucapnya perlahan. Ukirkan senyuman seikhlas mungkin.

Yuanjun menggumam sebagai balasan kepada ucapan selamat tinggal Erina tadi. Eh, eh... berat betul mulut ya?

Erina geleng kepala. Malas mahu ambil pusing. Sedia maklum, Yuanjun bukannya peramah sangat. Okeylah tu dapat gumaman darinya.

"Ah, sudah! Berhenti fikirkan semuanya! Fikirkan hari esok, Erina. Esok kau kena OT." Erina ingatkan diri sendiri. Biarlah sekadar tinggal kenangan. Dia tidak harapkan sebarang pertemuan antara Yuanjun dan kawan-kawannya pada masa akan datang.

Erina menghirup perlahan air milo hasil buatan tangan sendiri. Dia memangku dahi. Penatlah pula fikirkan soal OT esok.

Huh... gara-gara Atiq dia terpaksa OT esok! Siaplah Atiq nanti. Tahulah Erina ayat apa yang bakal dia sembur kepada Atiq nanti.

"OI! Buat apa?" Naufal menegur secara mengejut. Hairan dia melihat pintu rumah terbuka saat dia baru saja ingin melangkah ke tandas bagi membuang hajatnya. Sangkanya pencuri tapi rupa-rupanya, kawannya sendiri sedang merenung nasib.

Yuanjun hampir mengeluarkan kata-kata kesat apabila menerima tamparan pada bahu tanpa lapiknya. Dia menjeling hujung mata wajah Naufal. Sibuk betullah. Mamat ni pun belum tidur ke?

"Takda buat apa. Stargazing," ujar Yuanjun. Sambung mengambil beberapa sedutan daripada rokoknya yang sedia menyala semenjak tadi. Rokok boleh dikatakan teman baiknya di mana-mana saja, tidak mengira waktu.

Sejak dulu dia merokok tetapi tidaklah dalam kuantiti yang banyak. Sebatang atau dua. Kadang tidak langsung. Kebelakangan ini saja dia banyak menghisap rokok. Minima sehari tiga atau empat batang. Dia sendiri tidak faham mengapa.

Adakah kerana dia stres?

Mungkin.

"Jun, tak elok la merokok banyak sangat. Petang tadi aku nampak kau merokok dua batang. Lepas makan malam tadi pun kau hisap lagi sebatang. Kau okey tak?" tegur Naufal. Dia risau melihatkan keadaan Yuanjun. Banyak betul rokok dia hisap. Sahabatnya itu baik-baik sajakah?

"Okey. Tak payah risau." Yuanjun sedia maklum, merokok itu memang bahaya. Entahlah... dia cuba untuk tahan diri malangnya, tidak boleh. Stres sikit, rokok. Kalau bukan rokok, arak. Dua benda ini saja yang dia akan cari apabila dia terlampau memikirkan banyak hal.

Naufal angguk. Faham perangai Yuanjun. Dia bukannya jenis suka buka mulut ceritakan masalahnya pada orang lain. Selalu pendam sendiri. Puas memaksa, tetap juga Yuanjun mengunci mulut rapat. Selain dari masalah keluarganya, Naufal tidak tahu masalah lain lagi yang dihadapi Yuanjun.

Dia membetulkan kedudukan disebelah Yuanjun, "Kau tak boleh tidur kenapa ni? Teringat Erina ke?" Naufal sengih jahat, penuh makna. Lengan Yuanjun disigung beberapa kali.

"Gila la kau ni. Fikir aku ni macam kau ke?" Yuanjun geleng kepala mendebgar selorohan Naufal. Kawannya ini sememangnya bermulut becok. Terkadang penat juga melayan karenah Naufal seorang.

Naufal gelak kecil, "Eh tapi dia cool, kan?" Dia turut memandang langit. Beberapa gugusan bintang berkelipan di dada hitam pekat langit. Cantik.

"Cool?" Yuanjun menyoal. Celah mana coolnya? Biasa aje dia nampak.

"Haah. Lagu yang aku nyanyi tu takdelah terkenal sangat. Aku impress dia boleh sambung." Naufal senyum. Teringatkan kejadian tengah hari tadi. Sangkanya, nyanyiannya akan disambut dengan gelengan oleh gadis itu.

Yuanjun ketawa kecil, "Oi... Ingat Syafira kau tu." Puji melebih Naufal ni... dah lupa dekat girlfriend sendiri ke?

Tak semena-mena, nama yang terbit dari mulut Yuanjun membuatkan Naufal mencebik, "Ish, Syafira..." Girlfriendnya itu satu hal. Merajuk hinggakan sanggup block dia di WhatsApp hanya kerana dia lupa semalam genap enam bulan mereka bersama. Syafira sepatutnya faham, bukannya dia sengaja lupa. Jenuh dia perlu memikir pelbagai cara untuk ambil hati buah hatinya itu semula.

"Apahal? Gaduh?" Hai... kawan baiknya ini. Mengeluh panjang nampak? Selalunya Naufal hanya tersengih malu apabila setiap kali nama Syafira dipetik. Ini kenapa pula dia mengeluh?

"Biasalah. Perempuan, kan? Semua tak kena," jawab Naufal. Sebab kenapa dia dan Syafira bergaduh, biarlah rahsia. Nanti-nanti mesti akan selesai juga.

Apa-apa pun... kira adil lah, kan? Yuanjun tak cerita masalah dia, Naufal pun tak payahla gatal buka mulut ceritakan masalah dia juga.

"Complicated," balas Yuanjun. Sempat mengutuk sedas. Itu fakta. Perempuan sekejap okey, sekejap mengamuk. Pening juga kepala dia memahami perempuan.

Terkadang bila melihat hubungan Naufal dan Syafira, dia takjub. Syafira itu... mood tidak menentu. Selalunya pergaduhan antara dia dan Naufal pasti berpunca daripada Syafira sendiri. Naufal tetap sabar memujuk buah hatinya dalam setiap pergaduhan.

Naufal betul-betul 360 darjah dari Yuanjun. Kalaulah Yuanjun ada girlfriend kuat moody seperti Syafira... agaknya tak naik tangan, mesti naik kaki.

"Mengalahkan addmath," sambung Naufal. Turut memberikan komen tentang sifat kaum hawa.

Yuanjun ketawa perlahan. Aduhai, Naufal. Sabar ajelah!

Senyap menyapa antara mereka berdua. Naufal ligat mencari topik untuk bersembang lagi. Duduk di sini berbual bersama Yuanjun sedikit sebanyak buatkan mata dia segar.

Naufal garu kepala, "Dia bergaduh dengan aku sebab aku tak ingat tarikh kita orang start bercinta. Semalam sepatutnya kita orang sambut six months anniversary tapi aku lupa. Tak sengaja nak lupa pun." Mulut becok Naufal tidak dapat menahan dari buka cerita. Alah... lagipun bukannya masalah serius sangat.

Yuanjun ukir senyuman senget, "Tak tahula, Naufal. Dah lama tak ada girlfriend." Dia okey aje Naufal mahu bercerita tentang masalah hubungannya. Cuma jangan cerita dan kemudiannya tanya pendapat atau minta tolong dia selesaikan masalah pergaduhan kurang matang mereka. Itu memang dia angkat bendera putih dulu lah.

"Tahu... saja cerita." Cukuplah sekadar Yuanjun dengar. Sudah memadai setakat itu. Dia pun tidak harapkan lebih dari Yuanjun.

"Apa-apa pun aku masih lagi tertanya. Macam mana kau jumpa dia? Selama ini kau tak pernah bawa balik perempuan pun?" Topik diubah. Pandangan Naufal kali ini betul-betul fokus memandang figura tanpa baju kawan baiknya itu. Puntung rokok Yuanjun setia menyala di celah jemari hantu dan telunjuknya.

Sengih dulu, Yuanjun menghisap rokoknya lama. Menghembus asap keluar melalui belahan bibirnya. Rokoknya sudah tinggal separuh dibuang ke bawah lalu dipijak beberapa kali bagi mematikan puntung rokok yang menyala.

"Aku tak pernah bawa balik perempuan?" sinis Yuanjun bertanya.

"Maksud aku, bawak balik dengan niat baik la." Selama ini memanglah Yuanjun pernah bawa balik perempuan. Kerap kali juga. Untuk apa? Ah, itu usah ditanya. Jawapan sudah terang lagi bersuluh kut!

Yuanjun angkat bahu, "Well, dia sesat dan dia nampak aku dengan sepupu aku bertumbuk."

"Seriusla? Sepupu kau tak habis-habis lagi ke cari kau?" Beberapa tahun sudah berlalu, Yuanjun juga jarang sudah menyebut soal sepupu-sepupunya yang selalu datang mencarinya. Harini cari balik?

"Haah. Selagi tak setuju." Selagi itulah Yuanjun dipaksa. Berulang kali sudah dia cakap. Dia tak mahu, tak berminat. Tetap juga memaksa. Yuanjun betul-betul hilang sabar harini. Selamat sepupunya yang seorang itu makan buku lima dia.

"Lepastu?" Lupakanlah pasal sepupu-sepupu tak guna Yuanjun tu. Dia lebih ingin tahu perihal Erina.

"Lepastu kantoi busuk-busuk pula tu dia tengah mengushar kami. Dia buat bunyi macam... kau tahu tak? Bunyi orang terkejut tu?"

Naufal angguk-angguk. Buat demonstrasi sekali kepada Yuanjun. Menunjukkan dia faham maksud Yuanjun.

"Haah bunyi macam tu. Kantoilah dengan aku." Yuanjun geleng kepala perlahan mengingatkan kecuaian Erina. Lepas ini apa lagi kecuaian dia bakal lakukan, ya?

"Aku kejarlah dia. Tak adalah macam kejar betul-betul. Jalan laju aje. Tenang-tenang, santai. Sengaja bagi dia gelabah lagi." Yuanjun seronok melakukan itu. Melihat muka takut Erina mengujakan dia. Geli hati betul dia melihat reaksi Erina. Mujur tak terbahak aje depan Erina.

"Jahatnya usik dia." Naufal turut tergelak perlahan. Kesian Erina!

"Bukannya apa, aku nak tahu dia faham ke tak apa yang kami gaduhkan. Aku dahla tak suka orang asing tahu urusan keluarga aku. Nasib baik dia tak tahu punca kita orang bergaduh. Kalau tidak, sampai ke sekarang aku kurung dia tau. Jadikan dia maid kita." Jujur, itu antara perancangan awal Yuanjun jika Erina memahami setiap bait kata-kata kasar yang dilemparkan kepada sepupu tak bergunanya.

"Oi..." Naufal menyinggung siku Yuanjun lagi. Nada serius maut. Memang betulkah Yuanjun mahu jadikan Erina bibik mereka?

"Gurau." Alamak Naufal ni. Ambil serius nampak? "Aku selamatkan dia sebab rasa bersalah. Kalau kau jadi aku tadi, kau boleh tengok bertapa selebetnya dia. Dengan peluh, dengan air mata. Hampir banjir weh tudung dia tadi," sambung Yuanjun. Hujung bibir terangkat ketika dia menceritakan semuanya. Masih segar di ingatan setiap perkataan, ayat, reaksi muka Erina. Terbit rasa kasihan dalam dirinya ketika melihat keadaan gadis itu biarpun Yuanjun berasa agak kelakar.

"Tiba-tiba aje? Eh, dahsyat betul Wen Yuanjun rasa bersalah ni." Hm... pelik betul... Naufal kecilkan mata. Yuanjun kelihatan mencurigakan.

"Entah. Aku tergerak hati nak selamatkan dia."

Naufal kecil kan mata lagi. Setiap perkataan keluar dari mulut Yuanjun betul-betul mencurigakan. Pada mulanya, Yuanjun mahu mengabaikan saja pandangan sepet Naufal tetapi entah kenapa ianya sedikit menganggu. Dia tolak kepala Naufal. Terdongak kepala kawan tu, "Kau pahal tenung aku macam tu?"

"Ke... kau dah suka dia?" Terbit senyuman nakal di bibir Naufal. Iya-iya aje selamatkan sebab bersalah. Entah-entah... ngap! Sudah ditangkap cintan.

Yuanjun tayang muka kelat. Langsung tidak terkesan dengan teori dungu Naufal, "Gila ke? Kau ingat ni apa? Cliche betul eh pemikiran kau? Bukan main tadi marahkan Syafira. Cakap complicated la, childish la. Dahtu kau? Pemikiran cliche. Ha sepadan sangat lah tu. Semoga selamat sampai ke pelamin." Yuanjun bagi ayat sarkastik. Apalah ada dalam kepala otak Naufal ini? Teruk betul benda yang difikirkannya.

Senyuman nakal Naufal mati, "Weh, Yuanjun... jahat mulut... sakit hati aku..." Naufal pegang dada sendiri. Adakah hatiku baik-baik saja?

"Dah, masuk dalam. Esok kau dahla ada kelas." Yuanjun menghalau Naufal. Mengawang tangannya beberapa kali tanda menghalau. Sengaja sakitkan hati Naufal lagi.

"Tak payah ingatkan. Memang nak masuk pun." Naufal gulingkan mata. Menyampah betul. Nak aje dia libas muka Yuanjun guna selipar sekarang ini.

Selangkah kakinya ingin menjejak lantai rumah, Naufal berpaling kepada Yuanjun semula.

"Kau pun cepat sikit masuk. Sejuk dekat luar ni. Dahla tak pakai baju. Tu bunga lili kau tu. Kesian dia sejuk," pesan Naufal. Dia muncungkan mulut, menunjuk tatu bunga lili pada abdomen sebelah kiri Yuanjun.

"Okey!" sahut Yuanjun. Setelah menerima balasan Yuanjun, Naufal masuk ke dalam rumah.

Akhirnya, tinggallah Yuanjun sendirian sekarang. Dia mengeluh sekali, menatap langit malam. Masalah yang telah dilupakan beberapa minit lalu kini menjengah kembali.

Persoalannya... bilakah semua ini akan berakhir? Sesak di kepalanya ini... bilakah bakal berhenti?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience