W :: EMPAT

Young Adult Series 1905

KAIN anduh pada tangannya dileraikan penuh berhati-hati. Setelah kain anduh tersebut terlerai daripada terus membalut tangannya, dia perhatikan keadaan telapak tangannya. Darah semakin kering, rasa sakit sudah tidak lagi menyengat.

Erina betulkan duduk, sebelah tangan eloknya memegang kain anduh itu erat. Suara Atiq tempoh hari bergema di gegendang telinganya.

"Until we meet again."

Merupakan maksud dibalik tulisan tangan Yuanjun.

Satu soalan sudah terjawab. Pun begitu, beberapa soalan lain pula muncul di benak fikirannya.

Yuanjun cuba sampaikan apa? Adakah lelaki itu ingin bertemunya lagi?

Erina gigit ibu jari sendiri, tingkah semula jadinya ketika dia terlampau memikirkan sesuatu persoalan.

Dia menghembuskan nafas. Tepatkah pilihannya ini? Adakah patut dia pergi bertemu lelaki itu semula setelah kejadian itu berlalu? Mereka tiada apa-apa kaitan, bahkan tangan kirinya juga kian sembuh.

Daripada bersandar, kini dia tegakkan tubuh. Kedua-dua belah tangan kini mengenggam telefonnya. Skrin memaparkan kontak nama Atiq. Dadanya berdebar, was-was jarinya ingin menekan nama tersebut.

Dia ingin mengajak Atiq sekali. Sekurang-kurangnya tidaklah dia keseorangan dan paling penting, bolehlah bazirkan minyak kereta Atiq. Hehe.

"Kakak! Makan!" Suara Emir kedengaran memanggil kakanya, diselangi beberapa ketukan pada muka pintu. Apalah kakaknya buat? Semenjak petang tadi asyik kurungkan diri dalam bilik aje.

"Okey!" Laju Erina menyahut. Dia menekan punat tutup pada telefon bimbitnya. Makan dululah! Nanti lepas makan barulah sesakkan balik kepala.

KEDENGARAN bunyi burung-burung berkicauan di hujung telinga. Cahaya matahari sedikit menjengah masuk menyuluh kepolak mata monolidnya. Lengan kirinya seperti ditindih sesuatu, berat dan rasa kesemutan.

Mata sebelah kanan dibuka terlebih dahulu, cuba menghadam persekitaran asing ini.

Kedua-dua belah mata terbuka luas setelah dia dapat mengingati perkara yang terjadi di sini, di dalam bilik ini, di atas katil ini.

Dia menoleh ke tepi, raut wajah seorang perempuan menjadi santapan mata. Mulus dan suci. Rentak dadanya naik turun, tenang mengatur nafas.

Setiap pelusuk muka perempuan itu diperhati. Dari alis, berhenti pada belahan bibir merah jambunya. Dia membasahkan bibir sendiri membayangkan kemampuan belahan bibir berona merah jambu itu.

Yuanjun cepat-cepat menyedarkan diri. Tiada masa mahu melayan nafsu sendiri lagi! Ada tempat lain dia harus pergi selepas ini.

"Chrystia," panggilnya perlahan. Tiada reaksi daripada sang gadis. Kekal dalam posisi yang sama, memeluk pinggangnya erat.

Dia berdehem, membasahkan tekak, "Chrystia, x?ng lái (wake up)." Kali ini, lengan Chrystia cuba dileraikan olehnya disertai beberapa goncangan pada tubuh ramping gadis itu.

Berhasil. Lambat-lambat gadis itu menunjukkan reaksi. Dia mengeliat terlebih dahulu sebelum membuka mata. Mereka melakukan beberapa ketika kontak mata.

Chrystia tersenyum senang. Alahai... pagi-pagi sudah kena tatap dan juga menatap muka kacak Wen Yuanjun. Kenyang! Tak perlu sarapan dah.

"W? x?yào qù m?u gè dìf?ng (I need to go somewhere)" Yuanjun bingkas bangun. Dia turun dari katil, mengutip helaian baju T berlengan panjangnya yang bergelimpangan di atas lantai bersama-sama baju Chrystia.

"Zài n?l?? (Where?)" Ada protes di tengah-tengah ayat. Cis! Sangka Chrystia, mereka masih boleh menikmati beberapa detik kemesraan lagi pada pagi ini. Nasib tidak menyebelahi diri, lelaki ini terpaksa pula pergi.

"M?u chù (Somewhere)" Yuanjun merahsiakan kemana perginya selepas ini. Tiada kaitan dengan Chrystia, kenapa dia perlu tahu?

Chrystia mencemuh, tidak berpuas hati. Tak boleh! Lelaki ini tidak boleh pergi meninggalkannya seorang diri di sini. Sudah beberapa bulan dia tidak punya teman. Kehadiran Yuanjun malam semalam sedikit sebanyak mengisi kekosongan hidupnya.

"N? bùnéng qù! (You can't go!)," bentak Chrystia. Tangan Yuanjun ditarik untuk duduk bersebelahannya.

"Wèishéme? W? bùnéng zh?ng ti?n dài zài zhèl?! (Why? I can't stay here all day!)" Suara Yuanjun naik seoktaf. Dia paling pantang apabila diperintah.

Chrystia perlu faham, dia berlembut semalam tidak membawa maksud dia akan berlembut pada pagi harinya juga. Bila-bila masa saja Yuanjun boleh menunjukkan sisi jahatnya.

Chrystia tersentak. Hatinya sedikit sakit menerima jerkahan Yuanjun. Lelaki ini semalam... sungguh lembut dan manis. Bait kata-kata manis dari mulut Yuanjun semalam masih terpahat elok dalam kepalanya. Namun, pagi ini... Yuanjun betul-betul terbalik tiga ratus enam puluh darjah pada pagi ini. Agresif entah mengapa.

Dia menelan liur. Mungkin ada salahnya juga. Dia yang mula berkasar terlebih dahulu, "Yuán j?n, n? z?nme zhèyàng... w? y?wéi w?men zuó w?n wán dé h?n k?ix?n? (Yuanjun, why are you like this... I thought we have fun last night?)" Chrystia merendahkan suara. Tangannya memgang rahang Yuanjun, memaksa lelaki itu memandang dirinya yang dibaluti gebar.

Yuanjun menepis tangan Chrystia. Tepilah! Semak betul.

"Zuó w?n (Last night)." Hal semalam sudah berlalu, Chrystia tak sepatutnya mengungkit.

Chrystia menguak rambut bewarna coklat perangnya kebelakang. Hati kian menggelegak tapi pedajalkan dahulu semua itu! Susah betul mahu pujuk lelaki ini, ya?

"Zhìsh?o zài zhèl? zhù j? ti?n (At least stay here for couple days)," rayu Chrystia. Suara dilunakkan sehabis baik. Biarlah dia kelihatan tersedak, asalkan dia berjaya pujuk Yuanjun!

Yuanjun tertawa kecil, separa ikhlas. Terhibur melihat pujuk rayu perempuan ini. Kalau dia mengelak, apa Chrystia akan buat? Menggodanya?

"Nà wèishéme y?u bìyào ne? (And why is that necessary?)" Yuanjun menyoal acuh tak acuh. Susah betul menghadap si Chrystia ini. Selalu perempuan lain lepas aje dia pergi. Lain pula Chrystia, pagi-pagi lagi sudah buka pentas debat dengannya.

Riak muka bersahaja Yuanjun membuatkan Chrystia menggelegak lebih dahsyat. Oh? Lelaki sememangnya begini? Sudah puaskan nafsu, kemudian akan pergi begitu saja?

"Y?nwèi n? duó z?ule w? de tóngzh?n! (Because you took my virginity!)" Dia menghamburkan geramnya. Habis belakang badan Yuanjun ditumbuk bertubi-tubi. Lelaki tak guna, Senang-senang saja mahu lepas tangan!

Yuanjun bangun, tumbukan Chrystia tadi bagaikan tidak punya kesan pada tubuhnya. Dia merenung Chrystia malas sambil tangan menyeluk poket. Empat not RM50 dikeluarkan.

"Gàn dé h?o (Here you go)." Not tadi dicampakkan ke muka Chrystia. Nak duit, cakap! Tak perlu pun tuduh dia bukan-bukan.

Chrystia terkedu. Tubir matanya tiba-tiba terasa hangat, setitik air matanya jatuh. Maruahnya... hanya bernilai RM200 sahajakah?

"W? bùyào n? de qián! W? zh? xi?ng yào n? liú zài zhèl?! (I don't want your money! I just want you to stay here!)"

Mulut Yuanjun menyenget, menahan tawa melihat drama air mata Chrystia. Sebelah tangannya kembali menyeluk poket. Ingin mencari gula-gula getah.

Plastik gula-gula getah itu dironyokkan setelah dia berjaya mengeluarkan isinya. Dimasukkan semula ke dalam poket. Sambil mengunyah, dia menguak rerambut ke belakang.

Bibirnya merapati telinga Chrystia. Air mata Chrsytia semakin meleleh, sepertinya dia tahu apakah yang bakal Yuanjun sampaikan.

"Méimén (No way)," bisik Yuanjun.

Dia kembali tegakkan badan, perkara terakhir menghiasi pandangan adalah reaksi tercengang Chrystia. Mulut melopong, mata berair terbuka luas. Seakan mahu memprotes sesuatu tetapi semuanya tersekat di kerongkong.

Yuanjun senyum nipis, "Zhídào w?men zàicì jiànmiàn (Until we meet again)." Dia berpusing, tanpa menoleh ke belakang lagi. Panggilan serta rontaan Chrystia tidak dilayan. Sempat dia menggaru telinga sendiri, memerli Chrystia bahawa suara tangisan Chrystia menyakitkan telinganya.

DIA memijak bagi mematikan puntung rokok masih menyala itu. Lebihan asap dihembuskan melalui hidung. Tidak tunggu banyak masa, dia memulas tombol pintu belakang salah satu pub terkenal di sini.

Bunyi tembakan dari telefon bimbit salah seorang pekerja di situ menjadi halwa telinga. Zaidi di kaunter, sedang fokus bermain PUBG pada telefon bimbitnya. Yuanjun melangkah mendekati Zaidi.

Zaidi mengangkat pandangan saat terasa ada yang melangkah merapatinya. Senyuman diukir sekali ketika susuk Yuanjun muncul di hadapannya.

"Oh? Cari Ellene, eh?" Zaidi menebak. Yuanjun jarang datang awal pagi begini. Dia punya satu sebab saja jika datang jejakkan kaki pada waktu pagi di sini. Mesti cari Ellene.

Yuanjun angguk.

"Ada dekat atas." Zaidi menaikkan jari telunjuk, menunjuk lantai atas. Entah apa anak bosnya itu buat.

"Okey." Yuanjun menapak pergi. Dia tidak punya idea mengapa Ellene mahu bertemunya. Ellene tidak selalu menghubunginya melainkan ada hal mustahak.

Iya, mereka karib tetapi tidak selalu berhubung. Segala cerita hanya akan dibualkan ketika mereka bertentang dua mata sahaja.

Sampai di tingkat atas, langkahnya serta merta terhenti ketika telinganya menangkap satu bunyi aneh. Datang dari bilik berdekatan.

Haih... Ellene!

Yuanjun garu kepala. Patutkah dia redah? Atau biarkan?

Eh, mana boleh biar! Jadi lama pula nanti. Silap-silap kematu kakinya nanti berdiri lama-lama di sini.

Lantak! Dia memulas tombol pintu bilik itu. Kedua-dua manusia di dalam bilik itu terkejut. Serentak mereka mengalihkan pandangan pada muka pintu. Siapa pula datang mengacau ni?

"Yuánj?n!" jerit Ellene. Lantas dia menarik gebar menutupi sebahagian badannya yang terdedah. Lelaki tadi pula sudah pun berdiri kekok di sebelah katil. Hanya seluar masih saja elok melekat pada tubuhnya.

"N? y?ngg?i xi?n qi?o mén! (You should've knock the door first!)" Ellene memarahi Yuanjun. Suka hati saja main redah! Ketuklah dulu!

"Mén méi su? (The door wasn't locked)." Yuanjun memulas tombol pintu itu berkali-kali. Ha, tengok ni. Bukti.

"Shì de, dàn w? de yìsi shì n? y?ngg?i qi?o mén? (Yeah, but I mean you should knock the door?)" Marah Ellene lagi. Alasan main redah sebab pintu tak kunci tu semua sudah lapuklah!

Yuanjun menggulingkan mata. Inilah dia, manusia bernama perempuan. Sikit-sikit letak salah dekat orang lain.

"N?men y?ngg?i ràng n?men de 'shìqíng' màn man lái. W? néng t?ng dào n? de sh?ng- (You guys should have just keep your 'things' slow. I could hear your mo-)"

"H?o ba, bì zu?! (Okay, shut up!)" Pantas Ellene memotong percakapan Yuanjun. Sudah! Setakat itu saja. Tak usah sambung.

"N? wèishéme zài zhè? (Why are you here?)" Datang sini suka-suka hati aje. Sudahla ganggu orang, tayang muka kerek, mulut tak reti tapis pula itu!

"È... n? zuóti?n g?i w? d? diànhuàle? (Uh... you called me yesterday?)" Yuanjun angkat sebelah kening. Apa Ellene lupa atau dia tak sengaja hubungi Yuanjun semasa dia mabuk?

"Ah!" Ellene memetik jari. Hampir terlupa! Nasib tuan badan munculkan diri.

Ellene memusingkan kepala memandang lelaki tadi. Semenjak tadi dia hanya menjadi pendengar setia perbualan mereka berdua. Sepatah haram pun dia tak faham.

"Baby, you keluar dulu. I nak cakap dengan dia." Ellene mengenyit mata manja. Lelaki tadi mengangguk. Sempat menghadiahkan kucupan di dahi Ellene. Pantas baju di lantai dicapai dan dipakaikan pada tubuh.

Sebelum melepasi pintu, Yuanjun dan lelaki tadi berbalas pandangan buat seketika sebelum lelaki tadi menepuk bahu Yuanjun sebagai tanda perkenalan. Lain kali lah bro kita kenal-kenal lagi!

Dia mengalihkan pandangan pada Ellene. Lengkap perempuan itu berbaju tetapi paras pinggangnya kebawah masih dilindungi oleh gebar tebal itu.

"X?n de ba? (New one, huh?)" Yuanjun menutup pintu. Perlahan-lahan mengatur langkah ke arah Ellene. Tubuhnya direbahkan ke atas tilam empuk milik Ellene, kepala pula dibaringkan atas paha Ellene.

Penat betul. Belum sampai tengah hari, dia sudah terlampau letih. Ini semua gara-gara pertelingkahan dia dan Chrystia tadi.

Ellene menggumam. Dia tunduk memandang kuku bewarna biru muda miliknya. Kuku dia lebih menarik dari muka Yuanjun! Muak sudah dia kerap kali sangat melihat muka Yuanjun.

"Kàn q?lái h?n niánq?ng, t? j? suìle? (Seems young, how old is he?)" Muka budak-budak tapi kemain, ya?

Ellene mengangkat jari dua, lalu mengepal tangannya.

"Èrshí? (Twenty?)" Yuanjun terkejut. Terangkat sedikit kepalanya. Lah? Muda betul.

Ellene menampar dahi Yuanjun. Rebah semula kepalanya disebabkan impak tamparan Ellene, "Wàngjì t? ba. T? bù chóng yào. (Forget about him. He's not important.)" Dia mengajak Yuanjun ke mari bukan untuk bincangkan perihal lelaki tadi.

"Nà n? wèishéme g?i w? d? diànhuà? (Then why did you call me?)"

Ellene koyak senyum penuh makna dulu. Jarinya tak henti-henti bermain rambut lembut Yuanjun. Sekejap menguak, sekejap mengusap.

"W? k?y? b?ng n? ji?jué ji?tíng wèntí (I can help you with your family problems.)"

Kening Yuanjun terangkat. Dia duduk dari pembaringannya. Wajah Ellene ditenung dalam, mencari sebarang pembohongan dari air muka kawannya itu.

Ellene tegakkan tubuh. Jari telunjuknya naik menunjuk satu, "Dàn y?u y?gè tiáojiàn (But with one condition.)"

"Shénme? (What?)" soal Yuanjun tanpa sebarang keraguan. Peluang keemasan, mana boleh dilepaskan!

Buat kesekian kali, Ellene mengoyak senyuman bermakna. Bezanya kali ini, ditayangkan juga set gigi putih miliknya kepada Yuanjun.

This chapter might be confusing a bit, I apologise in advanced ;))

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience