"HAI, Erina!"
"Naufal?" Erina tercengang. Dalam banyak-banyak lelaki... Naufal? Naufal boyfriend Irwani?
Bermaksud, boyfriend Irwani adalah Naufal, dan kawan-kawan Naufal mestilah...
Izz.
Naufal.
Farish.
Aidan.
Dan,
Yuanjun.
Apa jenis kebetulan ini?
"Awak kenal ke boyfriend saya?" Irwani memmusingkan kepala berulang kali di antara Naufal, dan Erina. Dia sangsi.
Pelik... sebelum ni Erina dan Naufal pernah bertemu di mana-manakah?
Atau... huh! Erina dan Naufal senyap-senyap menjalani hubungan di belakangnya?
"Tak... haritu..." Erina gagap, mati kata. Lidahnya seperti tersimpul. Dia merenung kekok tenungan mata sangsi Irwani.
"Aku bawa dia balik haritu. Sempatlah dia jumpa Izz dengan pakwe kau." Yuanjun bersuara. Santai saja dia membuka cerita. Erina alihkan pandangan pada Yuanjun, lelaki ketiga tertinggi di situ selain Atiq dan Aidan.
"Kenapa bawa dia balik? Dia perempuan sim..."
"Bukan!" Erina menjerit kuat, membangkang serta memotong percakapan Irwani. Allahuakbar, Irwani... tergamak dia fikir sebegitu?
"Dia tolong saya." Erina menjelaskan perkara sebenar. Tuduhlah dia yang senonoh sikit lain kali!
"Oh..." Irwani angguk-angguk. "Bukan perempuan simp-"
"Okey, cup! Apa patut kami tolong?" Naufal menyelamatkan keadaan. Girlfriend dia ini... cakap tak bertapis langsung.
Irwani mengaktifkan mode seriusnya. "Korang boleh tolong angkat kotak-kotak tu semua. Pasang khemah sekali. Go! Go!" Irwani bersuara bebaur arahan. Sekali dia pekikkan arahan itu, semua manusia di situ mula bergerak mengikuti arahannya tadi.
Kecuali dua orang.
Erina dan Yuanjun.
Mereka berdiri berhadapan masing-masing.
Bunyi derapan langkah kaki seseorang mendekati salah seorang dari mereka, memendekkan jarang yang sedia ada.
Erina beranikan diri panggung kepala, bertentang mata dengan lelaki itu. Semakin lama, lelaki itu semakin dekat dengannya dan Erina dapat rasakan paru-parunya seperti tidak berfungsi. Oksigen masuk, keluar dengan payah sekali. Hampir terkena sesak nafas jadinya.
Dia benci lelaki itu... namun mengapa dia berasa gementar sekali?
Yuanjun menyeluk tangannya dalam poket seluar. Dia merenung Erina bersahaja, sekalian kepala disengetkan. Kening diangkat sekali bersama senyuman senget ditampal pada bibirnya. "Hai?"
Lama Erina mengambil masa untuk proses segalanya. Lima saat berlalu, barulah dia membalas sapaan Yuanjun tadi. "Hai." Itupun acuh tak acuh saja.
Ugh...
Baik dia pergi dari sini. Pergi bantu mereka di sana lebih bagus. Memang itu pun sebabnya dia berada di sini. Faedahnya apa jika dia berdiri berhadapan lelaki ini?
"Saya... tolong diorang." Erina menunjukkan arah mereka yang sedang mendirikan khemah. Seri dan Irwani sudah memandangnya lain tadi. Mesti mereka mengharapkan bantuan darinya juga.
"Kejap!" Kaki Yuanjun bergerak ke depan selangkah ketika melihat gadis itu ingin berpusing dan menapak pergi. Hampir dia tertarik lengan Erina.
"Kenapa?" Erina menyoal. Sedikit terganggu nadanya.
Yuanjun mengambil masa untuk menjawab. Naik turun halkumnya senaman liur. Dia jarang berkomunikasi dengan perempuan melibatkan hal yang serius.
"Kenapa kau selamatkan aku?" Soalan yang payah dituturkan tadi tersingkap juga. Berkedip beberapa tika matanya menunggu jawapan Erina.
Bagus betul soalannya!
Kenapa dia selamatkan Yuanjun?
Jawapannya, entah. Dia sendiri tidak tahu.
Dia boleh saja tinggalkan mayat Yuanjun dihurung lalat di hadapan rumahnya.
Tapi... itulah dia. Erina bukannya jahat sangat mahu tinggalkan lelaki itu terbongkang di tengah jalan. Di hadapannya rumahnya pula itu.
Juga, luka Yuanjun salah satu faktor dia tergerak hati menolong lelaki itu.
Sebut tentang lukanya itu... adakah luka Yuanjun sudah okey?
Sejak bila kau kesahkan pasal dia, Erina?
"Sebab kesian."
"Kesian? Kau kesiankan aku?" Pinta kepastian. Erina kesiankan dia? Dia layak dikesiankah?
Erina menggumam perlahan. Sesekali dia menoleh ke arah mereka di sana. Dia sudah tidak menerima sebarang pandangan lagi.
Yuanjun menggelengkan kepala. Dia menghembuskan tawa sadis. "Kau tak patut kesiankan aku. Patutnya biar jela aku dekat situ." Pasti dia dapat bertemu ibunya sekarang ini kalau gadis ini tidaklah baik hati sangat menolongnya.
Erina mencebik geram. Dia ini... semua tak kena. Benda apa yang betul di matanya? "Boleh tak rasa beruntung sikit? Nasib baik saya tolong, tahu? Dari biar mati katak macam tu je. Dahlah depan rumah orang. Ganggu laluan tahu tak?" Tanpa gagap langsung dia menuturkan segala ayatnya itu. Sudah lama dia berdendam. Nah, hari ini dia lancarkannya! Padan muka.
Yuanjun gelak tak percaya. Dia terkaku mendengar balasan Erina. Oh, wah... Erina dah pandai melawan. She got a mouth now...
Erina menghembus nafas menyampah. Malas berlama-lama lagi, dia cuba mengangkat kaki. Malangnya, kali ini dia dihalang lagi.
"Weh, tunggu!"
"Apa lagi?" Erina mendalamkan suaranya pada perkataan 'lagi' menandakan dia betul-betul malas bertukar dialog dengan Yuanjun.
"Aku..." Dia mengemam bibirnya. Erina menunggu sambungan dari ayat Yuanjun penuh sabar. Anak mata coklat cairnya menikam anak mata monolid Yuanjun. Langsung janggal menyelubungi Yuanjun.
Ah, dia gagal mendominasi lagi! Dan orangnya tetap sama. Tetap juga Erina yang dia gagal mendominasikan!
"Aku..." Sekali lagi dia menggulungkan lidah, cuba mengeluarkan 'perkataan' itu.
Apa susah sangat ini? Cakap sajalah!
Bodoh.
Dia memaki diri sendiri dalam hati.
"Malas." Dengan itu, Erina menapak pergi tanpa sebarang kata lagi. Duk ber'aku-aku'. Sampai bilanya nak sudah? Baiki dulu tergagap tu baru datang sembang lain!
"Aku minta maaf!" jeritnya. Mengikhlaskan setiap kata maafnya.
Dia, Erina Ayesha, merupakan gadis pertama yang dipohon maaf oleh Wen Yuanjun.
Sayang sekali, barangkali Erina tidak mendengar kemaafannya kerana,
Dia hanya menjerit perkataan itu di dalam hatinya sahaja.
Bukannya kenapa,
Dia risau.
Dia risau Erina tidak memaafkannya dan baginya, minta maaf itu merupakan sesuatu yang kolot.
Entah bagimanalah dia punya keberanian tadi untuk meminta maaf kepada Erina?
Okey... Erina nampaknya mahu melancarkan perang dingin bersamanya.
Baiklah. Kalau Erina mahu, dia tunaikan saja.
Dia bakal buktikan, Erina pilih orang yang salah untuk berperang.
Dia mengundur beberapa tapak ke belakang. Kumpulan kecil yang sedang bekerjasama itu dipandang sepi seiring dia menapak ke belakang. Ramai lelaki di situ, apa guna dia menyumbangkan tenaga sekali?
Yuanjun menjauh dari kawasan itu. Kakinya berjalan mengikut sedap hati. Dia teringin belok ke kanan, dia belok. Dia teringin jalan terus, dia jalan terus.
Semuanya mengikut firasat sendiri.
JENGKEL. Biarpun Yuanjun tidak lagi kelihatan di matanya, perasaan jengkel itu tidak mudah untuk dia buang.
Huh... bala sungguh!
Khemah tadi siap diapasang. Sempat Erina menolong apa yang patut tadi sebelum mereka semua berhenti berehat seketika. Semua di situ sedang berehat, berborak sesama sendiri. Kecuali dia. Bukan dia diasingkan tetapi, dia sendiri memilih untuk mengasingkan diri.
Erina duduk memangku dagu memerhatikan Atiq dan yang lain bergelak ketawa. Sesekali Atiq memandangnya, menggamit Erina menyertai mereka. Erina hanya membalas ajakan murni Atiq itu dengan gelengan saja. Moodnya sudah terbang. Malas hendak berbual.
Matanya bergerak memerhati Irwani dan Naufal. Mereka tersenyum gembira, bergelak ketawa. Mereka seperti berada di dunia sendiri, seperti orang disekeliling tiada dan seluruh dunia ini mati, yang menjadi isi dunia hanyalah mereka berdua.
"Fira sayang, apa beza awak dengan cicak?" Jarak Erina dan dua orang tersebut agak jauh tetapi masih jelas di telinganya pertanyaan Naufal yang ditujukan kepada buah hatinya.
"Ah, sudahlah! Pickup-line tu dah lapuk!" bentak Irwani. Tolong cari pickup-line senonoh sikit lain kali!
Senyuman kecil diukirkan Erina. Seronok mendengar perbualan mereka. Ada mereka memecahkan beberapa jenaka, Erina terus menahan tawanya. Sedar diri dia bukannya sebahagian dari perbualan mereka.
Namanya, Nur Syafira Irwani. Cantik namanya, secantik tuannya. Senyuman berlesung pipit, berambut ikal. Dia seorang yang mudah memberikan kerjasama dan periang. Untung Naufal, punya buah hati sebegitu. Mesti hari-harinya tidak bosan melayan karenahnya.
Oh, bukan-
Untung kedua-duanya sekali. Untung bagi Naufal punya kekasih hati sebaik dan secantik Irwani, untung juga bagi Irwani, kerana dapat teman lelaki sekacak dan sekelakar Naufal Hakimi.
Haih... kisah cinta orang memang indah.
"Atiq," panggil Erina seraya bangun. Dia menggabus sisa-sia batu yang terlekat di seluarnya.
"Ya?"
"Aku pergi jalan-jalan kejap," beritahunya. Atiq angguk, menerima pemberitahuan.
Mendengarkan perbualan singkat antara Erina dan Atiq, Izz sama-sama bangun. Dia pun bosan mendengar Farish dan Aidan berbual entah apa-apa, perbualan yang hanya mereka berdua saja faham.
"Aku ikut, boleh?"
"Ah?" Lambat-lambat Erina angguk. "Boleh, boleh. Jom." Takda masalah pun Cuma, dia tak sangka Izz ingin mengikutinya.
"Kita nak pergi mana?"
"Jalan-jalan."
Izz gelak kecil. "Tahulah. Tapi ke mana?"
Erina angkat bahu. Dia sendiri toada perancangan lagi. "Entah. Jalan-jalan dekat sini jelah. Dekat kampus sini." Mudah dia beri jawapan.
Mereka berjalan dan terus berjalan, tanpa bercakap apa-apa. Erina terfikir untuk memcahkan kesunyian tetapi dia tidak tahu bagaimana. Apa benda yang dia boleh menyoal lelaki di sebelahnya ini?
Penyudahnya, dia biarkan saja mereka dihurungi kesunyian. Biar Izz mulakan perbualan dulu. Kalau lelaki itu kekal diam, maka dia pun turut berdiam diri juga.
"Nak aiskrim? Aku belanja."
"Ah?" Erina memandang Izz. Kenapa tiba-tiba dia tawar diri belanja Erina aiskrim?
Izz menjuihkan bibirnya ke seberang jalan. Ada sebuah gerai aiskrim Malaysia di sana.
"Jom," ajak Izz sedang gadis itu terpinga-pinga. Dia tidak tahu mahu katakan apa. Bohonglah tidak seronok orang belanja. Aiskrim Malaysia pula itu! Dah lama dia tak merasa.
Tapi... haruslah dia berasa segan dibelanja. Oleh orang yang dia tak berapa kenal lebih dalam lagi.
"Tak payah seganlah. Aku belanja. Ikhlas." Izz senyum, meyakini Erina.
"Okey..." Orang belanja jangan ditolak. Nanti kalau Erina ada rezeki lebih, giliran dia pula belanja Izz.
"LAGI berapa bulan habis belajar?" Izz menyoal. Mereka kini sedang duduk di atas pembahagi jalan.
Erina mengangkat tangan menunjukkan angka 'empat'. Dia sibuk menghisap aiskrim Malaysia perisa Milonya.
"Oh... dah tak lama." Sekejap sangat. Pejam celik, pejam celik. Masuk empat bulan.
Erina angguk setuju.
Mereka diam seketika, menikmati aiskrim masing-masing.
"Awak?" Giliran Erina pula bertanya tentang Izz.
"Ya?"
"Kerja ke?" Dari fizikal Izz, dia nampak terlampau matang untuk digelar mahasiswa. Jadi, Erina kira-kira, dia berkemungkinan sedang bekerja.
"Tak."
Eh. Belajar lagi ke?
"Aku dah habis belajar, ya. Aku bekerja, tak. Malas kerja." Izz melumatkan aiskrimnya guna gigi geraham dan telan. Sejuk melalui tekak.
"Oh." Itu saja balasan Erina.
Mereka sekali lagi diam. Erina merenung kakinya. Beberapa batu kecil berkumpul di depan kasutnya. Dia menyepak perlahan batu-batu kecil itu pergi.
Tidak bosan, cuma kekok. Tidak pasti topik apa boleh dibahaskan lagi.
Bunyi nada dering telefon Izz menarik perhatian Erina. Dari merenung kaki sendiri, dia memandang tampang Izz.
Izz tersenyum kecil tatkala nama 'Zalikha' tertara di skrin telefon bimbitnya.
"Kejap, eh?"
"Okey."
Dia menggesek ikon hijau bagi menjawab panggilan itu. Telefon dilekapkan pada telinga. "Hello, Zalikha! Okey ke dekat sana? Lama tak call abang Izz..." Setelah itu, samar-samar perbualan antara dia dan Zalikha di telinga Erina kerana Izz berdiri dan berjalan menjauhkan diri.
Siapa Zalikha?
Adik Izz ke?
Ke... adik angkat Izz?
Lantaklah apa pun hubungan Izz dan Zalikha. Apa kaitannya sekalipun dengan Erina?
Kurang dari lima minit, Izz kembali bersama senyuman tak lekang dari bibir. Seronok kemain.
Alhamdulillah, Zalikha baik-baik saja di sana. Menghantarnya ke Pusat Pemulihan Akhlak merupakan satu tindakan yang dia tidak menyesal. Mereka di sana melayannya baik sekali. Pelbagai aktiviti kerohanian dijalankan demi menghilangkan stres atau kemurungan anak-anak gadis disitu.
"Dah habis?"
"Dah." Erina melayangkan plastik aiskrimnya yang telah kosong. Selamat semuanya ditelan.
"Jom."
Erina bangun. Dia terus mahu melangkah menyeberangi jalan kalau bukan lengan bajunya direntap kuat dari belakang. Mendadak dia terdorong ke belakang. Bunyi picikan hon nyaring melepasi telinganya.
Dia mengerdipkan mata. Adakah dia baru saja diselamatkan Izz dari dilanggar kereta?
"Kau okey ke?" Cemas Izz menyoal. Allahuakhbar, kecut salur darahnya melihat langkah bersahaja Erina ketika kereta tadi laju meluncur ke arahnya.
Dup dap dup dap.
Barulah waktu itu jantung Erina berfungsi. Laju mengepam darah apabila tersedar akan situasi tadi. Bilanya ada kereta? Setahunya tadi memang jalan itu lengang.
"Kawasan universiti kut. Kenapa bawa kereta laju-laju?" Izz membebel menyalahkan pemandu kereta tadi. Apa bonggol di atas jalan itu tak cukupkah untuk memperlahakan kenderaan?
"Okey, okey." Erina menjawab biarpun Izz telah membuka topik lain.
"Haih..." Tangan Izz mengenggam hujung lengan baju Erina. "Jom, aku bawa kau lintas jalan." Dia memperkemas genggaman. "Aku pegang sini, boleh?" soalnya. Takut Erina kurang selesa.
Erina telan liur. Bukan tidak selesa, situasi tadi masih berlegar di kepala. Dup dap, dup dap. Dapat dia rasakan, jantungnya berdegup kencang.
Dia menarik nafas dalam, menenangkan jantung sendiri.
Tenang sedikit, dia membuka mulut memberi balasan."Boleh, boleh." Dia menggenggam jemarinya erat. Satu-satunya cara menyembunyikan kenyataan yang jari-jemarinya terketar-ketar teruk.
"Alright." Izz memusingkan kepala ke kiri. Kosong. Ke kanan juga sama. Kosong.
Kawasan universiti selalunya lengang tiada kenderaan. Cumanya tadi semasa mereka sedang duduk makan aiskrim, adalah dua tiga biji kereta dan lori lalu lalang. Sibuk sedikit petang ini mungkin sebab esok bakal berlangsungnya karnival itu.
Izz menarik Erina di belakangnya. Terkedek-kedek dia mengikuti langkah Izz. Sampai di seberang jalan, barulah dia melepaskan hujung lengan baju Erina.
"Thank you." Kotak suara baru berfungsi mengucapkan terima kasih.
Izz tersenyum manis. "Takda apalah," balasnya tidak kesah.
Peringatan buat diri sendiri, Erina. Lepas ini jangan jalan menonong walaupun dalam kawasan universiti sendiri. Bahaya ada di mana-mana. Jangan cuai!
Share this novel