Bab 9 : Tempat Perjanjian

Action Completed 1225

“Terima kasih cik dan encik-encik kerana banyak membantu kami,” ucap ketua kampung di sebelah barat kepada Kouru dan pahlawannya.

“Jasa encik sekalian amat kami hargai. Terima kasih banyak-banyak,” ucap ketua kampung di sebelah timur kepada Kouga dan pahlawannya.

“Saya harap kampung ni akan maju dan dipelihara dengan baik. Kami minta diri dulu,” lalu mereka mula beredar.

Kumpulan Kouru dan kumpulan Kouga mula pulang ke tempat yang dijanjikan.

“Tuanku, kami harap Tuanku dapat gelarkan kami sebagai abang. Jangan gelarkan kami encik sebab kami ni masih muda lagi. Kalau panggil nama pun tak apa,”

Kouga dan Kouru tersenyum teringat kata-kata Asyraf dan Borhan.

Perjalanan mereka terganggu apabila sekumpulan askar berkuda muncul.

“Berdiri di belakang kami, Kouru,” kata Borhan.

“Hati-hati Kouga,”

Asyraf terus berdiri di hadapan Kouga.

Kouru memegang bahu Borhan manakala Kouga memegang bahu Asyraf.

“Saya boleh bertarung juga,” kata Kouru dan Kouga.

Kouru terus panjat pokok berhampirannya manakala Kouga mengeluarkan pedangnya. Tiba-tiba angin menjadi kencang sehingga hood Kouru dan Kouga jatuh.

“Rambut emas?” terkejut semua askar.

“Alamak,”

Kouru dan Kouga terus memakai semula hood masing-masing.

Terkejut mereka apabila semua askar melutut hormat kat mereka.

“Maafkan kami tuanku atas kebiadapan kami. Kami diarahkan oleh Raja Shamsol untuk membunuh tuanku,” semua pahlawan bersedia untuk bertarung.

“Tapi, kuasa yang lebih tinggi daripada Raja Shamsol mengarahkan kami supaya melindungi tuanku, memandangkan tuanku ialah pewaris sah Raja Simon,”

“Kuasa yang lebih tinggi?” terkejut Kouru dan Kouga.

“Kami..(air mata mengalir) benci Raja Shamsol. Dia telah menyebabkan ramai rakyat sengsara. Kami…tak sanggup nak ikut arahannya lagi. Kami…akan mati juga, walaupun kami berjaya bunuh tuanku. Tolong…hentikan pemerintahan keji ini, tuanku,”

Kouga dan Kouru mendekati askar-askar itu walaupun dihalang pahlawan-pahlawan lain.

“Angkat muka kalian. Kami janji yang kami akan menghentikan pemerintahan ini. Kami memerlukan kekuatan dan tenaga kalian untuk berjuang dengan kami. Sekarang, pulanglah ke kampung masing-masing,” kata-kata Kouru dan Kouga menusuk jiwa semua askar di situ.

Selepas semua askar beredar, mereka menyambung perjalanan.

Malam mula menjelma.

Kouru dan Kouga tidak dapat tidur lalu mereka berlatih.

“Kouga tak tidur lagi ke?” tanya Kassim yang sedang baring berdekatan unggun api.

“Selepas kejadian tadi, Kouga asyik mendiamkan dirinya je,” jawab Ismail yang sedang memanaskan badannya berdekatan unggun api.

“Mana taknya. Tengoklah apa yang dilakukan Raja Shamsol dengan rakyatnya,” sokong Jeremy, yang sedang bergayut atas pokok.

“Saya harap dia tak bertindak terburu-buru,” kata Erik, yang sedang duduk memandang unggun api.

“Kouga, berehatlah dulu,” penat Asyraf, yang menjadi pesaing Kouga.

“Oh. Maafkan saya. Rehatlah dulu. Saya nak berlatih lagi jap,”

Asyraf berdiri berdekatan dengan Kouga yang masih berlatih pedang.

“Fikirannya tak tenteram,” bisik Asyraf dalam hatinya.

******************************

“Kouru, rehatlah. Esok pagi dah nak berjalan lagi,” risau Borhan, berdiri berdekatan dengan Kouru.

“Maaf Abang Borhan. Saya tak dapat tidur. Tak apa, pergilah berehat dulu. Nanti saya dah penat, saya berehat ye,” balas Kouru sambil tersenyum.

Borhan mengeluh sambil berjalan ke arah unggun api.

“Gagal ke memujuk puteri, Borhan?” tegur Cheong, yang sedang baring.

“Tahu-tahu jelah puteri tu degil,”

Dollah yang sedang membakar kayu api menjawabkan bagi pihak Borhan.

“Nampaknya, selagi tuan puteri tak tidur, guardiannya pun tak lena nak tidur ye,” nyampuk Faizul, sedang bersandar pada sepohon pokok.

“Nak saya lumpuhkan dia ke?” tanya Dollah sambil menunjukkan pelbagai saiz dan bentuk jarum yang berada tersusun di dalam kotnya.

“Atau nak saya ‘beku’kan dia?” muncul Hirman di atas pokok sambil memegang cermin mata hitamnya.

“Jangan nak bertindak bukan-bukan, Dollah, Hirman,” tegur Borhan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience