Kouga, Asyraf dan Erik bermalam di luar.
Apabila Kouga terjaga dari tidur, Kouga melihat orang yang sedang tidur di sekeliling unggun api selang-seli.
“Macam mana semalam kami bertiga tidur di sini….jadi berempat pula ni?” pelik Kouga.
“Dia nikan..pengembara semalam?” fikir Kouga.
“Wuah(menguap)! Selamat pagi, Putera Kouga. Eh? Kenapa Putera pandang saya macam tu?” pelik pengembara itu.
“Kamu ni tiba-tiba muncul, mestilah Putera pelik. Dan dia nak kita panggil dia Kouga,” jawab Asyraf.
“Oh. Nama saya Ismail, seorang penggembara. Gembira dapat berkhidmat dengan putera,” senyum lebar Ismail.
“Patutlah kamu kata ‘Jumpa lagi’ semalam,” Kouga membalas senyuman Ismail.
“Haha,”
“Tapi…lain kali jangan tertindak terburu-buru macam semalam. Saya tak nak ada yang cedera nanti semata-mata untuk melindungi saya. Kamu juga, En Asyraf dan En Erik,”
Bulat mata Asyraf, Erik dan Ismail mendengar kata-kata Kouga.
“Oklah. Mari kita cari sarapan sekarang,” arah Kouga, mula berjalan ke hutan.
“Betul ke itu Kouga?” tak percaya Ismail.
“Dia dah matang, kan?” tersengih Asyraf melihat reaksi Ismail.
*************
Ketika Kouga sedang panjat pokok untuk memetik buah, tiba-tiba dia dikepung oleh sekumpulan perompak kerana tarikan oleh rambut emasnya.
“Alamak. Lupa pula nak pakai hood,” kata Kouga dengan keadaannya yang berdiri di atas dahan pokok.
“Cepat turun! Rambut kau tu sangat unik. Mesti mahal kalau jual tu,” kata perompak itu sambil menendang pokok tersebut.
“Ehem ehem. Korang ada urusan dengan dia ke?” muncul Asyraf, Erik dan Ismail di belakang perompak tersebut.
“Belasah mereka,”
Asyraf, Erik dan Ismail terus belasah perompak-perompak itu.
“Dapat pun,” salah seorang daripada perompak itu berjaya mencapai kaki kanan Kouga.
“Hiak!”
Asyraf melibas pedangnya untuk melindungi Kouga.
Kouga hilang keseimbangan dan terjatuh dari pokok.
Nasib baik sempat Asyraf menyambut Kouga.
“Kouga ok?” tanya Asyraf sambil menurunkan Kouga.
“Saya ok. Oh?”
Kouga ternampak ada seorang perompak ingin menyerang hendap dari belakang Erik lantas Kouga terus menyerang perompak itu.
“Wah! Hebatnya Kouga,”
Ismail menepuk tangannya, kagum melihat Kouga. Semua perompak berjaya ditumpaskan.
*************
Kouga memberi buah-buahan kepada Erik, Asyraf dan Ismail.
“Kita bertolak selepas makan,” kata Kouga sambil duduk untuk makan.
*************
Kouga memakai hoodnya. Mereka meneruskan perjalanan mereka apabila selesai makan.
Tiba-tiba,
“Oh ooo..Tarzan datang!” semua mata tertumpu pada seorang budak yang sedang bergayut dengan tali merentasi sungai.
“Apa tu?” pelik Ismail.
“Tarzan sesat ke?” kata Erik.
Kouga ternampak tali yang dipaut itu hampir putus.
“Bahaya!”
Kouga terus melompat ke dalam sungai selepas menanggalkan mantelnya untuk mendapatkan budak itu apabila tali tersebut terputus. Mereka berdua berada di dalam sungai itu.
“Putera Kouga!” cemas Asyraf, bersedia untuk terjun.
“Saya ok,”
Kouga dan budak itu muncul di permukaan air.
“Putera Kouga! Akhirnya dapat juga saya jumpa dengan Putera,” budak itu terus memeluk Kouga.
“Selepas cahaya emas tu muncul, Jeremy terus ikut cahaya tu. Tapi, Jeremy sesat. Sebab tak tahu nak buat, Jeremy pun main tali ni. Tak sangka Putera sanggup melompat untuk selamatkan Jeremy. Terharunya Jeremy,” panjang lebar Jeremy bercerita.
”Jeremy, kalau ye pun, naiklah ke darat dulu. Nanti demam pula Kouga tu,” kata Asyraf.
Lalu mereka naik ke darat.
Erik terus menghidupkan api untuk memanaskan Kouga dan Jeremy.
“Nampaknya, kita kena tangguhkan perjalanan kita,” kata Erik.
“Tak boleh. Kita kena teruskan juga. Kita kena cari lagi seorang pahlawan dan terus balik. Kita akan bertolak dalam masa 30 minit,” nekad Kouga.
“Nanti kita nak ke mana?” tanya Jeremy, sedang memerah bajunya.
“Kita akan ke kampung sana,” kata Asyraf sambil menunding jarinya.
“Kampung tu? Tapi, peperangan sedang berlaku di sana,” terkejut yang lain.
“Serius ke perangnya, Jeremy?” tanya Ismail.
“Emm…serius jugalah. Ramai yang dah berpindah ke kampung lain. Lebih baik kita terus ke kampung lagi satu,” jawab Jeremy.
“Kouga..,” semua memandang Kouga yang sedang memanaskan badannya.
“Kita tetap akan ke kampung tu.Tapi, kita akan bertolak esok untuk mengelakkan peperangan. Malam ni, kita akan bermalam di sini,” kata Kouga, memikirkan keselamatan dirinya dan pahlawan yang lain.
Share this novel