Di dalam gua, kelihatan Kouga sedang dirawat.
“Aduh,” kesakitan Kouga.
“Abang…,” risau Kouru.
“Tak apa. Jadi, korang berdua ni siapa? Bukan ke korang ni kerja dalam istana? Adakah korang diupah untuk bunuh kami?” tanya Kouga.
“Sebaliknya, Putera Kouga. Kami diarahkan oleh Raja Simon untuk melindungi Putera Kouga dan Puteri Kouru,” kata Borhan.
“Arahan ayah? Adakah disebabkan cahaya tu?” teringat Kouru.
“Ye. Disebabkan cahaya emas itu. Nama saya Borhan, salah seorang pahlawan yang dipilih oleh Raja Simon. Saya juga yang menyamar sebagai pengawal peribadi Puteri dalam istana,” tersenyum Borhan.
“Saya pula Asyraf, chef istana. Saya yang melontarkan asap tadi supaya kalian dapat melepaskan diri,” kata Asyraf selepas selesai membalut luka Kouga.
“Kami sedia untuk membantu,”
Borhan dan Asyraf melutut hormat ke arah Kouru dan Kouga.
“Terima kasih, En Borhan dan En Asyraf sebab selama ini melindungi Kouru…dan saya,”
“Tuan putera tahu?” terkejut Asyraf.
“Saya nampak yang En Asyraf merawat saya semasa saya terkena racun dan panah, kan? Dan En Borhan sentiasa melindungi Kouru semasa dia dalam bahaya,” jawab Kouga.
“Saya juga tahu yang tuan putera curi-curi masuk bilik Puteri semasa Puteri demam. Jadi, saya halau semua pengawal masa tu,” tersenyum Borhan.
“Terima kasih En Borhan, En Asyraf…dan abang Kouga,” tersenyum Kouru.
“Jadi, kita kena mencari 8 lagi pahlawan. Di mana kami nak cari?” tanya Kouga.
“Sebelum tu, kami nak melaporkan sesuatu. Dalam masa 10 hari, Raja Shamsol akan meluaskan kawasan jajahannya dan memulakan peperangan dengan negara lain,” lapor Borhan.
“Jadi, untuk mengelakkan peperangan ni, kita kena mencari mereka dengan segera. Kami dapat mengesan mereka berada di barat dan timur. Disebabkan kita kesuntukan masa, kita terpaksa berpecah kepada dua…dan kena bertolak mulai esok,” kata Asyraf.
“Maksudnya, saya dan En Asyraf akan ke timur…Kouru dan En Borhan akan ke barat,” faham Kouga.
“Jadi, saya kena berpisah dengan abang ke? Tapi, kita baru bertemu,” sedih Kouru.
“Adik, selepas 10 hari, kita akan bertemu di sini ye. Maafkan abang sebab…,”
Kouru terus memotong kata-kata Kouga.
“Saya faham, abang. Baiklah. Kouru masuk tidur dulu. Esokkan kena berjalan jauh. Selamat malam,”
Kouru terus membaringkan badannya berdekatan unggun api. Air matanya mengalir.
Risau Kouga melihat adiknya yang enggan mengiring ke arahnya.
Keesokkan paginya, mereka berdiri di laluan masing-masing.
“Borhan, jaga puteri baik-baik tau,” pesan Asyraf.
“Jangan risau. Kau pun sama tau, Asyraf. Jaga putera baik-baik,” balas Borhan.
Kouga memandang Kouru yang enggan memandangnya.
“Mari kita bertolak sekarang, putera,” ujar Asyraf.
Mereka mula berjalan.
Kouga memberhentikan langkahnya dan terus berlari ke arah Kouru. Memang tepat tekaan Kouga yang Kouru sedang menangis diam-diam.
Kouga terus memeluk Kouru dengan erat.
“Adik, jaga diri baik-baik tau. Janji dengan abang yang adik takkan menangis ye. Yakin pada diri sendiri. Buat keputusan yang memuaskan hati semua orang ye,”berpesan Kouga sebelum melepaskan pelukan.
“Abang ni banyak cakap pula,” tersenyum Kouru.
“Kan manis kalau Puteri Kouru senyum. Berbunga-bunga hati pahlawannya nanti, kan En Borhan?”
“Hah..betul tu, Putera Kouga,” sokong Borhan.
“Abang, selamat ulang tahun kelahiran semalam,” malu-malu Kouru.
“Kamu juga, Kouru” tersenyum Kouga.
“Jumpa nanti ye, adik,” itulah kata-kata terakhir seorang abang sebelum mereka berjalan mengikut haluan masing-masing.
Maka, bermulalah pengembaraan Kouga di negeri belah timur manakala pengembaraan Kouru di negeri sebelah barat.
Share this novel