Bab 1 : Abang?

Action Completed 1225

'Puteri Kouru, maafkan ibu kerana terpaksa berpisah dengan kamu. Ibu harap kamu akan selamat. Jangan dengar apa yang orang kata. Yakin pada diri dan sentiasa ikut kata hati kamu yang suci ni,'

“Hah!”

Kouru terus terbangun dari tidurnya.

“Apa…mimpi tadi?” tercunggap-cunggap Kouru.

“Puteri Kouru, sudah masanya untuk Puteri bersiap pergi ke kelas,” kata pengawal peribadinya, Borhan yang berdiri di luar pintu bilik Kouru.

“Baiklah!” jawab Kouru lalu mula bersiap.

Ketika sedang berjalan ke kelas, tiba-tiba dia ditolak ke depan.

“Aduh! Kau lagi! Kau nak apa, hah? Kenapa dengki sangat dengan saya?!”

Kouru berdiri sambil memarahi seorang pemuda berambut hitam yang menolaknya dari belakang.

“Kau yang berangan sambil jalan. Menghalang jalan je,” jawab Uga.

“Kau tahu tak yang saya ni Puteri Kouru? Semua yang saya cakap akan ditunaikan. Jangan sampai saya suruh abang saya buang kau dari sekolah ni,”

“Saya tak kisah pun,”

“Baik. Balik nanti siap kau. Hmm!”

Kouru terus ke kelasnya. Uga memandang Kouru hinggalah hilang dari pandangannya. Darah menitis dari baju Uga.

Ketika waktu rehat, Kouru memandang meja kosong Uga.

“Tahu pun takut,” kata Kouru bersendirian.

Pada malam itu, ulang tahun kelahiran Kouru disambut dengan meriahnya.

“Puteri Kouru, Raja dah datang,” kata Borhan.

“Abang,” gembira Kouru lantas memeluk abangnya itu.

“Cantiknya adik abang ni. Selamat ulang tahun ke-16 adik. Moga hari ni menjadi hari paling bersejarah dan hari paling bahagia buat adik,” kata Raja.

“Terima kasih, abang,”

“Mari kita keluar sekarang. Semua tetamu sedang menunggu tu,” pelawa Raja.

Lalu mereka keluar diiringi pengawal masing-masing.

**********

“Huh..hari yang paling seronok,”

Kouru terbaring atas katilnya sambil memejamkan matanya. Kouru terbayang wajah Uga. Dia terus buka mata dan duduk.

“Ish! Kenapa dia juga yang muncul?! Dahlah selalu buli orang! Saya benci kau, Uga!!” geram Kouru.

“Eh? Siapa tu?” pelik Kouru apabila ternampak bayang orang di hadapan biliknya.

“Siapa?” tanya Kouru lagi apabila tiada balasan.

Dia mendekati pintu tersebut.

“Sup!” sebatang pedang tertacak pada pintu bilik Kouru.

Terbeliak matanya. Kouru mula menggigil sambil mengundurkan dirinya dari pintu. Pintu biliknya terbuka. Seorang lelaki berbaju gelap dengan tertutup kepala dan topeng hitam lekat pada mukanya sedang mendekati Kouru sambil memegang pedang.

“K..kau nak apa….pengawal!!”  lelaki itu terus melibas pedangnya.

Kouru berjaya mengelak dan terus berlari keluar dari bilik. Tangannya cedera akibat terkena libasan pedang.

“Kenapa…kenapa dia nak bunuh saya? Mana semua pengawal ni?”

Kouru berlari sampai ke semak.

“Abang…,”

Kouru berjalan ke bilik abangnya melalui semak. Kouru ternampak abangnya sedang membuka pintu bilik.

“Aba..hmm!” tiba-tiba dia ditarik masuk ke semak.

Terduduk Kouru. Mulutnya ditutup dengan tangan seseorang manakala tubuhnya amat rapat dengan tuan punya tangan itu.

“Kalau nak selamat, baik kau diam,” suara kedengaran di telinga Kouru.

Suara yang sangat dikenalinya.

“Uga?” terbeliak mata Kouru.

“Jangan pandang saya. Tengok sana tu,” kata Uga lalu Kouru mengalihkan pandangannya.

Kelihatan seorang lelaki mendekati Raja sambil membawa pedang.

“Abang, hati-hati!” cemas Kouru.

“Apa?! Kau gagal bunuh dia?!” terbeliak mata Kouru apabila Raja berkata begitu sambil memukul kepala lelaki itu.

“Maafkan saya, Raja. Saya akan cari dia dan bunuh dia,”

“Pastikan kau jangan gagal lagi. Pergi sekarang!” marah Raja.

“Pengawal! Cari Puteri Kouru sampai dapat!” arah Raja pada sepasukan pengawal.

“Baik, Raja!” lalu mereka mula mencari.

Uga terasa tangannya basah lalu melepaskan tangannya dari mulut Kouru.

“Tak…tak mungkin,” menangis Kouru.

“Abang!” Kouru menjerit.

Terkejut Uga dan Raja.

Kelihatan Kouru sedang berdiri menghadap Raja.

“A…adik..,” teragak-agak Raja.

“Abang, tadi ada orang nak bunuh adik. Jadi, adik terus berlari ke sini. Adik takut, abang,” air mata Kouru masih mengalir.

‘Nampaknya dia tak tahu lagi,’ bisik Raja dalam hatinya.

“Mari sini, adik,” Raja mendekati Kouru.

“Kouru,” cemas Uga.

“Berhenti!” terhenti gerakan Uga dan Raja apabila Kouru menjerit.

“Abang, Kouru sangat sayangkan abang. Jika Kouru bukan adik abang, dah lama Kouru kahwin dengan abang. Tapi! Tergamak abang buat macam ni. Kenapa abang nak bunuh adik sendiri? Kenapa, abang?!” deras air mata Kouru mengalir.

“Hahahaha! Kau tahu rupanya. Ye. Memang saya yang arahkan orang untuk bunuh kau. Kenapa? Sebab kau bukan adik kandung saya!” terbeliak mata Kouru.

Terduduk Kouru di atas tanah.

“Pengawal!” pengawal mula mengerumuni Kouru.

“Tangkap Puteri Kouru!” arah Raja.

Uga terus muncul dari semak dan melindungi Kouru.

“Kau lagi, Uga! Berapa kali hah kau nak gagalkan rancangan saya?! Pagi tadi saya panah dia, kau jadi perisai dia, kan? Kau memang nak mati, kan? Bunuh mereka berdua!”

Belum sempat pengawal menyerang, sekepul asap tebal muncul dan menyelubungi kawasan tersebut.

“Cepat lari!” suara tersebut menyedarkan Uga lantas dia terus menarik tangan Kouru dan melarikan diri ke dalam hutan.

********

“Ber…berhenti!” jeritan Kouru menyebabkan Uga berhenti berlari.

“Huh huh huh..kita berehat sebentar. Tak lama lagi, mereka dapat kejar kita,” penat Uga.

Kouru duduk sambil memeluk lututnya di bawah sebuah pokok.

“Kenapa..apa dah berlaku? Saya ni…siapa? Pada ulang tahun saya, berlaku macam ni?”

Kouru menekup mukanya menggunakan lututnya. Uga duduk di hadapan Kouru lantas menggenggam pergelangan tangan Kouru.

“Apa kau buat ni?” tanya Kouru.

Uga meletakkan tangan Kouru di atas kepala Uga.

“Huh,” tiba-tiba Kouru tergambar sesuatu.

---------------------------

“Kouga…Kouru..mari sini sayang,” kelihatan dua orang kanak-kanak berambut emas yang berusia 2 dan 4 tahun sedang bermain-main.

Mereka berlari ke dakapan ibunya. Kepala mereka diusap oleh ayah mereka. Keluarga tersebut sangat bahagia.

Namun, kebahagian mereka tak lama apabila ibu mereka ternampak masa depan anak-anak mereka.

“Abang, mereka akan mati,” menangis ibu dalam dakapan ayah.

“Betul ke, ayang? Bila mereka akan mati? Bagaimana mereka mati?”

“Ketika Kouru mencapai usia 16 tahun dan Kouga berusia 18 tahun…mereka mati…sebab kedengkian keluarga Oda. Apa yang harus kita lakukan sekarang, bang?”

Kouga terdengar segala perbualan ibu ayahnya. Kouga memandang Kouru sambil memegang erat tangan adiknya yang sedang tidur di sisinya.

Tidak lama kemudian, ibu dan Kouga manakala ayah dan Kouru mula berpisah demi keselamatan anak-anak mereka.

“Puteri Kouru, maafkan ibu kerana terpaksa berpisah dengan kamu. Ibu harap kamu akan selamat. Jangan dengar apa yang orang kata. Yakin pada diri dan sentiasa ikut kata hati kamu yang suci ni,” itulah kata-kata terakhir ibu kepada Kouru.

Ibu menyerahkan rantai lehernya ada Kouru manakala ayah menyerahkan rantai lehernya pada Kouga.

Ketika Kouga berusia 10 tahun, ibunya telah dibunuh oleh Shamsol Uda. Malah, Shamsol yang ketika itu berusia 10 tahun telah menolak Kouga dari air terjun menyebabkannya hilang ingatan. Apabila askar tiba di rumah Kouga, kelihatan Shamsol sedang menangis di sisi ibu Kouga.

“Bawa budak ni ke istana. Panggil doktor, sekarang!” arah ketua askar kerana menyangka Shamsol ialah Kouga.

Berita tersebut tersebar ke telinga ayah Kouga. Selepas dipujuk oleh pengawai tertinggi istana, ayah Kouga dan Kouru ke istana disebabkan masalah negara.

Tidak lama kemudian, kedengaran berita tentang kehilangan ayah Kouga dan Kouru.

Pada usia 15 tahun, Kouga, yang diambil anak angkat oleh salah seorang pegawai tertinggi telah membawa Kouga, yang diberi nama Uga masuk ke dalam istana.

Apabila Uga bertemu Kouru, ingatannya kembali semula. Malah, dia terdengar perbualan bahawa Shamsol, atau lebih dikenali sebagai Raja ingin membunuh Kouru supaya semua keluarga Simon, iaitu pewaris sah pemegang takhta diraja mati.

Sejak itu, Uga tekad untuk melindungi adik kandungnya, Puteri Kouru.

Ketika waktu makan, Uga mendapati bahawa makanan Kouru telah dibubuh racun. Lantas Uga merampas dan memakan semua makanan Kouru. Akibatnya, Uga hampir-hampir mati.

Sewaktu Kouru demam, ubat Kouru telah ditukar dengan racun. Tindakan pantas Uga berjaya menyelamatkan Kouru daripada minum racun tersebut. Uga juga yang sentiasa menukar tuala yang baru dan letakkannya atas kepala Kouru. Akhirnya Kouru sembuh sepenuhnya.

----------------------------

Air mata Kouru mengalir dengan deras. Semua bayangan tersebut mula hilang.

“Tak..tak mungkin. Selama ni, orang yang paling saya benci ialah abang kandung Kouru dan…lelaki yang selama ni yang Kouru anggap sebagai abang, ialah orang yang telah merosakkan kebahagian keluarga kita,” hujan mula turun.

Pewarna rambut hitam Kouga mula turun ke tanah bersama-sama dengan hujan. Terbeliak mata Kouru apabila mendapati di sebalik rambut hitam tiruan Uga berwarna emas, sama dengan rambut Kouru.

“Abang Kouga!” Kouru terus memeluk Kouga.

Terduduk Kouga.

“Maafkan abang sebab adik terpaksa menghadapi semua ni,” pujuk Kouga sambil mengusap kepala adiknya yang sedang menangis teresak-esak.

“Maafkan Kouru, abang,”

“Aduh!” kesakitan Kouga apabila Kouru memeluknya dengan erat.

“Abang…abang sakit ke? Sebab lindungi Kouru pagi tadi ke?” risau Kouru.

“Tak…tak apa. Asalkan adik selamat. Abang dah janji dengan ibu dan ayah untuk melindungi adik sampai bila-bila,”

Kouga mengelap air mata Kouru.

“Abang..,” senyuman Kouga menyebabkan Kouru turut tersenyum.

Tiba-tiba rantai leher mereka terkeluar dari baju mereka dan bercantum. Cahaya emas muncul dari cantuman leher sehingga ke langit.

10 pasangan mata memandang ke arah cahaya tersebut dari pelbagai tempat sambil tersenyum. Kouga dan Kouru memandang cahaya tersebut. Bayangan ibu dan ayah mereka muncul dari cahaya tersebut.

'Kouga..Kouru..apabila kamu berdua melihat kami, bermakna usia kalian telah mencapai 16 dan 18 tahun,' kata ibu.

'Dan…sekarang kamu berdua berada dalam kesusahan. Maafkan kami kerana gagal untuk melindungi kalian,' sedih ayah.

'Cahaya yang muncul ni daripada rantai leher ibu dan ayah kalian. Apabila kalian bertemu semula, cahaya ini akan muncul untuk memanggil 10 pahlawan yang telah kami pilih untuk membantu kalian,'

“Pahlawan?” serentak Kouga dan Kouru.

'Jangan risau. Cahaya dari rantai ini hanya dapat dilihat oleh 10 pahlawan yang terpilih sahaja. Jadi, mulakanlah pencarian kalian untuk mengumpulkan 10 pahlawan ini dan mengambil kembali takhta diraja. Jangan biarkan orang yang salah memegang takhta itu,' kata ayah.

'Setakat ini sahaja dari kami. Maafkan kami kerana memberi beban ini walaupun kalian masih muda,' air mata ibu mula mengalir.

“Ibu,” air mata Kouru turut mengalir.

'Kouga, jaga adik kamu baik-baik ye,'

“Baiklah, ayah,” jawab Kouga.

Cahaya mula pudar.

“Ibu…ayah…jangan pergi,” menangis Kouru.

Bayangan ibu dan ayah mendekati Kouru dan Kouga. Mereka berempat saling berpelukan sebelum cahaya tersebut hilang.

“Ibu…ayah..,”

Kouru masih menangis dalam dakapan abangnya.

“Wooh…lihat apa yang kita jumpa. Sepasang kekasih,” muncul sekumpulan orang jahat dari semak.

Kouga terus melindungi adiknya walaupun masih kesakitan akibat terkena panah di belakangnya.

“Abang..,” takut Kouru, menggenggam erat lengan kiri abangnya.

“Wah. Cantiknya warna rambut mereka. Emas tu. Kalau jual mesti mahal ni,”

“Jangan harap korang dapat apa-apakan adik saya!” geram Kouga.

“Apa lagi, cepat tangkap mereka!” arah ketua penjahat tersebut.

Tiba-tiba penjahat-penjahat dipanah dari sebuah pokok di belakang Kouga dan Kouru.

“Hiakk!” salah seorang daripada penjahat mula menyerang Kouga menggunakan pedang.

“Spling!” seseorang muncul dan menghalang serangan tersebut menggunakan pedang.

Terkejut Kouga dan Kouru.

“Yeah! Akhirnya kami dapat bertindak juga,”pemanah tersebut memakaikan mantel dan hood pada Kouga dan Kouru.

“Rambut Putera Kouga dan Puteri Kouru terlalu menarik perhatian sangat. Biar kami yang selesai mereka ye,”

“Huh? Encik Borhan?” terkejut Kouru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience