Manakala, Kouga pula sedang membantu Erik, salah seorang pahlawan, bercucuk tanam di ladang kepunyaan Erik.
Senja mula menyinsing.
“Baiklah Putera Kouga. Hari dah nak gelap. Mari masuk rumah saya dan berehat. Kamu juga, Asyraf,” pelawa Erik.
Di dalam rumah Erik, Kouga mula termenung memandang langit yang gelap.
“Putera Kouga teringatkan Puteri Kouru ke?” tegur Asyraf.
Kouga hanya membalas dengan senyuman.
“Saya yakin yang Kouru melakukannya dengan baik,”
“Putera Kouga, maafkan saya sebab meminta bantuan putera untuk membantu saya bercucuk tanam tadi,” risau Erik.
“Tak apa. Untuk penduduk kampung ini juga. Lagipun, sebelum ini pun saya pernah bercucuk tanam. Lebih baik kita berehat sekarang. Esok perjalanan kita jauh,” kata Kouga sebelum masuk ke dalam bilik.
“Nampaknya, dia makin matang, kan Asyraf?” tersenyum Erik.
“Bukan dia je, Erik,” Asyraf membalas senyuman Erik.
Kouga baring di atas katil. Dia mula memikirkan apa yang diceritakan oleh Erik.
--------------------------
"Apabila saya sampai kampung ni, keadaannya sangat teruk. Tanaman tidak dijaga, bangkai haiwan merata-rata, penduduk di sini kurus kering kerana ketiadaan makanan,”
“Bagaimana ianya boleh berlaku, En Erik?” tanya Kouga.
“Kebanyakan penduduk lelaki di sini menjadi askar di istana. Yang tinggal hanyalah warga emas, wanita dan kanak-kanak. Mereka kata, sudah bertahun-tahun penduduk lelaki tersebut tidak pulang ke kampung ini. Jadi, saya mengajar mereka tentang ternakan, tanaman dan mencari sumber air yang bersih untuk mereka. Alhamdulillah seperti yang putera nampak, kampung ini sudah maju dan dapat berdikari sendiri,”
“Apa yang terjadi pada penduduk lelaki di sini? Mereka langsung tiada khabar berita ke?” pelik Asyraf.
“Saya syak ia mesti ada kena mengena dengan Raja Shamsol. Saya harap mereka masih hidup dan dapat bersama dengan keluarga mereka semula,”
Kata-kata Erik menyebabkan Kouga dan Asyraf mendiamkan diri mereka.
---------------------------------
Kouga mula menutup matanya menggunakan lengan tangan kanannya. Kuat gengaman tangannya itu menahan kemarahan pada Raja Shamsol.
Share this novel