Bab 5 : Diculik

Action Completed 1225

Keesokkan harinya, Kouga, Erik dan Asyraf memulakan perjalanan mereka ke kampung seterusnya.

“Jadi, pahlawan seterusnya ada di kampung ini?” tanya Kouga.

“Betul tu, Putera. Kami dapat rasakan kehadiran dia di kampung ini,” jawab Asyraf.

“Baiklah. Mari kita berpecah dan mencari dia,”

“Tapi putera, kami tak boleh biarkan putera jalan bersendirian. Nanti ada..,”

Kouga terus menyampuk kata-kata Erik.

“Kouga. Mulai sekarang, panggil saya Kouga saja. Lagipun, saya dapat menjaga diri saya. Terima kasih kerana mengambil berat tentang saya,” senyum Kouga sebelum ke jeti.

“Asyraf, kau nampak cara dia senyum tu? Dia dah matang, Asyraf,” bersemangat Erik.

“Haha. Kita memang tak dapat nak lawan kata-kata dia,” geli hati Asyraf.

************

Manakala, Borhan dan Cheong terpisah lagi dengan Kouru apabila mereka tiba di sebuah kampung.

“Alamak. Mana dia ni? Macam mana kalau sesuatu berlaku dengan dia?” cemas Borhan.

“Borhan, kita berpecah dan cari dia,” lalu mereka berpecah.

Mata Kouru tepat memandang seorang askar yang sedang dikilatkan kasut oleh seorang  pengilat kasut di kaki lima.

Askar itu perasan akan kehadiran Kouru lalu berjalan ke arah Kouru.

“Adakah cik sedang menunggu saya?” tanya askar itu.

“Saya nak tanya…sama ada encik pernah nampak cahaya dari langit dua hari lepas?” balas Kouru.

“Cahaya? Saya ada nampak,” terkejut Kouru.

“Mari kita jalan-jalan jap,” akur Kouru.

Mereka berbual-bual sehinggalah sampai ke jeti. Askar itu naik ke atas sebuah sampan.

“Mari cik,”

Kouru mula teragak-agak namun ia menyambut tangan askar itu lalu naik ke atas sampan.

Apabila sampai di tengah-tengah laut, askar tersebut menurunkan hood Kouru dengan kasar.

Terbeliak mata Kouru.

“Kau…kau buat apa ni?”

Kouru mula menggigil apabila askar itu mula mendekatinya.

“Wah. Tak sangka kau memiliki wajah dan rambut yang cantik,” askar itu memegang wajah Kouru.

Kouru menempisnya dengan kasar.

“Kau penipu! Kau kata kau nampak cahaya tu!”

“Cahaya? Saya hanya nampak cahaya guruh je. Cahaya juga, kan?” askar itu mula berdiri.

‘Nampaknya, saya kena berlawan,’ bisik Kouru dalam hatinya.

“Ahh!” tiba-tiba askar itu meraung kesakitan.

Pelik Kouru.

“Ka..kaki..,”

Kouru memandang pada kaki askar itu.

Kelihatan satu jarum tercucuk pada kasut askar itu. Askar itu terduduk sambil mengerang kesakitan.

“Ke…kenapa ni? Saya tak dapat rasa kaki saya!” menggigil askar itu.

“Kaki kamu telah lumpuh sementara. Lebih baik kau duduk diam-diam di situ,” muncul seseorang dari bawah kain yang berada di belakang askar itu.

“Awak kan…,”

Kouru perasan bahawa lelaki itu ialah penggilat kasut.

“Seronok dapat berjumpa dengan Puteri. Nama saya Dollah, salah seorang pahlawan,” melutut hormat Dollah di hadapan Kouru.

“Terima kasih, En Dollah kerana menyelamatkan saya,” senyuman Kouru menyebabkan muka Dollah menjadi merah.

“Kau! Berani kau cederakan tuan puteri!” marah Dollah apabila ternampak pipi Kouru cedera.

“Tak apalah, En Dollah. Saya tak ada apa-apa,”

*************

Kouga dipukul kepalanya dari belakang di sebuah lorong lalu rebah. Dia dibawa naik ke atas sebuah kapal.

Apabila terjaga, dia mendapati dia berada di sebuah penjara.

“Saya di…kapal?” kepalanya diusap perlahan.

Kouga mula berfikir perkara yang telah berlaku pada dirinya sambil melihat persekitarannya.

“Eh? Kalian ni siapa?”

Kouga ternampak ramai orang di dalam penjara itu.

“Kami…sebenarnya akan diperdagangkan ke negara lain. Sudah tiada cara lain untuk kita larikan diri dari sini,” kata salah seorang dari mereka.

“Negara lain? Jangan harap saya akan membiarkan perkara ini berlaku. Seseorang sedang menunggu kepulangan saya,”

Kouga mula mencari jalan keluar. Kouga mendapati pagar penjara itu tidak berkunci lalu dia menyelinap keluar.

“Apa dah jadi?” pelik Kouga apabila semua anak kapal sedang tertidur.

“Oh?” mata Kouga bertentangan dengan seorang pemuda yang bersedia untuk terjun dari kapal.

“Kamu…siapa?” tanya Kouga.

Pemuda itu tersenyum.

“Saya hanya seorang pengembara. Jumpa lagi,” pemuda itu terus terjun.

“Nanti! Eh?” pelik Kouga apabila mendapati kapal tersebut berada di jeti.

“Kouga!!” kelihatan Asyraf dan Erik sedang berlari mendapatkan Kouga.

Kouga melambai dari jauh. Lega Asyraf dan Erik melihat senyuman Kouga.

*******

Begitu juga dengan Kouru dan Dollah, baru tiba di jeti dengan bantuan kayuhan Dollah dan askar itu.

“Puteri Kouru! Nasib baik kamu tidak ada apa-apa,” lega Borhan.

Kouru tersenyum.

“Maafkan saya, En Borhan dan En Cheong. Dan…panggil saya Kouru. Saya tak selesa bila kalian panggil Puteri. Sebab..terasa macam hubungan kita berbeza sangat. Kitakan kawan,” kata-kata dan senyuman Kouru amat menusuk jiwa Borhan, Cheong dan Dollah.

Mereka serentak ketawa sebab geli hati.

“Kenapa pula ni?” pelik Kouru.

“Tak..tak ada apa-apa. Dahlah. Jom kita cari tempat untuk bermalam,” kata Borhan.

“Tadi, saya ada jumpa satu rumah tumpangan. Mari saya tunjukkan,” lalu Kouru berjalan dulu.

“Nampaknya, dia dah matang,” tersenyum Borhan.

“Tadi, kalau bukan sebab saya, mesti dia dah belasah askar tu,” bercerita Dollah.

“Sebab tu kita susah nak lawan dia, kan?” sokong Cheong.

Semua angguk tanda setuju.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience