Bab 10 : Bertemu Semula

Action Completed 1225

[RE-EDIT]

Selepas fajar menyinsing, mereka meneruskan perjalanan masing-masing.

Pada tengah hari pula,

“Kita dah sampai,” kata Borhan.

Kouru berlari masuk ke dalam gua diikuti yang lain.

“Putera Kouga dan yang lain belum sampai lagi,” perlahan suara Borhan.

“Tak apa. Masih ada masa lagi. Mari kita cari makanan dulu dan kemas tempat ni,” senyuman pahit terukir di wajah Kouru.

“Jom!” bersemangat Faizul.

******************************

Kumpulan Kouga pula, jambatan yang menghubungkan dua bukit telah dibakar dengan sengaja.

“Macam mana ni? Kalau kita ikut laluan lain, tengah malam baru sampai, itu pun paling awal,” kata Kassim.

“Tak boleh! Kita kena teruskan juga,”
Kouga meninggikan suaranya.

Terkejut semua.

“Ma…maafkan saya. Saya tak dapat berfikir dengan waras tadi,” tersedar Kouga.

“Tidak mengapa, Kouga. Saya boleh lompat dari sini ke sana. Kouga, mari saya gendong,” bersemangat Jeremy.

“Jeremy, bawa saya dulu. Saya nak tengok kawasan sekeliling dulu. Risau ada serang hendap,” nyampuk Asyraf, lalu Jeremy menggendong Asyraf dan melompat ke seberang.

“Kouga akan lompat dengan Jeremy. Yang lain akan guna tali ni untuk seberang,” kata Erik sambil tunjuk beberapa dahan lembut yang diambil dari bukit sebelah untuk dijadikan tali.

“Erik, kau guna kuasa kau ye,” kagum Ismail.

Jeremy kembali semula.

“Mari Kouga,” lalu Jeremy menggendong Kouga dan mula melompat.

“Sup!” tiba-tiba kaki Jeremy ditembak sesuatu dan tidak terlepas untuk seberang.

“Kouga!” jerit Asyraf.

Kouga terbayang wajah Kouru ketika itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience