Bab 13 : D-Day

Action Completed 1225

Tepat pukul 4 pagi, mereka menjalankan serang hendap.

Asyraf, Dollah, Hirman, Ismail, Cheong dan Kouru curi-curi masuk ke dalam istana melalui laluan rahsia yang diketahui oleh Asyraf.

Asyraf, Dollah, Hirman, Ismail dan Cheong menidurkan semua pengawal di dalam istana.

Tepat pukul 6 pagi, Borhan, Kassim, Faizul, Erik, Jeremy dan Kouga memulakan serangan dari luar.

Bunyi penggera kedengaran.

Raja Shamsol terjaga dari tidur dan terus duduk.

“Apa dah berlaku?” dia terus membuka lampu.

”Selamat pagi, ‘abang’,” kelihatan Kouru sedang duduk di atas kerusi menghadap Raja Shamsol dengan di sisinya, Asyraf dan Hirman.

Shamsol duduk di atas kerusi menghadap Kouru sambil menyilangkan kakinya.

“Well. Lihatlah siapa tetamu kita, Puteri Kouru. Saya hampir tidak cam Puteri sebab Puteri mewarnakan rambut menjadi hitam. Apa ye tujuan Puteri datang sini? Siap ada ‘pengawal’ lagi,” tanya Raja.

“Saya nak rampas balik takhta ayah saya. Sementara saya meminta cara yang baik, lebih baik ‘abang’ pulangkan dengan cara yang baik,” ujar Kouru.

“Hahahaha. Berani sungguh Puteri menjejakkan kakinya ke sini. Tapi, Puteri tahu tak saya ada ‘pengintip’ dalam kalangan kamu?” senyum sinis Raja.

Terkejut Asyraf, Hirman dan Kouru.

“Ada pengintip?” fikir Asyraf.

Kouru menarik dan melepaskan nafasnya.

“Saya yakin dengan mereka yang mereka takkan mengkhianati kami. Tak usah ‘abang’ memperdayakan kami,” yakin Kouru.

“Yakin ye. Tak apa. Nanti kita tengok. Tapi, kalau saya bagi takhta ni kat kau, anak buah saya akan bertindak. Mereka akan bunuh ‘Raja Simon’,” terbeliak mata Kouru.

“Kau jangan nak menipu! Raja Simon dah lama mangkat!” marah Asyraf.

“Korang yakin? Bukankah Raja Simon hilang?”

Kouru terus berdiri.

“Kau…buat apa pada ayah?” tanya Kouru, menahan air matanya.

“Buat apa? Saya hanya ‘tidur’kan dia saje,”

“KAU! Apa yang kau nak?”

Kouru menahan kemarahannya.

“Boleh kita berbincang? Berdua saje,”

“Kau,”

Kouru memberi isyarat supaya Asyraf dan Hirman beredar.

Mereka terpaksa akur.

Tidak lama kemudian, Kouru dan Raja keluar daripada bilik Raja.

“Kouru?!” terkejut Asyraf dan Hirman apabila melihat Kouru berambut emas dan wajahnya yang muram.

Di luar istana,

“UGA!” semua mata tetumpu pada Raja.

“Kouru?!” terkejut semua apabila ternampak Kouru berdiri di sebelah Raja.

'Maafkan saya, abang,' bisik Kouru dalam hatinya.

“Saya mengarahkan semua penceroboh ditangkap dan masukkan mereka ke dalam lokap sekarang,” arah Raja.

“Kouga, kita nak buat apa sekarang?” perlahan suara Jeremy.

Mata Kouga dan Kouru saling bertentangan. Kouga menutup matanya sambil menarik dan melepaskan nafasnya.

Pedang yang dipegangnya terlepas dari genggaman tangannya.

Melihat perbuatan Kouga, semua pahlawan berhenti bertarung.

Di dalam penjara istana,

“Kenapa? Kenapa plan kita gagal?”

Borhan berjalan ulang-alik.

“Borhan, boleh duduk tak? Pening kami tengok kau ni,” geram Erik.

“Sebenarnya, Kouru terpaksa buat begitu, sebab Raja Shamsol ugut Kouru untuk bunuh Raja Simon,” kata Asyraf.

“Raja Simon masih hidup?” terkejut Borhan.

Kouga menumbuk lantai untuk melepaskan geram.

Tepat pukul 9 pagi, mesyuarat tertinggi telah dijalankan di mana Kouru yang diikat diletakkan di tengah-tengah menghadap Raja. Di sekeliling Kouru ialah pegawai tertinggi istana.

“Mesyuarat ini dijalankan bertujuan untuk menentukan hukuman yang sepatutnya diterima oleh Puteri Kouru akibat mengkhianati negara dengan membawa orang luar masuk untuk memusnahkan negara ini pada pagi tadi. Jadi, apa pendapat pengawai yang lain?” panjang lebar Raja berucap.

Semua pengawai mula berbincang satu sama lain.

“Puteri Kouru telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang puteri. Puteri Kouru perlu dihukum mati,” ujar pengawai pertahanan.

“Saya rasa Puteri Kouru perlu dipenjarakan seumur hidup kerana menyebabkan banyak kerosakkan yang berlaku dan merugikan negara,” kata pengawai kewangan.

“Disebabkan Puteri Kouru kaum diraja, beliau seharusnya dibuang daripada negeri ini dan dilarang untuk menjejakkan kakinya ke sini lagi,” bersemangat pengawai pendidikan.

Kouru hanya menutup matanya dan mendengar semuanya dengan redha.

Berita tentang Puteri Kouru mula tersebar di serata tempat.

“Raja!” pengawal kanan Raja berbisik sesuatu ke telinga Raja.

“Apa?” terkejut Raja sampai berdiri.

Di luar istana,

“Lepaskan Puteri Kouru! Beliau tidak bersalah! Kami berada di pihak Puteri Kouru! Jika hukuman dijalankan ke atas beliau, peperangan akan berlaku!” kekecohan tentang bantahan berlaku.

“Apa dah berlaku? Kenapa mereka semua menyokong dia?” geram Raja.

'Merekakan…penduduk kampung di sebelah barat dan gelandangan tempoh hari?' berbisik Kouru dalam hatinya.

“Raja, untuk mengelakkan peperangan, lebih baik Raja melupakan hukuman terhadapnya,” ujar pegawai tentera, iaitu ayah angkat Uga.

“Betul tu, tuanku,” sokong pegawai yang lain.

“Kalau tak nak hukum dia, biar saya yang hukum dia!”

Raja terus mencapai pedang pengawal kanannya dan terus mendekati Kouru.

“Tuanku!” terkejut pengawai yang lain.

Raja bersedia untuk memancung Kouru.

“Spling!” dua pedang bertembung.

“Jangan harap saya akan benarkannya,” bengis muka Kouga yang menghalang libasan pedang Raja.

Pengawal istana terus mengelilingi Kouga dan Kouru.

“Kau lagi, UGA!!” marah Raja.

“Jangan lupakan kami,”

10 pahlawan turut sertai untuk melindungi Kouga dan Kouru.

“Bunuh mereka!” arah Raja.

“Raja, saya pinta supaya Raja dapat berfikir dengan waras,” kata pengawai tentera.

“Bunuh semua yang menghalang saya! Termasuk pegawai tertinggi” marah Raja, terus pergi dari situ.

Terkejut semua pegawai.

Pengawal mula keliru. 

“Nampaknya, saya tidak boleh bersabar lagi,” pegawai tentera dan anak-anak buahnya turut bertarung apabila pengawal istana mula bertindak.

“Abang,”

Kouru memeluk Kouga selepas ikatan talinya dipotong. Air matanya mengalir.

“Maafkan abang sebab lambat, Kouru. Jom kita pergi dari sini. Kassim, Hirman!” lalu Kassim dan Hirman membuat laluan supaya Kouru dan Kouga meninggalkan kawasan pertarungan itu.

Tiba-tiba mereka dihalang oleh sekumpulan askar istana. Kouga dan Kouru bersedia untuk bertarung.

“Jangan apa-apakan mereka!” terkejut Kouru dan Kouga apabila salah seorang daripada askar tersebut memberi arahan sebegitu.

“Kami akan melindungi tuanku,” senyum askar-askar tersebut.

“Terima kasih semua. Mari Kouru,”

Kouga dan Kouru terus masuk dalam istana meninggalkan tempat pertempuran untuk mencari Shamsol.

Akhirnya, mereka berjumpa Shamsol di bilik bawah tanah.

“Shamsol! Pulangkan takhta diraja!” arah Kouga.

“Jangan harap saya akan bagi!” tiba-tiba muncul dua orang yang serba hitam menangkap Kouga dan Kouru dengan mengacukan pedang pada leher mereka.

“Main kasar ye,” tersenyum Kouru lantas mereka pantas menggunakan teknik melepaskan diri dan berjaya mencampakkan pedang tersebut jauh dari mereka.

Kesakitan mereka apabila Kouru dan Kouga menumbuk perut mereka.

“Nasib baik kita dah belajar teknik ni malam tadi dengan abang Asyraf dan abang Borhan,” gembira Kouru sambil ‘high five’ dengan Kouga.

“Tak guna! Korang ingat yang Raja Simon ada di tangan saya!”

“Sup!”

Kouru terus memanah ke arah Shamsol sebagai tanda amaran. Luka pipi kiri Shamsol terkena panah tersebut.

“Jangan sampai saya panah tepat kena jantung kau,” bengis muka Kouru.

Kaki Shamsol menjadi lemah dan terus melutut.

Askar-askar istana mula masuk ke dalam bilik bawah tanah dan terus tangkap Shamsol.

“Hebatlah, adik,”

Kouga mendekati Kouru.

Tiba-tiba Kouru rebah. Nasib baik sempat Kouga sambut.

“Kouru! Kouru!” terkejut Kouga melihat wajah adiknya pucat dan berpeluh-peluh.

“Hahahaha!” gelak Shamsol.

“Kau! Apa yang kau dah lakukan pada Kouru, hah?!”

Kouga menarik baju Shamsol.

“Saya tak buat apa-apa. Cuma tadi orang yang berpakaian hitam tadi ada cucuk jarum kat lehernya. Racun kut. Hahaha,”

“Mana penawarnya?! Bagi cepat!” marah Kouga. “Penawar? Maaf. Saya tak tahu. Bukan saya yang buat racun tu. Hahaha,” lalu Shamsol dibawa pergi oleh askra istana.

“A..bang,”

Kouga terus mendapatkan Kouru.

“Puteri?!”

Asyraf dan Borhan terus mendekati Kouru yang semakin lemah dan terus periksa Kouru.

“Dia kena racun ni. Cepat panggil doktor istana!” arah Borhan, cemas.

Di dalam bilik Puteri,

“Mana Puteri? Apa dah berlaku pada Puteri?” pahlawan yang lain mula mengerumuni pintu depan bilik Kouru.

“Doktor sedang merawat dia,” jawab Borhan.

“Eh? Mana Dollah?” pelik Ismail.

“Dia terus serbu masuk tadi,” selamba Erik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience