Kouru, Borhan, Cheong dan Dollah berjalan-jalan di kampung seterusnya.
Seperti sesuatu telah menarik Kouru ke sebuah gerai barang kemas itu.
“Cantiknya,” senyuman terukir di bibir Kouru apabila melihat barang perhiasan tersebut.
“Cik suka pengikat rambut ni? Ia sangat sesuai dengan cik,” kata peniaga itu.
“Saya suka. Tetapi, rambut saya ni akan pendek juga,” terkejut peniaga itu mendengar kata-kata Kouru.
“Eh? Apa yang saya cakapkan ni? Mengarut je. Maafkan saya ye, cik,”
“Nanti, cik. Mari ke sini jap,” akur Kouru, mendekati peniaga itu.
“Ini..,” terkejut Kouru apabila peniaga itu memakaikan penyepit rambut pada kiri dan kanan sisi rambut Kouru.
“Cantiknya kamu, Puteri Kouru. Saya harap Puteri akan sentiasa cantik walaupun hanya tinggal senyuman di bibir, supaya kami, 10 pahlawan turut tersenyum,” terbeliak mata Kouru.
“Kamu..,”
Peniaga itu menanggalkan rambut palsunya dan melutut hormat di hadapan Kouru.
“Saya, Faizul bersedia untuk berkhidmat dengan tuan puteri,” senyum Faizul.
“Apa dah berlaku, Kouru? Eh? Kau kan…?”
Borhan ternampak Faizul.
“Borhan!”
Faizul terus peluk Borhan.
“Korang…dah kenal?” pelik Kouru.
“Sebenarnya, kami 10 pahlawan pernah berjumpa satu sama lain semasa Raja Simon memberi amanatnya untuk melindungi Putera Kouga dan Puteri Kouru,” kata Cheong, yang muncul bersama-sama dengan Dollah.
“Oh,” faham Kouru.
“Kita dah jumpa Faizul. Jom kita cari lagi sorang kat kampung sebelah,” bersemangat Dollah.
“Nanti. Sebelum tu, habiskan semua jualan ni, baru kita bertolak ye,” bersyarat Faizul.
“Tapi, kita kena cepat sebelum peperangan berlaku,” kata Borhan.
“Tak apa. Kita akan bantu En Faizul berniaga. Esok baru kita bertolak ye,” senyum Kouru.
“Dengar semua? Ini arahan Puteri Kouru. Jangan ingkar. Haha. Terima kasih, Puteri,” seronok Faizul, memakai semula rambut palsunya.
“Kouru. Panggil saya Kouru sahaja. Ada pelangganlah. Selamat datang,”
Kouru berusaha untuk melayan pelanggan.
Matahari mula terbit,
“Kouru, lebih baik Kouru rehat dulu. Dah lama Kouru berdiri ni. Nanti pengsan pula,” risau Borhan.
“Betul tu, Kouru. Pergilah masuk berehat,” sokong Faizul.
“Baiklah. Kouru berehat jap ye,” lalu Kouru ke bilik belakang.
Tanpa diduga, dia diculik selepas Kouru melelapkan matanya. Penculik itu melalui di bahagian tingkap bilik tersebut.
“Kouru, nak makan …eh?” terbeliak mata Dollah apabila mendapati Kouru tiada di dalam bilik.
Terlepas pinggan yang dipegangnya dari tangan.
“Semuanya RM30. Terima kasih,”
Faizul sedang sibuk melayan pelanggannya.
“Kecemasan! Kecemasan! Kouru hilang!” cemas Dollah.
“Hilang?!” terkejut yang lain.
“Saya dan Borhan akan cari Kouru. Dollah dan Cheong tolong jaga kedai ye,”
Faizul bersedia untuk melawan. Rambut palsunya ditanggalkan. Sarung tangan penebatnya dipakai.
“Tak nak! Kami nak ikut juga. Lagipun, kau tahu ke mana Kouru hilang?” bantah Dollah.
“Saya tahu. Sebab saya dapat kesan dia melalui penyepit rambutnya. Korang perlu tunggu di sini sebab nanti mereka akan ke sini lagi. Lebih ramai. Sebab tu saya suruh korang berdua tunggu ini sebab saya yakin yang korang dapat tumpaskan mereka,” tegas Faizul.
“Minta tolong ye, Cheong..Dollah,” lalu Borhan dan Faizul ke markas penculik itu dengan kuasa Faizul.
************
'Apa dah berlaku?' suara penculik menyebabkan Kouru terjaga dari tidur.
Mantelnya hilang. Kaki, mulut dan tangannya terikat.
'Saya…diculik?' terkejut Kouru.
“Akhirnya terjaga juga harta kita ni. Rambut yang cantik,” kata penculik itu, menarik rambut Kouru sampai kaki Kouru tidak jejak ke lantai.
Pisau lipat yang disorok Kouru berjaya memotong tali ikatan tangannya. Kouru mencapai pisau di pinggang penculik itu lantas memotong rambutnya. Kouru terlepas lalu segera melarikan diri.
“Kejar dia!” arah penculik itu.
“Dush!” kebetulan Faizul dan Borhan sampai dan terus belasah semua penculik itu.
Beberapa minit kemudian,
“Mana Kouru?! Cakap cepat!” geram Borhan selepas semua penculik berjaya. tertumpas.
“Dia…dah lari,”
“Lari?” serentak Faizul dan Borhan.
********
“Huh huh,”
Kouru tercunggap-cungap.
“Itukan..?”
Kouru ternampak busur panah dan beberapa beg anak panah lalu dia mengambilnya untuk dijadikan senjata.
“Shu!”
Kouru terdengar sesuatu di semak lantas dia terus memanjat pokok.
“Nasib baik saya pernah naik pokok dengan Uga…abang,”
Kouru teringat akan abangnya ketika Uga tidur di atas pokok dan Kouru ingin membalas dendam, dia memanjat pokok dan menconteng muka Uga menggunakan marker.
“Tak. Jangan menangis. Saya dah berjanji dengan abang yang saya takkan menangis. Eh?”
Kouru ternampak sepasukan penculik sedang senyap-senyap mendekati kampung.
Suasana menjadi kecoh apabila Dollah dan Cheong belasah mereka. Kouru bersedia untuk memanah. Matanya kecil melihat sasaran.
“Shu!” panah tepat mengenai pencuri sebelum sempat melibas pedang pada seorang peniaga.
Semua panahan Kouru tepat.
“Yeay! Berjaya menumpaskan semua. Tak sia-sia saya belajar memanah,” seronok Kouru.
“Kouru!” panggil Borhan dari bawah.
“En Borhan! En Faizul!”
Kouru terus turun dari pokok.
“Kouru, kau ok ke? Cedera tak? Rambut kau..” risau Borhan.
“Saya ok. Jom kita tolong penduduk kampung. Banyak kerosakan dah berlaku. Kesian mereka,” bersemangat Kouru.
“Sebelum itu,”
Faizul memakaikan mantel dan hood pada Kouru sebelum Kouru ke kawasan kerosakkan.
“Borhan, Kouru memang dah berubah. Selepas membuat keputusan yang bijak, sekarang dia langsung tak takut. Tengok jelah mata dia tu. Pure,” tersenyum Borhan mendengar kata-kata Faizul.
“Kouru!”
Cheong dan Dollah terus mendapatkan Kouru.
“Kouru ok ke? Cedera tak? Maafkan kami sebab gagal melindungi Kouru,” sedih Dollah.
“Tak apa. Saya ok saja. Dah. Mari kita tolong mereka,” ajak Kouru.
************
Pada malam itu, ketika semua orang sedang tidur, Kouru keluar dari bilik dan berlatih memanah.
“Huh huh,” kepenatan Kouru namun masih meneruskan latihannya.
“Pak pak pak,” kedengaran bunyi tepukan dari belakang.
Kouru menoleh ke belakang.
“En Borhan?” terkejut Kouru, mengesat peluh yang mengalir pada pipinya.
Borhan memakaikan mantel dan hood pada Kouru.
“Saya kagum kerana semua panahan Kouru tepat. Tetapi, Kouru perlu ambil tahu tentang arah angin juga,”
“Angin?”
Kouru mula berfikir lalu mula memanjat pokok.
“Kouru buat apa tu?” terkejut Borhan dengan tindakan Kouru itu.
“Cari arah angin,”
Kouru berdiri di atas dahan sebelum bersedia untuk panah. Kouru fokus memandang sepohon pokok sambil merasa arah angin.
“Shu!” panah dilepaskan tepat kena tengah-tengah pokok yang bertentangan dengannya.
Terkejut Borhan.
************
Perkara yang sama dilakukan oleh Kouga. Kouga sedang berlatih pedang. Kuat bunyi libasan pedangnya.
Asyraf datang dan pedang mereka bertembung. Terkejut Kouga.
“En Asyraf buat apa di sini?”
Kouga terus menarik pedangnya.
“Saya kagum dengan kemahiran Kouga dalam pedang. Mari bertarung dengan saya. Saya nak tahu tahap kemahiran pedang kau,” kata Asyraf.
“Baiklah kalau itu yang diinginkan,” lalu mereka bertarung pedang.
Sambil bertarung, Asyraf memberi ajaran.
“Belah kiri terdedah!”
“Kaki tu salah! Kalau tersilap, kau akan hilang keseimbangan!”
Kouru dan Kouga berlatih dengan harapan latihannya ini dapat membantu rakyat mereka yang memerlukan mereka di samping enggan mengharapkan .
Share this novel