Kouru terasa sesuatu.
“Abang,”
Kouru memandang ke langit yang penuh dengan bintang.
Borhan mendekatinya lalu memakaikan mantel dan hood pada Kouru.
“Kouru, mereka pasti selamat. Kouru pergilah berehat. Sejuk ni. Lagipun, yang lain sedang memantau di sekeliling. Jika mereka nampak apa-apa, mereka akan beritahu kita. Dah malam ni,” risau Borhan.
Kouru memandang Borhan sambil tersenyum.
“Baiklah,” lalu Kouru berjalan masuk ke dalam gua.
“Oh? Itukan..,”
Hirman yang berada di atas pokok ternampak sesuatu lantas terus turun dari pokok.
“Siapa?!” pahlawan-pahlawan di sisi Kouga terus melindungi Kouga.
“Akhirnya korang sampai juga. Saya, Hirman bersedia untuk berkhidmat untuk Putera Kouga,” melutut hormat Hirman di hadapan Kouga.
“Hirman! Lama tak jumpa!” pahlawan Kouga terus memeluk Hirman.
“Mana yang lain?” tanya Ismail.
“Mereka ada di hadapan gua,” jawab Hirman lalu mereka berjalan ke gua.
Kelihatan Borhan, Faizul, Cheong dan Dollah melutut hormat menyambut ketibaan Kouga.
“Kami sedia untuk berkhidmat dengan Putera Kouga,” serentak mereka.
“Kouru ada di dalam. Lama dia tunggu sampai tertidur,”
Borhan seperti dapat teka pertanyaan Kouga.
Kouga tersenyum lalu masuk ke dalam gua.
“Jeremy pun nak jumpa Puteri juga,” tak sempat Jeremy melangkah kerana ditarik oleh Asyraf dan Borhan.
“Biarlah mereka berjumpa dulu,” serentak Asyraf dan Borhan.
Kouga duduk berhampiran Kouru yang sedang baring tertidur.
“Kesiannya adik abang ni. Mesti banyak cabaran yang dihadapinya,” kata Kouga sambil mengetepikan rambut Kouru yang sudah pendek.
Tiba-tiba Kouru membuka matanya dan duduk.
“Abang Borhan, abang Kouga dah sampai ke?” tanya Kouru sambil menoleh ke arah Kouga.
Mata mereka bertembung. Kouru menggosokkan matanya dan memandang Kouga semula.
“H…hai adik,” teragak-agak Kouga sambil tersenyum.
Air mata Kouru mula bertakung.
“Abang!!” Kouru terus memeluk abangnya sambil menangis.
“Maafkan abang sebab lambat adik,”
Kouga mengusap kepala adiknya.
Tangisan Kouru bergema di dalam gua.
“Akhirnya air mata yang ditahannya selama ini ‘meletup’ juga,” kata Borhan tersenyum.
“Kenapa korang lambat?” tanya Dollah.
“Tadi..,” Jeremy mula bercerita.
“Kouga!” jerit Asyraf.
“Saya…ok,” kelihatan tangan kanan Kouga berpaut pada batu dengan keadaan tangan kirinya memegang tangan Jeremy yang hampir jatuh.
“Kouga, lepaskan tangan saya. Nanti kau jatuh juga,” risau Jeremy.
“Saya…takkan tinggalkan sesiapa pun,” nekad Kouga.
“Asyraf, sambut tali ni,”
Erik mencampak tali kat Asyraf manakala hujung tali yang lagi satu mengikat badan Jeremy dan Kouga.
“Ismail dan Kassim, korang lompat dulu dan tolong Asyraf,” akur Ismail dan Asyraf.
Akhirnya Kouga dan Jeremy berjaya diselamatkan.
“Huh huh huh,” kepenatan semua.
”Terima kasih semua sebab selamatkan saya,” ucap Kouga.
“Tak apa. Dah tugas kami untuk membantu tuanku,” senyum Asyraf sambil merawat kaki Jeremy.
“Nasib baik tak teruk. Kalau saya jumpa siapa yang tembak tadi, memang nak kena dia!” geram Ismail.
“Itulah ceritanya,” panjang lebar Jeremy bercerita.
“Jadi, semua ni berpunca dari kaulah ye,” tuduh Cheong pada Jeremy.
“Mana adalah!”
Share this novel