“Kouru…Kouru…,”
“Ibu..,”
Kouru terus memeluk ibunya sambil menangis.
“Ibu, adakah Kouru dah mati?” tanya Kouru, sedang berjalan-jalan di sebuah taman yang cantik.
“Kouru!” kedengaran suara dari belakang lantas Kouru terus menoleh.
“Ayah! Abang!”
Kouru terus memeluk ayah dan abangnya.
“Ayah dan abang buat apa kat sini? Jom jalan-jalan dengan ibu,”
Kouru memegang tangan ibunya dan ayahnya sambil berjalan. Mereka kelihatan sangat bahagia.
“Kouru, kembalilah ke dunia ye. Bangunlah dari tidurmu, sayang,” lembut suara ibunya.
“Tak nak. Kouru nak bersama ibu, ayah dan abang. Kouru tak nak duduk sorang-sorang lagi,” sedih Kouru.
“Kouru, bangunlah sayang,” pinta ibunya.
“Bangunlah, Kouru,” pinta pula ayahnya.
“Adik, bukalah matamu,” kata abangnya.
-----------------------------------
“Ibu…ayah…abang..,” perlahan suara Kouru sebelum membuka matanya.
“Apa dah berlaku?”
Kouru duduk secara perlahan-lahan. Air matanya dikesat.
“Eh? Abang Kouga?”
Kouru perasan abangnya sedang tidur di sisinya. Kouru turun dari katilnya menuju ke luar bilik.
“Belum fajar lagi rupa-rupanya. Dah berapa lama ye Kouru tidur?” fikir Kouru sambil berjalan memandang tingkap luar.
“Pang!” kedengaran bunyi sesuatu jatuh lantas Kouru terus menoleh ke belakang.
“Kouru!!” semua pahlawan mendekati Kouru sambil tersenyum menangis.
“Kau ok ke, Kouru?” tanya Borhan.
“Sedih kami sebab dah 3 hari kau tidur,” sedih Jeremy.
“Baguslah kau dah bangun,” gembira Faizul.
“3 hari Kouru tidur? Lamanya. Jadi, apa dah berlaku selama Kouru tidur?” terkejut Kouru.
“Shamsol dihukum mati. Hari ni, Kouga akan diberikan takhta diraja,” jawab Asyraf.
“Hari tu, bukan korang masuk penjara ke? Macam mana korang keluar?” tanya Kouru.
Sambil berjalan, sambil bercerita.
“Ada askar yang bukakan pagar penjara tu,” jujur Cheong.
“Mereka askar yang pernah menyerang kami semasa kami berada di perkampungan timur,” cerita Jeremy.
“Oh. Jadi, macam mana Kouru boleh sembuh? Bukan ke tiada penawarnya?” tanya Kouru.
“Saya nikan pakar racun,” bangga Dollah.
“Te..terima kasih semua. Dan maaf sebab menyusahkan semua,” tunduk Kouru pada 10 pahlawan tersebut.
Tersenyum yang lain.
Mereka berjalan sampailah ke beranda tingkat 3 untuk melihat matahari terbit.
“Wah. Cantiknya matahari. Kan?…Eh?” pelik Kouru apabila menoleh belakang, semua sudah tiada.
“Kouru!” terkejut Kouru lalu menoleh ke arah suara tersebut.
“Eh? Abang,” tersenyum Kouru.
Kouga mendekati Kouru dengan keadaan yang marah.
“Kenapa Kouru keluar ni? Tahu tak, sakit jantung abang bila bangun je, katil adik kosong. Abang ingatkan adik kena culik ke,” marah Kouga.
“Maafkan Kouru, abang,” takut Kouru.
Kouga terus memeluk adiknya.
“Lain kali, jangan buat lagi tau,” pesan Kouga sebelum melepaskan pelukan.
“Baik, bos. Hehe,” tersengih Kouru.
“Oh ya, adik. Ada orang penting nak jumpa adik. Cuba adik toleh ke belakang,”
“Belakang?” lalu Kouru menoleh.
Air mata Kouru tiba-tiba mengalir.
“Ibu! Ayah! Wuahh,” menangis Kouru dalam dakapan ibu an ayahnya.
“Tapi…tapi…macam mana…bagaimana…kenapa….wuahh,”
Kouru tidak mampu meneruskan pertanyaannya.
Permaisuri memeluk Kouru sambil mengusap kepalanya.
“Sebenarnya, ibu dan ayah telah ‘tidur’ selama ini dengan menggunakan ubat Ismail. Sebab, ibu nampak masa depan yang bakal menimpa kalian berdua. Waktu Shamsol bunuh ibu, ibu sempat guna jarum Dollah jadi Shamsol ingatkan ibu dah mati. Maafkan ibu, sayang,” sedih ibunya.
Kouru menggeleng sambil tersenyum walaupun air matanya mengalir.
“Tak apa. Kouru faham. Asalkan ibu, ayah dan abang ada bersama Kouru,” senyuman Kouru menyebabkan ibu, ayah dan Kouga turut tersenyum.
Kelihatan Raja Simon sekeluarga sedang berjalan-jalan di taman yang penuh dengan bunga sambil memegang tangan.
'Macam dalam mimpi,' gembira Kouru.
“Raja Simon, semua pengawai tertinggi sudah tiba,” lapor pegawai tentera.
“Oh? Ayah angkat abang,” perlahan suara Kouru tetapi dapat didengari.
Gelakan ibu, ayah dan abangnya menyebabkan Kouru keliru.
“Kouru, dia ni adik ayah. Jadi, dia pakcik kamu dan Kouga,” jelas ayahnya.
“Hai, Kouru. Dah sihat ke?” pengawai tentera itu mengusap kepala Kouru.
“Oh pakcik. Saya dah sihat. Maafkan saya atas kebiadapan saya,” risau Kouru.
“Tak apa. Saya kagum dengan keberanian Kouru dan Kouga tempoh hari. Saya juga menerima kepujian daripada penduduk kampung di belah timur dan barat. Mereka amat berterima kasih dengan kalian. Malah, askar-askar istana pun kagum dengan kalian walaupun kalian masih muda,” panjang lebar pakciknya berkata.
Kouga dan Kouru tersipu malu.
“Tak..tak adalah sangat. Lagipun, jasa pahlawan-pahlawan juga,” balas Kouru.
“Pahlawan?” pelik pakciknya.
“Kouru, yang kamu sangkakan mereka pahlawan tu, sebenarnya ialah sepupu kamu dan Kouga,” kata ayahnya.
“Sepupu?” terkejut Kouru.
“Adik mesti tak percaya, kan? Abang pun terkejut bila dapat tahu. Kata ayah, ada di antara mereka dihantar ke kampung lain-lain untuk menyiasat dan membantu di sana. Lepas tu, abang Borhan dan abang Asyraf ditugaskan untuk melindungi kita,” ujar Kouga.
“Ayah, kenapa ayah suruh mereka buat begitu? Kesian mereka sebab mesti mereka jauh dari keluarga, dari kampung asal mereka. Mesti mereka sunyi,” terkejut mereka dengan kata-kata Kouru.
“Ah, maafkan Kouru, ayah. Kouru tak bermaksud nak kurang ajar ataupun nak kata cara ayah ni salah. Maafkan Kouru,” tunduk Kouru.
“Tak apalah,Kouru. Nanti kita berbual lagi ye. Ayah dan ibu kena pergi meeting jap,” lalu ayahnya, ibunya dan pakciknya beredar.
“Ayah marah ke?” risau Kouru.
“Tak adalah. Janganlah risau,” pujuk Kouga.
“Hahaha,” kedengaran suara ketawa dari belakang lantas Kouru dan Kouga menoleh.
“Korang? Mana korang menghilang tadi hah?” geram Kouru.
“Kouru, jangan salahkan Raja Simon. Kami memang rela nak buat tugasan ni,” kata Borhan.
“Janganlah marah, Kouru. Takut kami,” balas Faizul.
“Lagi satu! Kenapa tak cakap yang korang ni sepupu kami? Kalau tak, Kouru takkan layan korang macam orang luar,” monyok muka Kouru.
“Korang rasa ada ke Kouru layan kita macam orang luar?” tanya Borhan pada pahlawan yang lain.
Semua menggelengkan kepala masing-masing.
“Adalah! Kan Kouru panggil korang encik,” bantah Kouru.
“Hahaha,” akhirnya Kouga tak tahan menahan gelak.
“Kouru, penat abang tahan gelak tau. Abang rasa, banyak mereka bagi klu kat adik. Adik tak perasan ke?” tanya Kouga.
Kouru menggeleng.
“Dah-dahlah. Yang penting, misi kita selesai dengan jayanya,” bersemangat mereka.
“Jom kita main!” tak sabar Jeremy.
“Main je kau tahu,” perli Asyraf.
Geli hati yang lain.
- THE END -
*Alhamdulillah siap juga karya pengembaraan kedua fnz. Macam mana? Ok tak cerita ni? Terima kasih kerana meluangkan masa membaca malah sabar menunggu fnz post bab baru. Hehe. Terima kasih juga atas vote dan komen yang diberikan.
*Nantikan karya baru fnz yang lebih menarik dan seronok dibaca. Jumpa lagi di lain karya.
Share this novel