Bab 3 : Pengemis

Action Completed 1225

Selepas penat berjalan, akhirnya Borhan dan Kouru tiba di sebuah kampung usang.

Di situ, terdapat ramai gelandangan dan pengemis.

Sepanjang perjalanan masuk ke kampung tersebut, sepanjang itu terdapat ramai gelandangan.

“En Borhan, betul ke dia ada di sini?”

Kouru mula risau dengan cara gelandangan memandang mereka.

“Saya dapat rasakan dia memang ada di kampung ini. Eh? Puteri?” terkejut Borhan apabila menoleh belakang, Kouru sudah hilang dari pandangannya.

“Lain kali adik berhati-hati ye,” kelihatan Kouru sedang membantu seorang budak lelaki yang terjatuh.

Budak lelaki itu bangun dan terus berlari selepas mengambil beg Kouru.

Terjatuh Kouru menyebabkan hood yang menutup kepalanya terjatuh dari atas kepala.

“Rambut dia emas?” kedengaran suara-suara gelandangan, mendekati Kouru.

Kouru bangun dan terus memakai semula hoodnya.

“Apakah tujuan cik datang ke sini, tempat yang paling busuk ni?” tanya seorang lelaki tua gelandangan.

“Sa…saya datang nak cari seseorang,” jawab Kouru.

“Lupakanlah niat cik tu. Semua yang tinggal di sini merupakan orang yang dihalau oleh Raja dari kampung kami sendiri sebab kami gagal membayar cukai. Kami selalu kekurangan makanan dan minuman. Ramai dari kami telah mati kerana tiada makanan dan minuman,” balas ketua gelandangan.

Kouru menahan marahnya dengan Raja.

“Walaupun begitu, kalian semua sepatutnya berusaha. Berusaha mengubah hidup kalian. Walaupun kampung ini terbiar lama, sekurang-kurangnya kalian boleh bercucuk tanam, menternak binatang, ambil air di sungai, pasti kampung ni makin maju. Tunjukkan pada semua orang bahawa kalian adalah orang yang berguna. Jangan biarkan orang lain asyik ‘memijak’ kepala kita saja,” semua terdiam mendengar kata-kata Kouru.

“Pute…eh..cik Kouru,”

Borhan terus ke arah Kouru apabila ternampak ramai yang berkumpul di situ.

“Korang hanya orang luar je. Apa yang korang tahu, hah?” salah seorang daripada mereka membaling batu kat Kouru namun Borhan yang melindungi Kouru pula yang terkena.
Cedera tangan Borhan.

“En Borhan,” risau Kouru.

“Tidak mengapa, tuan puteri. Maafkan saya kerana membawa puteri ke sini. Mari kita pergi sekarang,” ajak Borhan.

Kouru menunduk ke arah semua gelandangan.

Terkejut Borhan.

“Maafkan saya jika kata-kata saya menyinggung perasaan semua,” lalu Kouru dan Borhan mula beredar.

Di pertengahan jalan, tiba-tiba Kouru berhenti selepas ternampak kubur yang banyak berdekatan dengan perigi yang diselaputi daun-daun yang menjalar.

“En Borhan, maafkan saya,”

“Eh?” pelik Borhan.

“Saya tak sangka Shamsol tergamak buat begini ketika memegang takhta ni. Saya tidak boleh membiarkan orang dianiya dan mati begitu sahaja lagi. Saya kena bantu mereka,” nekad Kouru.

Seorang geladangan ternampak Kouru dan Borhan sedang menguruskan ladang yang besar dan memenuhkan air di dalam perigi.

“Adik, boleh bagi beg tu kat abang tak? Abang bagi ubi kentang ni” pinta seorang pemuda gelandangan kepada budak kecil yang telah meragut beg Kouru.

“Nah,” budak itu memberi beg itu.

“Terima kasih, adik,”

*********

“Huh…penatnya,” terbaring Borhan di bawah sepohon pokok.

“Puteri Kouru, tidak lama lagi hari nak senja. Elok kita cari tempat bermalam sekarang. Em? Puteri Kouru?”

Borhan bangun dan melihat keadaan Kouru.

“Dia tidur rupa-rupanya,” tersenyum Borhan apabila melihat Kouru sedang baring atas rumput di bawah pokok yang sama.

“Hai, Borhan,” muncul seseorang mendekati Kouru.

“Kau…Cheong? Kenapa kau baru muncul, hah? Kesian Puteri Kouru cari kau sampai begnya diragut,” geram Borhan.

“Haha. Maafkan saya, Borhan. Saya cuma nak lihat sama ada dia ni betul-betul Puteri ataupun tidak. Tapi, dia telah membuktikannya…Jomlah kita pergi sekarang,” balas Cheong.

“Tapi, Puteri baru nak berehat. Eh? Kau buat apa tu, Cheong?” pelik Borhan apabila Cheong mengendong Kouru.

“Kita kena pergi sekarang. Kau tolong bawa beg ni ye,”

Borhan hanya akur lalu mereka mula beredar dari kampung itu.

“Puteri?” beberapa gelandangan terdengar perbualan tersebut.

“Apa kau kata? Perempuan yang berambut emas tadi ialah Puteri Kouru?!” terkejut ketua gelandangan apabila dilaporkan padanya.

“Jadi, betullah kata Cheong, bahawa ada kerabat diraja akan datang dan membantu kita,” kata salah seorang gelandangan di situ.

“Tapi, saya dengar bahawa Puteri dijadikan orang yang dikehendaki kerana cuba membunuh Raja,” terkejut semua.

“Apa yang perlu kita lakukan sekarang, bekas ketua askar istana?” tanya mereka kepada ketua gelandangan.

“Kita dihalau dari istana, buat apa nak ambil tahu pasal mereka,” kedengaran beberapa orang tidak mempedulikannya.

“Tapi, saya nampak tadi perempuan tu buat sesuatu kat ladang tu,” menyampuk peragut beg Kouru.

Lalu mereka terus ke ladang.

Terkejut mereka melihat kubur dan ladang mereka bersih serta perigi mereka penuh dengan air yang bersih.

“Walaupun kita dipecat, namun saya tetap akan berkhidmat untuk kerabat diraja yang mementingkan rakyatnya daripada harta,” nekad ketua gelandangan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience