Keesokkan harinya, mereka sambung perjalanan ke kampung seterusnya.
Setiba di hadapan kampung, tiba-tiba Kouru hampir pengsan.
“Kenapa ni, Kouru?” risau Borhan, memapah Kouru.
“Saya…nampak… kampung ni akan berlaku peperangan dalam masa 5 hari. Terlalu…ramai yang akan terkorban. Kita kena bantu mereka untuk mengelakkan ramai lagi yang terkorban,” kata Kouru.
Terkejut pahlawannya.
“Kouru boleh nampak masa depan? Seperti maknya?” perlahan suara mereka.
“Eh? Apa kita buat kat depan ni? Jom kita masuk,” ajak Kouru lalu mula melangkah masuk.
Pelik pahlawan yang lain. Namun, dihiraukannya lalu mengekori Kouru dari belakang.
“Ramainya orang. Sesuatu dah berlaku ke?” pelik Kouru.
“Kouru, saya dah siasat kampung ni. Katanya, kampung ni akan jadi markas untuk pelarian kampung-kampung di belah timur. Sebab…peperangan berlaku kat sana,” lapor Dollah.
“Abang,” risau Kouru.
“Kouru..,”
Kouru terus memotong kata-kata Borhan.
“Tak apa. Saya yakin mereka takkan apa-apa. Sekarang, kita tolong penduduk yang memerlukan bantuan dari segi rawatan, tempat tinggal, cucuk tanam dan sebagainya. Jom,” bersemangat Kouru.
“Baik!” akur Borhan, Cheong, Dollah dan Faizul.
*****************************
“Dahsyatnya kampung ni,” ngeri Jeremy apabila melihat kemusnahan kampung tersebut.
“En Jeremy, pergi siasat apa yang telah berlaku dan apa rancangan mereka. En Erik dan En Ismail, cari mangsa-mangsa yang boleh diselamatkan. En Asyraf, kita akan cari pahlawan yang terakhir. Berpecah sekarang,” arah Kouga.
“Baik!” akur yang lain.
Asyraf dan Kouga berpecah di tengah-tengah jalan.
Kouga seperti tertarik dengan sebuah rumah yang hanya terbakar separuh. Kouga masuk ke dalam rumah tersebut.
Dia ternampak tangan yang memegang bebola Kristal. Kouga terus mengeluarkan tuan punya tangan itu yang dihempap kayu-kayu. Nadi mangsa lelaki itu diperiksanya.
“Masih hidup. Nasib baik cederanya tidak parah,”
Kouga merawat luka mangsa itu.
“Dahsyatnya peperangan ni. Saya tak boleh biarkan peperangan ni berlaku lagi,” geram Kouga.
“Kalau itu permintaan tuan putera, kami akan tunaikan,” terkejut Kouga apabila mangsa lelaki itu bersuara dan membuka matanya.
“Kamu..,”
“Kouga! Berita panas! Peperangan akan diteruskan ke kampung seterusnya! Semua penduduk kampung ni berada di kampung sana. Nanti ramai yang akan terkorban,” lapor Jeremy yang tiba-tiba muncul.
“Apa tujuan mereka, Jeremy?” tanya Kouga, mengalihkan pandangannya pada Jeremy.
“Peluasan kuasa oleh Raja Shamsol,” mata Jeremy dan Kouga memandang tepat pada wajah mangsa itu yang sudah duduk.
“Kau…Kassim?” baru perasan Jeremy.
“Betul ke apa yang kamu katakan ni, En Kassim?” tanya Kouga.
Angguk Kassim.
“Bukan ke mereka akan mulakan peperangan lagi 7 hari?” muncul Asyraf tiba-tiba.
“Betul. Tapi, mereka akan mulakan peperangan sekarang di kawasan yang kecil dulu,” jawab Kassim.
“Kouga, ada sesetengah pelarian menuju ke barat untuk keselamatan,” lapor Ismail, yang baru datang dengan Erik.
“Selepas selesai peperangan di timur, mereka akan terus ke barat,” kata Erik.
“Kouru,” risau Kouga.
“Kouga,”
Asyraf memegang bahu Kouga yang sedang termenung sebentar.
“Baiklah. En Ismail dan En Erik akan meneruskan proses menyelamatkan semua mangsa yang masih hidup di kampung ni. En Jeremy, laporkan pada kampung seterusnya. Saya akan berjumpa dengan ketua kampung supaya menggumpulkan askar untuk peperangan esok. En Asyraf, kumpulkan senjata yang ada,” arah Kouga.
“Putera Kouga, saya ingin membantu juga,” bangun Kassim.
Kouga mula berfikir.
“Baiklah. En Kassim akan membantu En Ismail dan En Erik. Baik, bertindak sekarang!”
“Baik!”
Kouga berjaya berunding dengan ketua kampung.
Kampung tersebut berjaya dikosongkan.
Jeremy, secara senyap-senyap menyerang markas askar-askar Raja.
Pada malam itu, berlaku peperangan kedua di kampung belah timur.
******************************
Kouru tidak dapat tidur lalu berjalan-jalan keluar.
“Abang,” risau Kouru sambil memandang langit.
“Cik tak risau ke jalan sorang-sorang ni? Nanti tiba-tiba diculik, saya juga yang susah,”
Kouru memandang orang yang menegurnya.
“Polis rupanya” angguk Kouru.
“Mari saya temankan cik pulang. Dari tadi saya lihat, ramai yang memerhatikan cik,” polis itu berbisik di telinga Kouru.
“Ok, encik,”
Kouru hanya akur.
“Bagusnya kalau semua polis macam awak. Mesti kes-kes jenayah akan berkurang,” kata Kouru.
Tersenyum polis itu.
“Saya rasa, kalau cik yang memerintah, pasti negara ni akan aman,” balas polis itu.
“Siapa nama awak?” tanya Kouru.
“Nama saya Hirman..,”
Kouru terus memotong kata-kata Hirman.
“En Hirman, terima kasih kerana menemani saya…dan ‘melindungi’ saya dari jauh,” terkejut Hirman.
“Puteri tahu yang saya mengekori Puteri sejak Puteri masuk kampung ni?” anggukan Kouru mengejutkan Hirman.
“Saya dapat rasakannya. Sebab itu saya keluar jalan-jalan ni. Dan…panggil saya Kouru ye,” senyuman Kouru menyebabkan muka Hirman merah.
“Jadi, Kouru nak buat apa sekarang ni?” tanya Hirman.
“Kita akan jaga kampung ni, dan memberi latihan kepada askar-askar di sini. Kita tak boleh lama berada di sini,” jawab Kouru.
“Kami menjunjung titah, tuanku!” terkejut Kouru apabila terdengar suara dari belakang.
Kouru terus menoleh. Senyumannya terukir melihat Borhan, Cheong, Dollah dan Faizul.
“Amboi Hirman, dating dengan Puteri senyap-senyap ye,”
Cheong dan Dollah menyerang Hirman. Geli hati Kouru melihat keakraban mereka.
Hari demi hari berlalu. Kouga dan Kouru berusaha membantu penduduk di beberapa kampung yang terjejas.
Share this novel