Bab 12 : Kenangan

Action Completed 1225

“Tapi, Kouga memang banyak dah berubah, kan?” sambung Jeremy.

“Bukan dia je. Kouru pun banyak dah berubah,” nyampuk Faizul.

“Kouru baru berusia 16 tetapi perlu hadapi semua ni,” sedih Borhan.

“Begitu juga dengan Kouga. Sejak kecil  lagi dah banyak ditimpa ujian dan cabaran,” ujar Asyraf.

“Teringat masa mereka kecil. Selalu je main dengan kita, kan?” tersengih Ismail.

Mereka teringat sewaktu Kouga berusia 4 tahun manakala Kouru berusia 2 tahun dan semua pahlawan ketika itu berusia di antara 7 hingga 9 tahun.

******************************

“Abang Borhan, nak patung tu,” pinta Kouru.

“Hai Kouru. Apa khabar? Nama saya Asyraf,”

Asyraf membuat suara budak-budak sambil bermain patung dengan Kouru.

“Yeah! Dush! Kouga menang!” seronok Kouga apabila berjaya mengalahkan patung perang Ismail, Erik dan Dollah.

“Kouru, jom kita main buai,” ajak Jeremy lalu mereka main buai bersama-sama.

“Abang Kassim, tolakkan buai ni,” pinta Kouru.

“Nak main juga,” muram muka Kouga.

“Mari kita main gelongsor Kouga,” ajak Faizul.

“Yeah!” seronok Hirman dan Cheong main kejar-kejar.

“Nak main juga,”

Kouru turun dari buai dan terus kejar Cheong dan Hirman.

Beberapa hari kemudian, Raja Simon menggumpulkan mereka, 10 orang.

“Kassim, Borhan, Asyraf, Cheong, Dollah, Hirman, Faizul, Ismail, Erik dan Jeremy. Mulai hari ini, saya melantik kalian, 10 pahlawan untuk melindungi Putera Kouga dan Puteri Kouru, serta berkhidmat untuk mereka, 14 tahun dari sekarang,” arah Raja Simon.

“Kami menjunjung perintah, tuanku,” serentak mereka.

------------------------------

“Tak sangka, inilah masa depan yang Permaisuri Simon nampak,” faham Cheong.

“Korang nak tahu tak, kuasa Permaisuri Simon, Puteri Kouru telah mewarisinya,” beria Faizul bercerita.

“Samalah macam Putera Kouga. Kuasa Raja Simon telah diwarisinya,” kata Jeremy.

“Korang…masuklah!” kedengaran suara Kouru yang nyaring dari dalam gua.

“Jomlah. Puteri dah panggil tu,” bersemangat Jeremy lalu mereka masuk ke dalam gua.

“Puteri Kouru!!” Jeremy melompat untuk memeluk Kouru.

“Jangan nak mengada-ngada, Jeremy,”

Asyraf dan Borhan menarik selendang Jeremy.

“Sakitlah!” monyok Jeremy.

Geli hati Kouru dan Kouga.

“Putera Kouga dan Puteri Kouru, izinkan kami memperkenalkan diri kami dengan lebih formal?” tanya Borhan.

Kouru dan Kouga mengangguk sambil tersenyum.

“Nama saya Borhan, pengawal peribadi Puteri Kouru selama 10 tahun lamanya. Kekuatan saya ialah panah saya sentiasa tepat,” kata Borhan.

“Nama saya Asyraf, chef istana selama 10 tahun juga dan pengawal ‘rahsia’ Putera Kouga sejak Putera Kouga masuk istana. Kekuatan saya ialah pandai bermain pedang,” kata Asyraf sambil mengeluarkan pedangnya.

“Dah-dahlah Asyraf. Giliran saya pula. Nama saya, Cheong, emm…seorang pengemis,” kedengaran bunyi gelak-ketawa.

“Shu! Teruskan Abang Cheong,” arah Kouru.

“Kekuatan saya ialah saya sangat pantas. Sekian,”

Cheong terus duduk sebab malu.

“Nama saya Erik, seorang petani. Kekuatan saya…saya boleh kawal tumbuh-tumbuhan,” terlopong mulut Kouru sebab kagum.

“Tutup mulut tu,”

Kouga menolak dagu Kouru untuk menutup mulut Kouru.

“Nama saya Dollah, pengilat kasut di jalanan je,” lagi sekali, kedengaran gelak ketawa pahlawan lain.

“Shu!!” arah Kouru sekali lagi.

“Maaf,” serentak mereka.

“Teruskan Abang Dollah,” kata Kouru.

“Kekuatan saya ialah saya ni pakar racun dan saya mampu melumpuhkan anggota badan seseorang buat sementara, seminggu, sebulan malah selama-lamanya. Korang nak cuba?” ugut Dollah kat pahlawan lain.

Semua menggeleng ketakutan.

Geli hati Kouga dan Kouru.

“Next. Nama saya, Ismail, seorang penggembara. Kekuatan saya, saya boleh menidurkan sesiapa sahaja. Ada sesiapa yang susah nak tidur ke?” selamba Ismail.

Kagum Kouru. Akhir kata dari setiap pahlawan diiringi dengan tepukan dari Kouru dan Kouga.

“Nama saya Faizul yang paling cantik di dunia ini,”

“Boooo,” menyampuk yang lain.

“Puteri Kouru lagi cantiklah,” serentak mereka.

Geli hati Kouru.

“Yelah yelah. Saya memang dah tahu Puteri Kouru yang paling cantik di dunia ni. Saya sebagai peniaga jualan barang-barang kemas. Kekuatan saya, saya dapat hasilkan aliran elektrik dan dapat mengesan seseorang menggunakan barang yang saya buat. Hebatkan?” bangga Faizul.

“Duduklah! Biar saya pula. Nama saya, Jeremy, seorang tarzan. Jangan gelak tau. Kekuatan saya, saya dapat melompat tinggi dan melompat jauh. Saya teringin nak jumpa Puteri Kouru. Akhirnya, tertunai juga. Huhu (terharu),”

“Dah-dah Jeremy. Tak payahlah nak berlakon. Giliran saya pula. Nama saya Hirman, seorang polis. Kekuatan saya, mata saya ni dapat membekukan orang yang memandang mata ni,”

Kagum Kouga dan Kouru.

“Dan saya, Kassim, ahli tilik nasib. Saya ni pakar bom,” semua pahlawan mula berdiri dan melutut hormat di hadapan Kouga dan Kouru.

Terkejut mereka berdua.

“Kami sedia untuk berkhidmat dengan Putera Kouga dan Puteri Kouru,” serentak mereka.

“Kouga. Panggil saya Kouga je,” senyum Kouga.

“Dan saya, panggil Kouru je. Dah-dahlah. Mari sini semua. Kita perlu berbincang untuk strategi esok ni,” bersemangat Kouru.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience