“ Dah kenapa ni? Termenung aje. Break ke?”
Maya memandang tajam Amirul yang sedang leka membaiki enjin motor. Dia bangun dan berjalan mendekati Amirul. Dia duduk bersila di sebelah abangnya, menolak segala perkakas peralatan membaiki ke tepi. Spanar yang diguna Amirul hampir saja terkena muka Maya.
“ Along! Nak balas balik kes semalam lah tu.” Maya sempat menangkap spanar yang dibaling Amirul. Amirul tersengih kambing. Dia bergerak menghadap Maya.
“ Asal ni?”
“ Malam semalam tu, sengal betul. Ada ke patut si Nazrul dengan Epul tu kenakan Am? Entah apa dia letak dalam minuman air orang, sampai perut memulas – memulas. Sekali, kau! Kentut besar dalam restoran tu.”
Amirul juga tidak dapat menahan gelak mendengar cerita Maya. Maya tanpa sengaja melayangkan penumbuk di perut Amirul. Senak perut Amirul sehingga dia terbatuk – batuk, sakit terkena penumbuk Maya yang deras.
“ Along, benda tu bukannya boleh jadi bahan lawak Maharaja Lawak. Along pun sama aje, gelakkan orang. Bukan nak kutuk dorang pun. Tak boleh diharap langsung!” Maya memeluk tubuh, mukanya dipusing ke arah lain.
Amirul masih terbatuk – batu terkena tumbukan Maya yang tiba – tiba muncul. “ Kalau ya pun, perlahankanlah penumbuk Am tu. Dah keluar taekwondo pun, step – stepnya dibawak keluar sekali. Ingat tak sakit ke?”
“ Along jugak yang hantar Am pergi kelas taekwondo. Tapi, bagus jugakkan. Bolehlah bila nak tumbuk Along, senang. Dia tak sempat tahan, dah terkena.” Kata Maya tidak mahu mengalah. Dia mengukirkan senyuman.
“ Menyesal along hantar. Pergi main jauh – jauh sikit, along nak sambung baiki ni. Tak pasal – pasal karang, melayang juga apit – G ni kat muka along.”
Maya bangun, mendengar ayat yang diungkapkan Amirul, terasa geli hati pula. Apit – G? Manalah datang benda alah tu? Fikiran Maya tiba – tiba teringatkan tentang perbualan bersama Epul. Perlu ke dia tolong Nazrul selamatkan kawan dia? Kawasan yang dia pernah pergi dahulu muncul di dalam kepalanya.
Maya kembali duduk mendekati Amirul. “ Along, pistol along tu letak kat mana?”
Epul sedaya upaya mengelak daripada setiap pukulan dan serangan yang dilakukan oleh beberapa orang lelaki yang badannya lebih besar daripadanya. Beberapa kali badannya dikasari dengan hayunan besi dan mukanya ditumbuk hingga mengeluarkan darah daripada hidung dan bibir. Sehinggakan perutnya dihentak, tersembur darah daripada mulut. Dia seorang saja yang menjadi mangsa oleh kerana dia dulu orang kuat Nazrul.
“ Relaks – relaks, jangan bantai dia sangat. Kita biarkan dia mati perlahan – lahan kat depan kilang geng si lembab tu.”
Coward muncul di celah – celah lelaki yang berbadan besar sambil dimulutnya terlekat sebatang rokok. Dia membengkokkan lutut sebelah dan meletakkan lengan di lutut. Dia tersengih senget memandang Epul yang mengerang kesakitan. Coward menarik rokok di mulutnya dan menghembus asap rokok di muka Epul. Epul yang terbau asap rokok terbatuk – batuk.
“ Kesian, sakit ya? Kejap lagi aku hantar pergi kubur, biar dia insaf sikit siapa yang dia cuba nak lawan ni.” Coward mencucuh batang rokok di pipi Epul dengan tanpa belas kasihan. Habis kuat Epul mengerang, Epul cuba menepis namun tangannya dipegang kuat oleh dua orang anak buah Coward. Epul mengelak kepalanya ke kiri dan ke kanan tetapi tidak terdaya.
Coward membuang puntung rokok dan mengeluarkan pistol lalu diacukan di perut Epul. Epul separuh sedar. Dia hanya memandang pistol tanpa ada satu perasaan yang ada di hatinya.
“ Selamat menikmati syurga nanti.” Coward memberikan senyuman yang amat menjengkelkan dan menarik picu pistol.
Share this novel