BAB 7

Crime Completed 9966

Sebaik mereka berdua sampai, ramai orang sedang bertumbuk, bersepak, memukul dengan kayu dan pisau dan seumpamanya senjata yang boleh melindungkan mereka daripada terus diasak. Epul dan Nazrul terus keluar daripada kereta.

Beberapa orang automatik menyerbu mereka berdua. Bergasak jadinya, seorang terpelanting, seorang dihayun lutut, diterjah ke muka.

Keadaan menjadi hingar – bingar. Haru biru dan sewaktu dengannya. Nazrul terus berlari ke arah Coward yang duduk bersantai menyandar di kereta. Satu tujahan menerkam perut Nazrul sebelum dia sempat mengelak. Senak perut Nazrul dikejutkan dengan terjahan yang tidak diduga. Nazrul mendongak, budak – budak Coward mencari gasak dengannya. Tanpa berlengah, sebelah kaki Nazrul diangkat ke atas dan dihayun supaya terkena bahu budak Coward itu dan budak itu tumbang serta merta.

Nazrul mencapai sebiji batu yang sebesar penumbuknya terus ditetak kepala orang tersebut. Nazrul bangun dan berjalan ke arah Coward. Setiap musuh yang menghalangnya senang aje ditumpas oleh Nazrul. Membara nyalaan api dalam diri Nazrul setelah apa yang dilakukan oleh Coward dan anak buah yang tak hilang kesengalannya.

Coward sedar tentang kedatangan Nazrul terus melemparkan rokok yang dihisapnya dan masing – masing bertembung. Nazrul memegang perutnya yang masih terasa senak. Coward tersenyum sinis melihat Nazrul.

“ Kau nak lawan aku, dengan keadaan aku macam ni? Tak payahlah. Lebih baik kau balik, taubat.”

Nazrul tanpa bertangguh terus melayangkan sepakan dan tumbukan kepada Coward. Tak banyak serangannya dapat mengenai fizikal Coward. Coward boleh lagi menyapu bahunya yang kononnya kotor terkena kasut Nazrul.

Tumbukan padu Nazrul hampir mengenai muka Coward. Malangnya, tangan Coward lebih padu apabila dia dapat menggenggam penumbuk Nazrul dengan mudah. Nazrul tersentak. Belum pernah lagi orang dapat genggam penumbuk ni. Hari ni, dihadapan matanya sendiri dia ditewaskan oleh bekas anak buahnya sendiri yang sudah menjadi musuh ketat.

“ Aku bukan macam dulu, lembik, lemau yang kau boleh gunakan aku sesuka hati kau. Tapi, aku adalah aku. Kau tu cuma anai – anai yang aku boleh pijak ikut suka hati aku.”

Tendangan laju dihayunkan ke badan Nazrul yang tidak sempat dia mahu mengelak tepat mengenai bahagian leher. Nazrul tumbang. Dia jatuh bagaikan buah nangka busuk. Kepala terhantuk di atas jalan yang berpasir. Coward membelek – belek kukunya dan meletakkan kaki di atas perut Nazrul. Nazrul terbatuk – batuk diperlakukan sedemikian. Perut Nazrul ditekankan kuat sehinggakan Nazrul tidak terdaya untuk melawan.

Coward meletakkan lengan di atas lututnya. “ Ini baru sikit. Aku saja bagi kau hidup dulu supaya kau boleh mampus perlahan – lahan di tangan aku nanti. Hoi, dah.” Coward memanggil anak – anak buahnya yang lain.

Berkerut – kerut muka Nazrul menahan perit apabila Coward semakin menghentak perutnya dengan kuat. Geng – geng Coward semua meninggalkan mereka. Habis semua bekas ahli Nazrul tumbang. Cuma sekerat saje yang tinggal. Setelah beredar, Epul mendapatkan Nazrul.

“ Bos, eh. Rol! Okey tak? Saya bawak pergi hospital.”

Nazrul tidak mampu berkata apa – apa.

“ Eh, nanti kau bawak yang lain pergi ke port kita semula. Aku nak hantar dia pergi hospital dulu.” Beritahu Epul kepada ahli gengnya yang lain sebelum dia mengangkat Nazrul yang sudah tidak sedarkan diri masuk ke dalam kereta. Mereka sekerat hanya mengangguk.

Maya melambai – lambaikan tangan ke arah pemuda yang sedang menemani pesakit yang terbaring di atas katil. Pemuda itu perasan akan Maya berdiri dan berjalan ke pintu untuk dibuka. Maya tersengih memandang pemuda tersebut. Pemuda itu hanya senyum segaris.

“ Betul ke awak ni kawan bos, tak maksud saya kawan si Nazrul ni?” tanya Epul dalam curiga. Manalah tahu kot – kot si Maya ni perisik yang dihantar Coward tadi. Laju Maya mengiakan.

“ Bukan kawan, saya teman lelaki… Eh, bukan! Dia ni teman lelaki saya.” tersasul – sasul Maya jadinya. Epul memandang Maya dari hujung rambut ke hujung kaki. Semacam pulak dia tengok minah ni. Ya lah! Dengan mekap tebal sepuluh inci, gincu bibir merah macam warna darah, dengan ikat rambut dua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience