BAB 1

Crime Completed 9966

Teksi, bermulanya sebuah cerita

“Mana teksi nih? Aku dahlah lambat nih. Pagi – pagilah vespa dah mogok dengan aku. Ada ke motor boleh merajuk dengan aku? Merepek betullah!”

Beberapa kali jam tangan yang dibelinya di pasar malam dilihatnya. Mundar mandir dibuatnya di pondok menunggu teksi. Nazrul mengeluh buat beberapa kali. Mulutnya tak berhenti – henti merungut dengan lenggokan suaranya yang agak terkepit.

Tidak lama selepas itu, sebuah teksi berhenti di hadapan pondok menunggu teksi. Shah mengambil beg yang diletaknya di atas bangku. Dia berjalan pantas ke arah teksi itu. Sebaik saja dia masuk, seorang lagi masuk ke dalam teksi yang sama dinaiki Nazrul. Dia berpaling ke arah orang tersebut. Orang itu hanya memandang sekilas.

“ Pejabat pos.”

“ The Mines.”

Serentak kedua – dua nya bercakap kepada pemandu teksi. Pemandu teksi baru hendak bertanya tujuan mereka berdua. Kedua – duanya memandang sesama sendiri. Hati Shah terasa panas walaupun berada dalam teksi yang berhawa dingin yang dipasang tahap tiga. Sekali pandang macam lelaki orang di sebelah Nazrul, dua kali pandang macam perempuan pulak. Nazrul tidak mahu jantina orang tersebut.

“ I dulu yang masuk okey? You jangan nak potong queue okey? I nak cepat, okey?” perkataan okey banyak kali disebut dengan lenggok yang persis seperti wanita walaupun dilahirkan sebagai seorang lelaki.

“ Woi, bapok! Kau ingat kau sorang aje nak cepat. Aku ada hal kat pejabat dengan kerja yang melambak. Pelanggan kau tu tak menyempat dah ke nak tunggu kau?” dengan pedas orang itu membalas. Nazrul terasa geram.

“ Hey, you jangan nak tuduh I sembarangan okey? I masih straight lagi walaupun macam ni. You lagilah, entah spesis mana datang tiba – tiba masuk dalam ni.”

“ Eh, eh, eh! Jangan gaduh. Biar encik ni yang saya hantar dulu. Cik yang bertopi ni saya hantar kemudian ya? Sebab encik ni masuk dulu. Sabar ya? Encik tadi nak pergi mana?”

Nazrul dah mula riak, mempamerkan muka bangga. Gadis bertopi itu sekadar memeluk tubuh dan menjeling. Dia merengus kuat. Sempat lagi Shah menjelirkan lidahnya kepada dia. Gadis bertopi sudah mengacukan penumbuknya yang tak berapa nak menyerlah penumbuknya kepada Nazrul. Nazrul hanya beriak selamba.

“ Ke pejabat pos, pak cik.” Lemah lembut Nazrul memberitahu tujuannya. Pemandu teksi itu sekadar mengangguk kepala mengiakan. Teksi yang berhenti dibawa ke pejabat pos.

Maya tersengguk sengguk mendengar leteran bosnya. Dengan selamba dia menguap dihadapan bos. Dalam bulan ni dah berapa kali kena tegur dengan bos. Sikapnya yang agak malas, disiplinnya yang tidak menentu, pakaian selekeh semuanya disebut.

“ Ingat ya, Maya. Ini amaran terakhir saya kepada awak. Kalau awak lambat lagi, saya tak teragak – agak akan pecat awak. Dah, pergi hantar surat – surat ni.”

Encik Taufik menolak beberapa helai sampul surat di atas mejanya dihalakan kepada Maya.

“ Sorrylah bos. Pagi ni motor saya buat hal. Entah apa yang saya bagi dia makan semalam. Saya pinjam motor officelah nak hantar surat ni? Bolehlah bos? Eh?” Maya membuat muka simpati. Tadi bukan main selamba menguap bagai. Bila nak pinjam, mulalah nak buat perangai comel dia.

Encik Taufik hanya menarik nafas geram. Dia mencapai kunci motor yang tergantung di tempat gantung kunci. Kunci motor bertukar tangan dengan Maya. Maya mendabik tangannya di dahi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience