Kuku Nazrul dibelek dan ditiup sambil menjawab kata – kata Epul.“ Suka hati kaulah, kau nak jadi suami dia sekalipun aku tak heran. Jangan sampai kau rosakkan dia sudah. Naya aje si Maya tu nanti.”
“ Saya bukan jenis gelojoh macam si Coward tu bos. Sebelum ni pun, saya tak pernah ada lagi awek. Lepas saya jumpa Maya tu, saya rasa, saya dah suka pada dialah bos. Semalam dia mekap tebal, kelakar aje. Dengan rambut ikat dua kat belah kiri kanan. Hari ni, dia lepaskan rambut dia nampak lawa aje.” Epul melagakan jari telunjuknya dengan jari telunjuk satu lagi. rasa bahagia pula bila bercakap mengenai Maya.
Nazrul sudah terasa jengkel, rasa loya pun ada. “ Iya, iya Epul oi. Kejap lagi kau sambunglah cerita kau tu minggu depan. Tu, baik kau tengok si Maya tu. Entah apa dia buat dekat luar tu.”
Epul laju mengangguk kemudian dia berlari ke luar restoran. Nazrul mengekori Epul dengan pandangan matanya. Jarinya mengetuk meja makan.
“ Maya, kejap.”
Makin laju jalan Maya apabila namanya dipanggil daripada belakang. Kasut tumit tinggi yang dipakainya segera dicabut daripada kaki. Biarlah kena pijak paku sekalipun, lebih bagus daripada tengok Nazrul mentertawakannya kerana dia tanpa sengaja terkentut di khalayak ramai. Kalau perlahan tak mengapa, ini sampai ke dapur boleh dengan kentutnya. Mana dia mahu sorok mukanya?
Epul segera berlari dan akhirnya sempat menahan Maya dengan mendepakan tangannya di hadapan Maya. Hampir terlanggar Maya dibuatnya. Maya mencebikkan bibirnya. Dia menghembuskan nafas, meniup rambut yang menutupi matanya. Tangannya kasar menguak rambutnya ke belakang. Lengan gaunnya disinsing ke atas hingga paras siku.
“ Maaflah pasal tadi tu, saya ketawakan Maya. Mesti tak sengaja kan? Kalau saya kat tempat awak tadi mesti saya pun rasa malu.”
“ Wak lu! Kau pernah rasa ke kentut kat depan orang ramai? Apa yang kau rasa bila orang yang kau tak suka gelakkan tentang keburukkan kau? Pergi jalanlah!” terkeluar juga perangai sebenar Maya. Epul tersentak. Dia menurunkan tangan yang didepanya perlahan. Maya melanggar kuat bahu Epul sehinggakan Epul terdorong ke belakang.
“ Semua ni salah saya. Kalau saya tak kenakan Maya tadi, mesti awak dah gembira bercerita dengan saya.” Epul bercakap. Entah dengar atau tidak Maya tentang kata – kata Epul. Maya berhenti daripada berjalan. Dia memusingkan kepalanya kebelakang.
Maya dengar ayat yang diucapkan di mulut Epul. Hatinya terasa panas. Kenakan? Epul dan Nazrul sengaja ingin memalukan dia dihadapan orang ramai. Dia segera mendekati Epul. Maya menarik bahu Epul sehingga Epul menghadapnya.
“ Jadi, tadi tu cuma nak kenakan aku? Bagi aku, itu bukan lawak okey? Banyak lagi cara yang kau boleh malukan aku. Yang itu jugaklah yang kau pilih. Samalah kau dengan si Bapok tu! Cakap dengan dia, terima kasih banyak – banyak! Aku taulah, kau dengan bapok tu ahli kongsi gelap. Hari tu, aku nampak si Nazrul tu cakap – cakap dengan lelaki yang ada dua orang pengawal yang badan sasa.”
“ Dia nak selamatkan kawan dia, pendek. Dia masuk hospital sebab kena pukul dengan musuh dia yang dah culik kawan si Nazrul. Dan, satu lagi. Dia sebenarnya dah keluar pun dunia gelap dia. Disebabkan musuh dia tu, dia datang semula pun sebab nak selamatkan kawan dia. Kau jangan berani pergi report dekat polis. Kalau kau rasa kau nak selamat, jangan jumpa Nazrul dengan aku lagi. Faham? Dah, biar aku hantar kau balik.” Epul menerangkan perkara sebenar. Maya terpana. Hatinya terasa sakit apabila terdengar ayat jangan jumpa Epul lagi.
Ah, payah! Jangan – jangan dia pun dah ada hati dekat si Epul. Maya menggeleng – gelengkan kepalanya menafikan kenyataan yang dibuatnya. Epul yang sudah berada di depan ingin pergi ke keretanya berpaling ke belakang. Maya masih tercegat di situ.
“ Tercegat apalagi tu? Ikut aku, balik.” Maya memandang Epul yang agak jauh daripadanya. Epul mengeluarkan telefon bimbitnya mendail nombor telefon Nazrul. Maya berjalan ke kereta Epul dengan hatinya yang sedang berperang.
Maya termenung di bangku di bengkel motor Amirul. Dia mengerahkan otak bagaimana untuk membantu Nazrul selamatkan kawannya. Sekejap mengeluh, sekejap bangun, sekejap bersila di bawah. Maya membuka topi dan menggaru kepalanya kemudian disarung semula topi ke kepala.
Share this novel