Nazrul berdiri tegak sambil tangannya menyeluk ke dalam poket seluar. Selendang yang melilit lehernya ditarik dan dibaling ke atas. Spek hitam yang tergantung kemas di katil dicapainya lalu disarungkan ke muka.
Perlahan – lahan raut wajahnya bertukar garang. Nazrul membongkokkan badan membuka laci. Sebuah kotak tersimpan rapi dibukanya. Nazrul mengambil dalam kotak. Kain yang turut berada dalam kotak dicapai dan mengelap.
“ Coward, kau tunggulah!”
“ Dua minggu lagi? Lamanya along!”
Amirul yang sedang membaiki motor hanya berdiam. Malas mahu melayan perangai adiknya yang agak degil.
“Membazir duit betul. Sebulan beli, dua tiga hari lepas tu rosak. Baik tak payah beli. Dahlah guna duit along. Lepastu bukannya nak ganti ke apa. Ni, lesap. Bila mintak bukan main puji, belanjalah apalah. Dahlah. “
Maya mengejek kata – kata yang dikatakan abangnya. Nasib baik abangnya tidak perasan dia diperlakukan sedemikian. Kalau tak, ekzos motor disumbat ke mulut Maya.
“ Along ni, nanti orang gantilah balik duit along tu. Am kena buang kerja, mana nak dapat duit?”
Amirul sekadar mencebik. “ Bila dah dapat kerja, main – main. Orang nak tolong dia, dia pergi tolong menyusahkan lagi pulak. Lebih baik jaga kambing dalam kandang daripada jaga adik perempuan.”
“ Am nak kerja dengan along, tak bagi. Along jugak lah yang bagi kerja kat tempat kawan along tu kat Am. Kat situ jugaklah ada minah senget mengutuk macam – macam. Am tak tahan, Am hempas telefon dia. Eloklah tu, biar dia rasa.” Maya meluahkan dendamnya. Amirul buat – buat tidak dengar, tangannya terus berjalan menjalankan kerjanya.
Seseorang menegur Amirul. “ Bang, motor saya dah siap belum?”
Serentak, kedua – dua beradik memandang empunya suara tersebut. Terbuntang mata Maya melihat orang yang menegurnya. Dia mengepal penumbuk. Bersiap – sedia untuk melayangkan penumbuk bila – bila masa.
“ Kau?” sebelah tangan masing – masing menunjuk. Nazrul dan Maya saling menuding jari. Amirul silih berganti mendongak memandang mereka.
“ Buat apa you kat sini? Cari pasal?” Nazrul menyingsing lengannya. Maya memusingkan topinya ke belakang.
“ Suka hati akulah nak pergi mana pun. Kau tu apahal menyemak kat bengkel abang aku ni?” Maya menggosok – gosok hidungnya.
“ Oh, bengkel abang kau. Bukannya bengkel kau. Kau nak sound aku apahal? Ni, bengkel abang kau, bukannya kau punya. Aku cuma nak tengok motor aku, asal pulak aku nak cari kau? Tak ada masa aku.” terkeluar perkataan ‘aku’ ‘ kau’ daripada mulut Nazrul.
Maya mula mengeram. “ Eh, aku pun tak ada masa nak cari kaulah, bapok! Lantaklah, abang aku punya ke apa. Kau tak ada kena mengena pun dengan abang aku.”
Amirul bangun. “ Woi, woi, woi! Jangan gaduh dekat sini. Kat luar tu ada tempat gusti, padang bola. Nak gaduh pergi main jauh – jauh jangan dekat sini. Maaf bang pasal adik saya ni. Dia ni memang bengong sikit otak dia. Maklumlah, kecik – kecik dulu tertelan skru. Sampai otak pun macam dah nak tercabut skru.” Boleh lagi dia mengutuk si adiknya. Tak semena – mena, perutnya ditunjah Maya.
“ Amboi, mulut! Elok benarnya kutuk orang depan si bapok ni!”
“ Eh, memanglah elok! Skru dekat kepala otak kau memang dah tertanggal dari kau kecik dulu, tau?”
“ Apa along ingat skru dekat kepala hoootak saya aje yang tertanggal? Habis along tu, tertelan spanar lagi nak pecah pipi tu. Sebab tu gigi along rongak kat dalam. Gigi susu pun dah habis.”
Share this novel