BAB 3

Crime Completed 9966

“ Alah, alah. Nyah aku yang sorang ni, merajuk pulak. Nanti aku belanja domino, nak? Harini birthday anak aku.”

Sebut tentang domino, terus Nazrul memandang muka Mimi. “ Ya, hari lahir anak kau eh hari ni? Kau tak bagitau mak pun.” Nazrul memuncungkan bibirnya yang agak tebal.

“ Kenapa pulak aku kena cakap hari jadi anak aku kat kau? Kau bukan bapak budak tu pun.” Mimi mengemaskan baju – baju yang tersangkut di dinding kedai pakaian.

“ Yalah, nyah kan budak baru kat sini. Pasal anak kau nyah tak perlu masuk campur, kan? Aku bukannya sesiapa kat sini.

Cuma pekerja baru yang perwatakan lembut bekerja di kedai ni.” Nazrul menggentel bajunya sambil menggigit bibir.

“ Tau tak apa. Eh, aku gurau aje pun! Tak payah nak ambil hati sangat. Malam ni teman aku makan domino dengan Haikal tu tau?” Mimi mengangkat – ngangkat keningnya. Nazrul mengerutkan dahinya.

“ Haikal mana pulak?”

Buntang mata Mimi mendengar soalan yang terbit dari mulu Nazrul.“ Siapa aje yang nama Haikal kat sini selain anak aku, nyah oi? Baru minggu lepas jumpa anak aku, panggil nama dah lupa?” Mimi mengetuk kepala Nazrul berkali – kali. Walaupun perlahan, Nazrul menggedik mengaduh sakit. Geli geliman Mimi mendengar.

“ Macam aku ketuk kuat aje kepala kau tu. Manalah nak kuat aku rendah nak ketuk kepala kau yang tinggi tu, Nazr. Merepeklah kau ni!”

“ Ala, orang saja je. Tu pun nak marah.”

Mimi menjeling sambil bahunya terangkat – angkat.

Nazrul bersiap – siap mahu keluar makan malam. Sudah 15 minit tercongok cangak meneliti dengan betul – betul penampilan dirinya dihadapan sebuah cermin yang memuatkan nampak kesemua anggota badannya. Nah, satu badan kau boleh tengok. Cermin besar mengalahkan cermin mak datin!

Telefon bimbit Nazrul berdering. Keluar juga melatahnya. Nampak luar maskulin aje, bila dah termelatah segala isi dalaman terkeluar terus. Nazrul menenangkan diri. Tarik nafas, hembus. Tarik nafas, hembus. Hah, kau! Kembang – kempis hidung nyah depan cermin besar gedabak. Nazrul mengambil telefon di atas meja. Raut muka Nazrul kelihatan resah. Fikirannya kembali berserabut.

“ Apalagi budak ni nak?” Nazrul tidak menjawab panggilan. Hanya membiarkan deringan itu terus berbunyi. Tidak lama selepas itu, deringan itu berhenti. Selang beberapa saat, deringan itu kembali bergetar. Nazrul merungut. Nak tak nak, terpaksalah dia angkat.“ Hello, eh dahlah. Janganlah ganggu aku lagi. Aku takkan buat benda tu lagi, faham tak?”

“ Tak, Cai. Dengar dulu. Bro Cai ada masalah. Kawan Bro Cai kena tangkap dengan geng SpotGum. Leader geng dorang kata kalau Bro Cai tak jumpa dia, kawan Bro Cai habis.”

Nazrul berang. Dalam kepala otaknya terbayangkan mana satu kawannya yang dimaksudnya pemanggil itu. “ Kawan aku? Kawan aku yang mana ni?”

Cemas nada panggilan daripada pemanggil itu. “ Kawan Bro yang suka korek telinga tu. Apa nama dia? Hah! Muiz! Muiz, Bro Cai.”

Badan Nazrul menggeletar. Biar betul dia ni? Aku salah dengar ke? Muiz kena tangkap dengan geng perasan awesome tu?

“Wei, kau jangan nak main – main!”

“ Betul, Bro. Saya jadi saksi masa tu, kalau nak bukti pun saya ada gambar sekali. Kalau Bro Cai nak cari, saya on.” Sambut orang lain. Nazrul mengurut – ngurut dahinya. Tak percaya betullah. Aku baru aje jumpa si Muiz tu dua hari lepas, macam mana dia kena culik. Padanlah senyap aje, tak ada panggilan. Aku mesej pun tak balas, telefon pun tak jawab. Memang nak kena betul geng tu.

“ Nanti aku datang, jumpa kat tempat biasa.” Nazrul menamatkan panggilan. Dia tersandar di dinding. Tangannya meramas rambutnya yang kian lama memanjang. Nazrul kemudian berpaling merenung laci yang berada di sebelah pintu biliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience