BAB 8

Crime Completed 9966

Gaun baju pun gaya ibu – ibu mengandung. Meremang bulu roma Epul. Maya buat – buat ayu dihadapan Epul.

“Nazrul tak pernah cakap kat saya pun yang dia ada kekasih. Jangan tipu, nanti awak yang padah.” Epul tegas bercakap dengan Maya.

Maya berdehem – dehem ingin menyedapkan tekaknya supaya bila bercakap nanti tak adalah Epul perasan yang dia sedang menyamar. “ Awak tak percaya? Nanti bila dah sedar, awak tanya sendiri pada dia. Apa tu?” Maya terlupa pulak nama sebenar Nazrul. Baru semalam Amirul beritahu pada Maya nama betul Nazrul. Dah dia lupa. Dalam keadaan pasrah dan redha, dia main bantai aje nama.

“ Si Arol ni memang suka tengok saya pakai baju mengandung sebab nanti dia nak kahwin dengan saya. Gincu pun, dia cakap dia suka perempuan yang pakai gincu merah menyala sebab mengingatkan pada arwah ibu dia.” Entah apa benda yang dimerepek oleh Maya, dia sendiri pun tak tahu. Nasib dialah kalau cerita dia tu salah.

Epul perlahan lahan bertukar riak mukanya. Dia tersenyum manis menampakkan dua batang gigi kapak yang terserlah di giginya. “ Jadi betullah awak ni kekasih dia. Ceritalah lagi pasal Arol. Kawan dia pun panggil dia Arol. Tapi, kita borak dekat luarlah. Terganggu pulak si Nazrul ni nanti. Apa tadi nama awak? Maya kan?”

Maya dalam hati sudah berbunga gembira riang ria di pagi raya. Jeratnya sudah mengena. Apalah, semua yang aku main bantai sebut rupanya betul pada pandangan Epul. Baiklah, tak lama lagi rahsia Nazrul akan terbongkar.

Sebaik mereka berdua keluar, pintu wad pun sudah ditutup rapat. Nazrul membuka matanya perlahan – lahan. Sebenarnya, dia dengar tentang perbualan mereka berdua. Namun, dia berpura – pura tidur untuk mendengar lagi apa yang dibicarakan oleh Epul. Tetapi, mereka berdua pula mahu berborak di luar. Nazrul tidak kenal nama perempuan itu. Walaupun begitu, dia kenal muka dan gaya perempuan tersebut.

Kau nak korek rahsia aku? Takkan dapat punya. Aku harap si Epul ni boleh bantu aku. Janganlah pulak dia tiba – tiba syok dekat minah dua alam tu. Habis pulak plan aku nanti. Shah bermonolog.

Melihat kelainan yang memang lain daripada adiknya, dia berasa sangat pelik. Amirul beberapa kali menelek Maya dari atas ke bawah. Sedang elok dia menikmati makan snek Twisties, putus selera terus tiada rasa mahu menelan lagi. Belum pernah pun lagi Maya keluar rumah pada waktu malam dengan memakai gaun paras bawah lutut. Kebanyakan baju yang dipakainya adalah milik arwah emak mereka berdua.

“ Asal pandang macam tu? Tak pernah tengok tomboi lawa?” Maya menegur agak kasar. Amirul menelan air liur perit, betul – betul hilangkan selera makan. Rasa nak keluar rumah cabut lari lebih dirasainya. Buang tebiat apa?

“ Memang tak pernah pun. Awek along dulu lagi comel walaupun perangai lebih kurang macam Am.” Sedap aje dia membalas.

“ Ek eleh, poyo. Dah lah, orang nak keluar.”

“ Nanti nanti. Along rasa nak touch up lagi kat muka Am. Biar segar sikit.” Amirul menyengih. Dalam otak terbayang muka Maya akan lebih ‘ ceria ‘ kalau dia menambah lagi mekap di wajah Maya. Semalam, dia tolong mekap muka Maya, selepas Maya berjumpa dengan Epul, ditegur. Terlalu melampau mekap yang dipakainya. Pulang aje ke rumah, kaw kaw Amirul dimarahi Maya. Sehari semalam Amirul tidak berhenti ketawa. Menyesal pula rasanya dia meminta Amirul mekap mukanya.

Maya menggeleng laju, tangan turut digoyang ke kiri dan ke kanan beberapa kali. “ Eh, tak apa. Cukuplah semalam tu. Kalau rasa nak kena sepakan Mael Lambong, cubalah. Kalau bukan sepak, siku Mak Jemah orang bagi.” Maya mencebik bibirnya. Amirul ketawa terbahak – bahak.

“ Yelah, yelah. Along tak solek muka Am lagi. Ikat dua, rambut?”

“ Pernah telan tv tak?”

Amirul menggeleng kepala, menolak sambil mulutnya masih terherot dengan sengihan menampakkan sebaris giginya yang dipakai pendakap gigi.

“ Tak padan dengan pagar elektrik, masuk tv dalam mulut terkena karen padan muka.” Maya menghayunkan handbag terkena bahu Amirul sambil berjalan ke pintu keluar. Tidak sempat Amirul mahu mengelak, hayunan kasar Maya terkena pada mukanya. Meninggalkan kesan merah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience