Maya berhati – hati melewati kilang tersebut. Dia berjalan perlahan di sebalik dinding itu. Dia terdengar bunyi deruman kereta berhenti di hadapan kilang. Maya memerhati disebalik dinding. Seorang lelaki yang agak berbadan besar memakai baju berkot keluar daripada pintu tempat pemandu dan terus berjalan laju ke bonet. Seorang lagi keluar daripada pintu kereta sebelah pemandu turut keluar sambil matanya memerhati sekeliling.
Lelaki yang berbadan besar membuka bonet dan mengheret sesuatu keluar. Tanpa belas kasihan, dia mencampakkan seseorang itu di hadapan bangunan kilang tersebut. Maya tidak terkata apa. Setelah diteliti muka orang yang diheret, Maya tidak mampu menahan sebak yang terpakung di dadanya. Selepas dua orang lelaki itu beredar dan kereta itu lesap, Maya segera keluar daripada tempat persembunyiannya dan terus menerpa seseorang tersebut.
“ Epul!”
Maya melutut di sisi Epul. Dia menepuk – nepuk perlahan pipi Epul. Epul hanya terbujur kaki, tiada respon. Maya mendapatkan tangan Epul dan merasa denyutan nadinya. Terlalu perlahan sehingga hampir tiada rasa denyutan nadi.
“ Epul, bangunlah.” Maya menggoyang – goyangkan tubuh Epul. Dia tidak mampu menahan air yang bertakung di kelopak matanya.
“ Ma.. ya..”
Epul memanggil Maya dengan nada yang lemah. Matanya dibuka separuh. Maya agak tersentak.
“ Epul, aku bawak kau pergi hospital.” Maya cuba mendukung Epul. Berat Epul menggangu Maya untuk mengangkatnya.
Maya cuba untuk bangunkan Epul dan memimpinnya ke motornya. Namun semuanya tidak menjadi. Maya berasa serba salah.
Epul memegang lengan Maya. “ Maya, call Nazr.”
Maya hanya mengikut kemudian mengeluarkan telefon daripada poket jaket yang dipakainya. Dia mendail nombor telefon Nazrul. Sekali, tidak diangkat. Maya sekali lagi mendail. Hatinya bersungut. Kau ni, masa ni jugaklah tak nak angkat. Cubalah fikir positif sikit si Bapok ni.
“ Hello?” akhirnya dijawab juga. Maya berasa sedikit lega.
“ Hello, asal?” Nazrul bertanya dengan agak kasar.
“ Kau datang sini, kilang tempat kau dulu. Epul cedera ni.”
“ Mana kau tau? Kau jangan kelentong aku lagi.”
Maya mengerutkan dahinya. Epul memegang perutnya yang sudah kering darah. Dia menghalakan tangan ke telefon Maya. Epul memberi isyarat, biar dia yang menjawab panggilan. Maya akur lalu memberikan telefon kepada Epul.
“ Rol, kau datang sini. Cepat, aku dah tak larat dah ni.” kata Epul lemah. Nazrul terpaku.
“ Epul, kau kenapa? Kejap lagi aku sampai.” Panggilan diputuskan. Maya baru perasan di baju Epul terdapat kesan darah. Baju yang dipakai Epul juga bewarna merah sehinggakan Maya tidak sedar yang Epul mengalami kecederaan teruk.
Epul mengembalikan semula telefon kepada Maya. Maya menyambut huluran Epul. Epul meletakkan kepala di atas riba Maya. Maya terkaku seketika. Dia tidak tahu hendak berbuat apa.
“ Maya, kalau aku tanya kau satu soalan boleh tak?”
“ Janganlah banyak cakap, Epul. Perut kau tu teruk tu, macam kesan kena tembak.” Maya panik seketika. Kalau banyak bercakap nanti, parah perut tu sebab banyak bergerak.
“ Kalau kau jadi isteri aku, kau terima tak?”
Tiada sepatah pun perkataan yang dikeluarkan Maya. Angguk tidak, geleng pun tiada. Lain yang dicakap, lain yang ditanya. “ Epul, kau janganlah bergerak sangat. Aku risaulah.”
“ Maya, kau sudi tak?” Epul terbatuk – batuk menahan sakit.
“ Tak pernah aku rasa setenang ni lepas aku tengok kau. First time jumpa kau aku rasa berdebar walaupun muka opera cina.”
Share this novel