BAB 13

Crime Completed 9966

Maya tersenyum kelat, sekadar ingin melegakan hati Epul. Terasa malu pula apabila mengingatkan kembali peristiwa yang agak kelakar. Entah angin apa yang merasuk, nak menyamar jadi perempuan mithali. Pakai baju gaun dengan solekan tebal.

“ Kau, Epul. Dengan yakinnya percaya dengan apa yang aku cakap. Betul ke apa yang aku cakap hari tu?”

“ Tak ah. Ni semua idea Rol nak kenakan kau. Aku pun pelik macam mana dia tahu yang telefon aku tu kau.”

Maya menunduk. Kemudian, mendongak mencari kelibat atau sebuah kenderaan yang boleh digunakannya untuk menghantar Epul ke hospital. Epul terbatuk – batuk menahan sakit di perutnya. Darah semakin kering, bibir Epul semakin pucat. Mata Epul hampir tertutup.

Maya semakin tidak keruan, Epul hampir saja tidak sedarkan diri. Mata Epul sudah tertutup sepenuhnya. Maya menepuk pipi Epul.

“ Epul, bangunlah. Tahan sikit, kejap lagi Nazr datang.” Maya cuba untuk menyedapkan Epul dan hatinya. Epul tersenyum tipis.

Maya terpandang dari jauh seorang doktor yang merawat Epul menggelengkan kepalanya. Nazrul sudah tidak terkata. Maya hampir terduduk apabila Nazrul mengalihkan pandangan ke arahnya seraya itu menggeleng. Maya melepaskan tumbukan ke dinding agak kuat beberapa kali. Tangannya menjadi bengkak.

Nazrul berjalan menghampirinya. “ Kau tunggu sini sampai mak Epul tu datang. Aku nak selesaikan hal aku dulu.”

Maya sempat memegang bahu Nazrul sebelum dia melangkah pergi. “ Aku nak ikut.”

“ Tak payah, kau tak ada kena mengena pun.” Nazrul menolak perlawaan Maya.

“ Orang tu dah tembak Epul tau tak?” Maya meluahkan amarahnya.

“ Kawan aku dalam bahaya. Aku tak nak kau terkena sekali.”

Maya tidak mahu mengalah. Kalau dah A, A lah jawapannya.“ Epul kena bunuh dengan diorang. Aku nak balas balik apa yang diorang buat.”

“ Maya, kau tak tau apa – apa. Kau tunggu aje dekat sini!” Nazrul sudah menjegilkan matanya ke arah Maya. Maya hanya beriak biasa.

“ Masalah sekarang, kau seorang. Yang kau nak lawan tu ramai.”

“ Kau ni memang tak faham bahasa kan? Bila aku kata jangan, jangan. Susah sangat ke nak faham?” jari Nazrul tepat menuding muka Maya. Maya menepis tudingan tersebut dengan kasar.

“ Nyawa Epul dah melayang, kalau nyawa kau pulak jadi sasaran musuh kau pulak lepas ni macam mana? Siapa yang nak selamatkan kawan kau tu? Kau mana ada geng dah. Semua hilang.”

Nazrul malas mahu melayan. Dia berpusing dan bergegas meninggalkan Maya. Maya menjerit namanya dari jauh. Dia menarik topi dari kepalanya dan menghempas ke lantai. Kesal kerana kata – katanya tidak diendahkan Nazrul. Maya segera berlari ke tempat yang lain dengan tujuan mengekori Nazrul dalam senyap.

Tiba di tempat parkir bawah tanah, Maya terlihat Nazrul berjalan ke arah keretanya. Maya segera berlari ke arah kereta Nazrul dengan cepat membuka pintu kereta Nazrul. Nazrul agak kaget dengan kehadiran dan kedatangan Maya yang tiba – tiba terus meluru ke pintu kereta setelah kereta dibuka kunci.

Nazrul membuka pintu kereta pemandu dan berjalan ke pintu sebelahnya.

“ Keluar sekarang!” arah Nazrul selepas dia membuka pintu tersebut. Maya menggeleng. Nazrul sudah geram dengan jawapan Maya. Dia menghempas pintu dengan agak kuat.

Dia berlalu ke pintu kereta pemandu. Hatinya berasa sebal. Setelah pintu ditutup, Nazrul membuka enjin kereta.

“ Kalau terjadi apa – apa pada kau, aku tak nak bertanggung apa – apa. Kau nak ikut sangat kan tadi?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience