BAB 5

Crime Completed 9966

Ah, sudah! Adik along pulak yang gaduh. Tadi, aku yang cari pasal dengan adik dia. Ni, lain pulak. Nazrul sudah tergaru – garu kepalanya. Dia cuba untuk mencari jalan untuk menamatkan pertengkaran mereka berdua beradik.

“ Tu sebab cikaro abang lari. Muka abang bukannya hensem, dia nak kat abang pun sebab abang banyak duit.”

“ Hey, jangan kau sebut pasal cikaro – cikaro. Lu bukan tau apa okey, der?”

Mulut Nazrul senget. Dia mencekak pinggang. Tak lama selepas itu, telefon Nazrul berbunyi. Nombor panggilan yang sama seperti semalam. Mukanya kembali keruh.

“ Bang, saya ambil esok jelah.” Tiada respon daripada Amirul kerana masih lagi bertekak dengan Maya, Nazrul terus beredar. Lantaklah kau orang berdua, pandai – pandailah hidup sendiri. Sendiri cari gaduh, sendiri selesaikan.

“ Bro Cai, diorang dekat depan gate tu.” Epul menghalakan ibu jarinya ke tingkap luar. Nazrul menelek ke luar tingkap. Pakaian segak seorang lelaki yang diapit lagi dua orang pengawal berdiri di sebelah kereta berjenama mahal.

“ Tak apa. Kau orang tunggu dulu dekat sini, biar aku yang selesaikan. Apa – apahal, gua roger. “

Nazrul terus keluar daripada rumah kosong itu dan melalui pintu belakang. Sepucuk pistol jenis revolver terselit dipinggang Nazrul sebagai langkah berjaga – jaga jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. Dari jauh Nazrul dapat mengesan senyuman jelek yang dilemparkan daripada lelaki yang berspek mata. Nazrul berhenti betul – betul dihadapan lelaki tersebut.

“ Hello, bro. Apa khabar? Lama sudah kita tak jumpa. Kau dah makin gemuk kan? Baguslah tu, dulu kurus keding aje sebab sedap layan hisap benda yang terlarang. “ bukan main lagi memerli Nazrul. Dia tak sedar ke muka Nazrul dah sehabis bengang tahap dewa, boleh lagi dia nak pergi bedal. Nazrul menarik nafas panjang.

Lelaki berspek itu menghulurkan tangan ingin bersalam dengan Shah Nazrul. Nazrul hanya memandang dan membiarkan ia tidak disambut. “ Terima kasih sebab puji aku. Kau pun sama dah lain sekarang. Kurus, segak. Badan pun dah macam abang sado. Tapi sayang, perangai sedih!” sinis Nazrul berkata. Lelaki berspek sekadar tersenyum mengejek.

“ Kau jangan ingat kau dah tinggalkan kerja ni kau boleh lepas. Kau silap. Aku takkan lupa apa yang kau dah buat dulu. Kau bernasib baik sebab aku belum lagi sentuh budak – budak kau. Tapi, ingat. Sekali aku jentik, semua macam abu. Berterbangan.”

“ Mana Muiz?” Nazrul malas mahu mermadah pujangga. Kalau dia membalas kata – kata lelaki berspek inipun, sampai dua tahun pun tak ada penamatnya. Dia kembali hanya untuk menyelamatkan satu – satunya kawan yang telah menyedarkannya erti kehidupan.

“ Oh, lupa pulak aku dengan mamat tak berapa nak tinggi tu. Jangan risau, aku tak usik lagi dia tu. Lagipun, aku straight. Tak macam kau, bengkak – bengkok. Tak ada taste aku nak sentuh dia.” Sukahati dia aje nak memburuk – buruk Nazrul. Ingat dia tu bagus sangat ke? Sabar, Nazrul. Dia saja nak sakitkan hati kau tu. Hati Nazrul memujuk.

“ Apa yang kau lagi dari aku sampai kau terpaksa culik dia? Tak cukup kau dah tikam belakang aku, lepastu kau pergi culik lagi kawan aku tu? Apa?”

Bila dikenangkan semula, sakit hati pula Nazrul dibuatnya. Belum puas dia sudah pergi main tipu, kononnya Nazrul lah ketua yang paling gempak. Gempaklah sangat, hamprak dia! Sekali, bila Nazrul dapat hidu sesuatu yang tidak kena pada lelaki berspek itu. Rupanya dia sudah lama menyimpan dendam oleh kerana Nazrul pernah tanpa sengaja melanggar kekasih lelaki itu yang ketika itu Nazrul sedang memandu kereta. Macamlah Nazrul sengaja nak langgar kekasih lelaki berspek itu. Apalah!

“ Selagi kau masih hidup, selagi tu aku akan musnahkan hidup kau!”

Si mata empat itu memberi isyarat kepada pengawalnya untuk membuka pintu kereta belakang. Pengawal peribadinya faham dan ikut arahan. Nazrul mengelak daripada terkena pintu kereta. Setelah semuanya sudah masuk kereta, kereta itu bergerak. Nazrul menjauhkan diri daripada kereta. Takut sesuatu berlaku terhadap dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience