BAB 15

Action Completed 9995

Maya memalingkan mukanya ke belakang. Matanya tertancap pada Amirul yang berlari ke arahnya. Maya tidak perasan Coward sudah menembaknya. Dia terasa di awang – awangan. Dia menunduk, memandang perutnya yang keluar darah sedikit – demi sedikit. Batuk – batuknya tersembur darah daripada mulutnya.

Amirul dan beberapa orang polis menangkap Coward dan menggarinya. Amirul berlari mendapatkan Maya yang terduduk sambil memegang perutnya. Dia sempat mendakap Maya sebelum dia rebah.

“ Apa degil sangat kamu ni? Kan dah jadi macam ni.” Amirul menguak rambut Maya ke tepi.

“Nazr macam mana?” soal Maya tersekat – sekat. Dua orang medik mendekati dua beradik itu. Dalam sakit – sakit Maya, boleh lagi dia bertanya tentang Nazrul. Amirul membantu mengangkat Maya ke atas pengusung.

Maya dibawa dua orang medik ke dalam ambulans. Amirul turut masuk ke dalam ambulans tersebut. Di sebelahnya ada lagi seorang, kawan kepada Nazrul. Para medik membalut mana yang patut dan menyarungkan salur penafasan ke mulut Maya. Maya cuba mencapai tangan Amirul. Amirul memegang tangan Maya.

“ Tahan sikit ya, dik? Orang tu dah kena tangkap.” Tumpas juga air mata Amirul. Hanya Maya satu – satunya keluarga yang dia ada.

“Nazrul tu macam mana?”

“ Dia ditahan buat sementara waktu ni. Selepas beberapa laporan yang along dapat, dia beberapa kali terlibat dengan gejala gangsterisme. Dia mengaku kat along yang dia dah tembak beberapa orang tadi. Jadi, memang kena tahanlah.”

Maya tersenyum nipis. “ Along.”

“ Ya, dik?”

“ Along tak nak kerja dengan polis lagi ke?” Amirul yang mendengar soalan Maya hanya mengangkat bahu membalas.

“ Tengok keadaanlah macam mana.”

Maya menyentuh tanah kubur arwah Epul. Bersusah payah dia menahan air matanya daripada keluar. Sapu tangan yang dibawanya segera mengelap manik – manik jernih yang mengalir di pipinya. Dia tidak mahu air matanya jatuh terkena tanah kubur.

“ Epul, kau satu – satunya orang yang dah berjaya jatuhkan ego aku selama ni. Tak sangka pulak sekejap aje kita jumpa. Nazrul kena masuk penjara atas kesalahan dulu dalam masa yang lama. Aku pun lupa nak tanya berapa tahun. Tak kisahlah, janji dia dah menyesal dan takkan terlibat lagi dengan kegiatan gangster ni. Coward pulak tak lama nanti hukum gantung sampai mati. Tak tahulah berapa ramai dah yang dia bunuh dengan kejam. Aku doakan kau, agar kau tenang di sana. Harap suatu masa nanti kita akan berjumpa lagi.”

Maya mengelap air matanya dengan sapu tangan. Amirul membantu Maya untuk bangun dan duduk di kerusi roda. Maya bertegas mahu juga menziarahi pusara Epul walaupun badannya masih tidak sembuh sepenuhnya. Akhirnya, dapat juga dia pergi namun hanya sebentar saja.

Lima tahun berlalu…

“ Mampus aku! Kali ni memang kena lagi dengan along! Aduyai! Kalau dia tahu aku lambat masuk kerja, tak pasal – pasal aku dihalau keluar daripada rumah walaupun tu rumah mak bapak aku. Alahai, teksi ni pun satulah. Memang tak lawak pun. Masa aku nak naiklah dia lambat. Time aku tak nak naik, ada. Hamprak betul!”

Maya mengemas – ngemaskan skirt labuh yang dipakainya. Kejap dia bangun, kejap berjalan ke sana – sini. Kepalanya tinggi mendongak ke kiri kanan mencari – cari teksi. Selepas sekian lama menunggu, teksi pun datang. Terus Maya mengambil beg tangan dan berjalan laju memasuki perut teksi. Serentak, seorang lagi masuk namun di bahagian sebelah lagi pintu teksi.

“ The Mines!”

“ Pejabat pos!”

Masing – masing memandang sesama sendiri dan membuntangkan mata. Maya menudingkan jarinya ke arah muka itu.

“ Kau!” Maya dan Nazrul memanggil sesama sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience