Sebaik Maya keluar, Epul sudah tungu di hadapan kereta. Dia melambai – lambaikan tangan ke arah Maya. Maya membalas lambaian Epul dengan cara yang sama lalu berjalan mendekati Epul. Amirul mengekori Maya dari belakang dan hanya bersandar di dinding pintu rumah.
“ Sekurang – kurangnya dah ada calon adik ipar. Harap kau bahagia, Am.” Gumam Amirul perlahan dalam masa yang sama menerbitkan segaris senyuman sebelum dia menutup pintu rumah.
“ Lama tunggu?” soal Maya. Epul menggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan, menafikan pertanyaan Maya.
“ Adalah dalam 10 minit.” Epul menaikkan kening sebelah.
“ Oh, eh? Maaf lambat.” Maya membuka mulut sehingga menampakkan sebahagian giginya.
“ Bos, eh silap. Nazr… rol dia ada dekat sebelah saya. Saya asyik tersilap aje, sebab muka dia lebih kurang muka bos saya kat tempat saya kerja dulu.” Epul mengunci mulutnya daripada perkara sebenarnya.
Maya sekadar mengangguk, kononnya dapat menangkap kata – kata Epul. Dalam hatinya sudah sumpah seranah mengatakan Epul hanya berbual kosong, kata – katanya tidak betul. Maya menundukkan sikit kepalanya melihat Nazrul yang berada di sebelah tempat pemandu. Maya berpura – pura senyum sambil mengucapkan hai kepada Nazrul.
Nazrul sedar tentang kedatangan Maya berpura – pura juga membalas sapaan Maya. Padahal hati masing – masing dah pergi mencarut sungguh. Maya menjeling Nazrul tanpa Epul sedari. Shah turut melakukan perkara yang sama.
“ Eh, lupa pulak! Masuklah.” Epul segera membukakan pintu belakang, menyenangkan Maya untuk masuk. Maya menjauhkan diri sedikit.
“ Er, terima kasih.”
Di sebuah restoran, Epul dan Maya rancak berborak sesama sendiri. Seperti sudah lama mengenali sesama sendiri. Nazrul hanya mendagu, memerhati gelagat mereka berdua. Rasa jengkel melihat kemesraan antara Maya dan Epul. Menyamar awek aku, kau layan Epul apahal? Ah, menyemak dalam hidup aku betullah minah dua alam ni! Nazrul merungut dalam diam.
“ Iya? Saya pun minat jugak motorcross tu. Tapi, sekarang tak sangat. Nak jaga penampilan dirilah katakan. Arol nilah yang suruh saya kurangkan sikit hobi saya yang agak lasak tu. Katanya takut saya tercedera teruk. Maklumlah, mentang – mentang kaki saya pendek. Dia ingat saya senang masuk hospital. Kan, Rol?” Maya mengenyitkan matanya memandang Nazrul.
Dia perasan dan hanya anggukan menjadi jawapan walaupun dalam hati rasa sebal dengan cerita tipu Maya. Apa aku kisah? Kau dah kiok sekalipun, lantaklah. Apa kena mengena dengan aku pulak? Nazrul menyedut air guava melalui straw.
Perut Maya terasa memulas. Tidak semena – mena, belum pun dia mahu menahan, kentutnya melepas. Bukannya perlahan, kuat. Semua pelanggan beralih perhatian ke arah mereka bertiga. Muka Maya berbahang, rasa malu mula memuncak.
Nazrul terdengar akan bunyi itu cepat – cepat menutup hidung. Epul terdiam, tidak tahu bagaimana untuk memberi respon. Kebanyakan pelanggan yang berhampiran dengan tempat mereka yang enak menikmati makan malam sudah tidak berselera. Mereka kemudian berpindah ke tempat duduk yang agak jauh daripada mereka bertiga. Nazrul sedaya upaya menahan gelak. Maya ternampak pipi Nazrul yang seperti menahan ketawa, menjegilkan matanya dalam masa yang sama menunjukkan sekepal penumbuk kepada Nazrul. Nazrul memandang mata Maya hanya buat – buat tidak tahu.
“ Tak lawaklah, bapok!” Maya serta merta bangun dan beredar meninggalkan restoran. Epul dan Nazrul memandang sesama sendiri. Selepas kelibat Maya hilang, mereka berdua terus meluahkan ketawa mereka dengan kuat.
“ Aduyai, cayalah kau, Epul. Menjadi jugak perangkap kau kan?” Nazrul dan Epul saling bertepuk tangan sebelah.
“ Alah, bos. Epul ni kan? Setakat perempuan macam tu, senang aje nak diprank. Tapikan, comel jugak si Maya tu. Apa kata biar saya aje yang jadi boyfriend betul dia bos?” Epul mengetuk – ngetuk dagunya.
Share this novel