BAB 14

Crime Completed 9966

“ Kalau aku dah nazak sekalipun, aku takkan mintak tolong dengan kau. Kan aku dah cakap, aku nak balas balik perbuatan diorang tu tadi?” Maya menjegilkan matanya ke arah Nazrul. Nazrul menekan pedal minyak sebelum dia menarik brek.

“ Okey, kau yang cakap macam tu. Pandai – pandailah kau survive sendiri nanti. Berlagak betul!”

Adegan tembak – menembak mula berlaku. Maya bagaikan menunggu seseorang. Habis beberapa orang dibantainya. Dia mengurut – ngurut tangannya yang agak sengal – sengal. Dia memusingkan topi ke belakang. Maya dapat melihat dari pandangan jauh Nazrul membantu seseorang keluar daripada dalam kilang ini.

Nazrul terlihat Maya memberi isyarat kepadanya supaya keluar. Maya membalas dengan memberi isyarat tangan agar pergi dulu. Nazrul berasa agak serba salah, nak tak nak dia terpaksa pergi dulu membawa kawannya ke tempat yang selamat. Maya berjalan laju mencari orang yang tidak bertanggungjawab menembak Epul.

“ Hebat jugak kau ni kan?”

Maya terdorong ke belakang apabila seseorang berada agak dekat dengannya. Muka lelaki itu seperti telah mencium sesuatu sambil tersenyum senget. Maya memandang lelaki tersebut. Coward memasukkan tangannya ke dalam poket seluar. Maya memberikan pandangan tajam ke arah Coward.

“ Kau tak patut bunuh Epul.” Maya mula hendak menyerang Coward melalui kata – kata.

“ Bunuh? Eh, bila masa pulak aku bunuh dia? Lagipun, itu tak ada kelaslah. Orang kalau nak bunuh gunalah cara halus, barulah ekstrem.”

“ Cuma kau aje musuh yang aku pernah nampak kau cakap dengan Nazrul. Kau sepatutnya yang mati, bukan Epul!” kata Maya tegas. Coward tertawa, nada yang sangat menyakitkan hati Maya. Coward mendekati Maya yang semakin berundur ke belakang.

Maya terperangkap, dia tersandar di dinding. Laluannya dihalang Coward, kiri kanannya dihalang oleh tangan Coward yang menyentuh dinding. Maya agak cuak, mukanya agak dekat dengan muka Coward. Sedaya upaya dia menyembunyikan rasa cuak yang terbit di mukanya. Coward tersenyum sinis memandang muka Maya yang ketakutan.

“ Setakat orang macam Epul tu, aku boleh tikam pun mati. Inikan pula kau, perempuan yang berlagak macam lelaki. Kalau kau jadi perempuan simpanan aku pun, aku tak layan. Low class!”

Muka Maya bertukar kemerahan. Geram bercampur aduk dengan marah. Aliran kemarahan meresap ke dalam penumbuk Maya lalu dilayangkan tepat ke dagu Coward daripada bawah. Kepala Coward terangkat ke atas dan terundur ke belakang. Padu kaki Maya menghinggap badan Coward agak deras beberapa kali, sehinggakan Coward tidak terbangun.

Maya menghentak kaki ke atas tempat sensitif lelaki. Tangannya diletakkan di atas lututnya. Maya memberikan senyuman perli kepada Coward.

“ Same as me. Lelaki macam kau ni berlambak dekat lorong Haji Taib tu. Najis! Agaknya dah berapa lama tak mandi wajib. Tapikan, kalau mandi harus pun tak pernah inikan pula mandi wajib. Pergi matilah, kau!”

Maya menekan lagi tempat tersebut sehingga Coward meraung sakit. Telinga Maya menangkap bunyi siren polis daripada luar. Maya tersengih ke arah Coward yang sudah menjeling tajam ke arahnya.

Dia berpura – pura membuat muka comel. “ Eh, lupa pulak ada orang tu dah berapa kali menang lawan taekwondo peringkat negeri. Hampir – hampir je nak wakil kebangsaan, tapi sebab abang orang tu halang. Then, orang tu pun masuk kelab untuk saja – sajalah. Manalah tahukan ada apa – apa, senang nak melayang kaki ni.”

Maya melepaskan tekanan kakinya. Coward mengerang sakit. Maya ternampak ada beberapa orang polis masuk dan menghalakan senjata ke arah konco – konco Coward. Maya memusingkan badannya daripada menghadap Coward. Coward memulakan rencananya. Dia segera bangun dan mengeluarkan pistol daripada poketnya. Maya berjalan beberapa langkah tanpa mengetahui apa yang berlaku di belakangnya.

“ Maya, tunduk!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience