Jelingan mata Nazrul menyoroti perjalanan kereta yang tiba – tiba sudah hilang sekejap daripada pandangan mata. Laju betul kereta tu pergi. Nazrul menyepak batu – batu yang terdapat di atas jalan yang berbatu.
Maya berasa tidak sedap hati. Kejadian yang berlaku dihadapan matanya betul – betul agak tidak sedap hati. Sejak dia ekori Nazrul, hatinya memang sudah syak ada sesuatu yang tidak kena dengan Nazrul. Tentang selendang yang sepatutnya dipakai Nazrul, gaya percakapan Nazrul yang tiba – tiba berkau aku, semuanya pelik.
Maya segera meninggalkan Amirul yang sepatutnya mereka sambung gaduh. Maya mencapai kunci motor abangnya dan terus mengekori Nazrul. Belum sempat Amirul mahu menahan, Maya sudah lesap.
Pemakaian lelaki itu. Dengan ditemani, dikeliling oleh dua orang lelaki berbadan sasa. Jauh dari tempat dia bersembunyi, riak muka Nazrul agak garang bila bercakap dengan lelaki yang berspek mata. Lain sangat muka Nazrul ketika itu, berbeza ketika dia sedang bercakaran dengan Nazrul pagi tadi.
Maya mundar – mandir berpusing sekeliling motornya sambil tangannya lekap di mulut. Topi sekejap – kejap, dipusing ke belakang, ke tepi, ke bawah, ke atas. Semua ‘ke’ ada. Kentut aje tak ada. Dia tidak menghiraukan orang lain yang memandang pelik terhadapnya di hadapan tasik.
Dia berhenti mendadak. “ Aku kena siasat. Tak boleh bagitau polis dulu, nanti aku yang kena tangkap. Tapi, kejap. Macam mana aku nak siasat? Aku bukannya kenal sangat si bapok tu? Nama pun aku tak tau.” Maya kembali berpusing sekeliling motor. Dia mengerahkan otaknya berfikir cara untuk mendapatkan maklumat daripada Nazrul.
Ting! Macam ada mentol lampu kuning berkelip – kelip di atas kepala Maya. Maya mendongak ke atas, menjentik mentol jatuh. Berkecai sudah mentol lampu yang entah dari mana muncul. “ Along. Hah!”
“ Kenapa berhenti kerja ni, nyah? Baru sebulan kerja kat sini.”
Nazrul menyarungkan ‘cap’ dikepalanya. Nazrul memandang Mimi sambil tersenyum. “ Aku ada hal yang perlu aku selesaikan dulu. Tak apalah, nanti mesti ada orang yang mampu jaga kau dengan anak kau.”
Bahu Mimi dipegang. Raut wajah Mimi bertukar muram. “ Takkanlah sampai tahap berhenti kerja? Kau satu – satu kawan aku yang prihatin pasal anak aku. Yang lain tu semua pandang lain kat aku sebab aku ni janda. Suami cari lain.”
“Mungkin ada sebab tersirat disebalik kejadian semua tu yang kita pun tak sedar. Kau jaga diri baik – baik tau? Jangan lupa call nyah tau? Helo, helo, call, call.” Nazrul menjungkit keningnya. Tangannya memberi isyarat seperti telefon sambil digoyang – goyangkan di telinga. Mimi hanya mengangguk.
Nazrul mencapai jaket dan berjalan keluar daripada kedai pakaian. Mimi melambaikan tangannya ke arah Nazrul. Nazrul sekadar melemparkan senyumannya kepada Mimi. Selepas kelibat Mimi tidak kelihatan, Nazrul didatangi sebuah kereta BMW series yang ke – 5 bewarna hitam dengan tingkap yang ditinted sehingga orang dalam tidak boleh dilihat langsung walaupun bayang – bayang.
“ Bro Cai, geng Coward tunggu kat kawasan tu. Dia kata dia bawak Muiz sekali.” Epul keluar daripada pintu kereta bahagian pemandu dengan nada yang cemas.
“ Kau biar betul Epul?”
“ Tak taulah, bos. Saya takut nanti kawan bos tu dikerjakan geng Coward tu. Dahlah si Coward tu makin berani sekarang. Semenjak dia dah keluar dulu, banyak budak kena bedal dengan dia.”
Epul membukakan pintu penumpang, namun Nazrul segera beralih ke pintu sebelah pemandu. Epul berasa pelik. Dia pun masuk semula ke dalam kereta. “ Kenapa bos tak duduk belakang? Bos kan bos?”
“ Epul, lepas aku dah keluar aku bukan lagi ahli kau orang, bukan bos kau orang. Aku datang semula sebab nak selamatkan Muiz. Jadi, kalau kau nak panggil aku Rol pun tak apa. Cepatlah, nanti apa pulak jadi pada si Muiz tu.”
Epul tersekat – sekat mahu mengiakan kata – kata Nazrul. Kemudian, dia menekan pedal minyak dan deras dia memandu kereta BMW tu.
Share this novel