"Aqmal cakap pasal DNA test" Azra buka mulut dan Fizi tak rasa pelik pun. Kalau dah bercinta pasti semuanya kongsi bersama.
"Kalau aku anak dia pun kenapa? Dia buang aku"
"Fizi, awak sepatutnya bagi aunty peluang."
"Peluang? Dalam hidup ni tak ada yang namanya peluang. Aku tak nak discuss soal ni"
Jeda.
"Kau dengan Aqmal..." Fizi berhenti bercakap dan tenung lantai.
"Dia tu macam abang saya je" Azra berterus terang dan Fizi pandang Azra.
"Abang? Sayang tu untuk adik ke?" Soal Fizi dalam nada cemburu dan Azra ukir senyum senang.
"Saya tak nak Aqmal, saya nak awak je. Boleh?" Pinta Azra dengan wajah comel.
"Kenapa kau desperate sangat?" Soal Fizi selamba dan Azra berkerut. Dia dilabel desperate.
"desperate..." Azra berdiri dan tinggalkan Fizi di ruang tamu. Azra masuk ke dalam bilik dan Fizi ketuk kepala dia sendiri.
Fizi masuk sama ke dalam bilik Azra dan dia tak cakap banyak terus duduk di atas katil empuk Azra. Azra kekok dengan situasi itu dan dia berjalan ke pintu bilik dan membukanya.
"Halau aku?" Soal Fizi pelik.
"Tak. Just bersedia"
"Untuk?"
"Larikan diri"
"Why?"
"Nanti awak bunuh saya dan tanam saya dalam konkrit" jawab Azra takut. Fizi hamburkan tawa mewah dan dia mendekati Azra serapat mungkin. Pintu ditutup rapat dan Azra melekap pada pintu biliknya sendiri.
"Kau tak suka Aqmal?" Soal Fizi di telinga Azra.
"Suka. Just like a brother" jawab Azra cuba untuk bertenang.
"Suka aku?" Soal Fizi lagi dan Azra jongket bahu.
"Kau betul nak aku?" Soal Fizi lagi dan Azra pandang Fizi dengan wajah teruja.
"Kalau kau betul nak aku, aku nak kau belajar berenang" Fizi ukir senyum jahat sebab dia tahu yang Azra akan mengalah kali ini. Azra takutkan air sangat2. Azra berkerut dan dia tahu Fizi sengaja.
"Takut?" Soal Fizi mengugut.
"Seminggu. And I will be your mermaid" Azra yakin pada dirinya sendiri dan Fizi sengih.
"Lets see" jawabnya dan keluar dari bilik Azra. Azra kalut sendiri bila dia tak tau nak buat macam mana. Siapa nak ajar dia berenang? Kalau dia lemas siapa nak selamtkan dia? Susah!
Azra tarik nafas dalam2 bila dia dah ready nak masuk ke dalam kolam renang. Dia cuak tapi dia betul2 nak pandai berenang dan dia tak nak Fizi buang dia.
"Kalau aku lemas macam mana?" Soal Azra pada dirinya sendiri.
"Avoid negative thought Azra!" Azra mula jadi seorang yang paling positif di atas muka bumi ini. Dia boleh mati kalau lemas.
"Aqmal cakap kerja bodoh ni macam bunuh diri je" Azra mulakan suara menakutkan dalam dirinya lagi. Azra turun dari kolam dan berjalan perlahan lahan. Air mula melewati paras dadanya dan dia mula kalut.
"First! Over your fear!" Takluki rasa takutnya sendiri dengan bersorak pada dirinya sendiri.
Air mula berada di paras hidungnya dan dia mula panik terus air masuk ke dalam hidungnya dan dia hilang keseimbangan bila kakinya tak mencecah lantai kolam lagi. Azra terkapai kapai dan akhirnya dia tenggelam ke dasar kolam.
Fizi yang baru sahaja balik dari kerja terkejut melihat tangan yang terkapai kapai di kolam renang. Dia campak semua benda di tangannya dan terus terjun ke dalam kolam.
Dia mencapai Azra dan bawa Azra naik ke permukaan. Azra terbatuk batuk mengeluarkan air dari paru parunya dan dia memeluk erat leher Fizi. Fizi membawa Azra ke tepian kolam dan dudukkan Azra.
"Kau dah puas hidup ke?!" Soal Fizi garang dan Azra tundukkan pandangan.
"Kalau mati jadi kes bunuh diri pulak dalam rumah ni" sambungnya garang dan Azra buat muka kesal.
"Saya nak...belajar berenang" luah Azra lirih dan Fizi menumbuk permukaan air. Dia geram betul bila Azra bertekad untuk dapatkannya.
"Kau boleh mati!" Tempiknya kuat dan Azra tersentak. Azra berdiri dan dia memandang tepat ke dalam kolam itu.
"Awak jangan selamatkan saya" Azra tekad terjun dan Azra terus tenggelam. Mata Fizi membulat dengan tindakan gila Azra jadi dia menyelam kembali dan selamatkan Azra lagi sekali.
Azra tolak badan Fizi dan dia memanjat naik ke tepi kolam. Fizi menghalang Azra daripada pergi dan mereka berdua jatuh terduduk di tepi kolam. Azra menarik tangannya dari tangan Fizi tapi Fizi tak benarkan.
Dia mendekati Azra sedekat mungkin sehingga Azra terbaring di tepi kolam untuk elak wajah mereka bertemu. Fizi semakin galak dan terus merapatkan wajahnya.
Share this novel