"Aku nak kau berhenti kerja! Fakskan notis berhenti kau hari ni jugak! Jangan berani nak melangkah keluar dari pagar rumah ni!" Selesai memberi amaran keras Fizi keluar dari dapur dan ke biliknya.
Fizi tersenyum puas setiap kali dia berjaya lempiaskan rasa bencinnya yang menggunung. Peduli apa dia dengan perasaan Azra. Yang penting dia rasa puas.
Azra mengutip kaca yang bertaburan di lantai dengan air mata yang tak jemu nak mengalir. Beberapa kali jarinya terluka bila terkena kaca tapi sakit dalaman dia lebih parah.
Azra segerakan kerjanya dan dia perlu siapkan sesuatu. Surat berhenti kerja tanpa kerelaannya. Azra mengemop lantai dan dia kembali ke biliknya. Seminggu sahaja sudah cukup untuk dia kenal setiap sudut rumah banglo mewah ini.
Azra menyiapkan surat berhenti kerja dan dia fakskan ke pejabatnya. Setelah itu dia membuat panggilan telefon untuk mengesahkan surat itu.
"Thanks a lot Aida. Sampaikan salam aku dan cakap kat mereka semua aku sayang dorang." Sebak Azra bersuara dan dia segera matikan telefon. Azra peluk lututnya rapat dan dia menangis lagi.
Badan Azra ditolak masuk ke dalam stor hanya kerana dia masak agak masin. Fizi memang tak tunjuk belas langsung pada Azra. Entah apa yang dia anggap pada Azra, manusia atau robot.
"Kau tidur sini malam ni!" Fizi tutup pintu rapat dan dia menguncinya.
"Awak...maafkan saya...saya takut..." rayu Azra agar Fizi lepaskan dia. Fizi rasa bangga pula mendengar rayuan itu bukan belas.
"Kalau kau tak nak bergelap, baik kau diam. Kalau aku dengar satu bunyi pun, kau akan tidur dalam gelap!" Ugut Fizi kejam dan Azra menutup mulutnya dengan tangan.
Dia terlalu takut untuk keluarkan sebarang bunyi. Fizi berpuas hati dan meninggalkan stor itu terus ke biliknya.
"Kau dah mati Irfan. Sekarang orang yang kau cinta terseksa. Padan muka kau! Kan elok kalau kau hidup lagi dan dapat tengok penderitaan awek kau ni. Puas hati aku! Irfan Haziq, this is just a start" Fizi gelak jahat dan dia baring atas katil.
Hatinya terasa sangat puas diatas penderitaan orang lain. Dia tak peduli apa Azra rasa, yang pasti dia puas.
Azra menangis ditikar sejadah kerana dia tak kuat lagi. Bila dia selesai berdoa dia buka telekung dan dia mengambil tuala untuk mandi.
Bila dia membuka baju dia terkejut bila nampak banyak kesan lebam pada badannya. Bila dia menyentuh tempat lebam itu dia rasa kesakitan yang teramat. Kesakitan yang dia tak pernah rasa sepanjang 26 tahun hidup.
Bila badannya terkena air juga dia turut rasakan pedih dan perit. Air mata mengalir bersama air pancut yang jatuh diatas kepalanya. Dia menangis lagi dan dia meratapi keadaan diri sendiri.
"Abang..." bibirnya bergetar menyebut nama itu. Dia rindu.
******
"Abang, Azra sakit sikit je" ujar Azra minta Irfan bertenang bila dia jatuh semasa bermain ice skate.
"Tapi, bengkak ni" Irfan tetap tak berpuas hati walaupun Azra bertegas yang dia ok.
"Abang, sikit je ni. Azra ok" ujar Azra lalu tergelak kecil.
"Ok. Kalau Azra dah jadi isteri abang nanti, abang akan jaga Azra elok2. Semut pun tak boleh gigit" tegas Irfan dan Azra terus tergelak. Kelakar betul dengan perangai Irfan ni.
"Ni yang buatkan Azra tak sabar nak kawin ni" Azra membalas ceria dan Irfan tersenyum puas.
"Abang takkan izinkan apa2 pun sakiti Azra" ucap Irfan ikhlas.
"Janji?"
"Janji!" Jawab Irfan yakin.
"Abang, Azra sakit sangat sekarang ni..." adu Azra lemah dan dia melurut jatuh ke atas lantai. Dia menangis lagi kerana dia memang tak kuat.
Fizi mengamuk lagi bila Azra sediakan kemeja yang salah. Nasib baik Azra dah gosokkan kebanyakan baju Fizi jadi tak ada masalah sangat. Fizi merenung Azra yang hanya diam tanpa memandangnya.
Wajah Azra dah lesu dan pucat. Dia rasa semakin benci pada Azra. Kali pertama dia melihat Azra dia memuji kecantikan Azra tapi kini, Azra hanya macam mayat hidup je. Fizi maju dan mencengkam kuat pipi Azra.
"Aku nak kau senyum kat aku! Senyum macam mana kau senyum pada abang aku! Faham tak?!" Pipi Azra dilepas dengan kasar. Azra rasa rahangnya hampir tercabut kerana dicengkam kuat sangat.
"Aku tanya ni! Kau faham tak?!" Melengking suara Fizi kali ini dan Azra mengangguk dalam gerun.
"Sekarang ni senyum" mendatar suara Fizi dan Azra ukir senyum terpaksa. Fizi tersenyum sinis dan menarik rambut Azra kuat.
"Selagi kau tak senyum betul2, kau berdiri kat sini!" Fizi lepaskan Azra dan dia keluar dari bilik itu. Azra menahan tangis dan pedih. Masakan dia tersenyum sedangkan dia terluka.
"Abang..." lemah Azra bersuara dan dia pasti dia takkan mampu tersenyum lagi.
Fizi enjoy dengan kawan2 nya dan dia memang berlagak, angkuh, sombong kerana mampu berjaya walaupun masih muda.
Hidupnya memang penuh dengan maksiat dan tak ada satu pun perbuatan yang dilarang Allah tak dibuatnya kecuali dadah, membunuh dan beberapa hal lain lagi. Kalau setakat mabuk dan perempuan, biasa!
Share this novel