BAB 6

Romance Completed 29776

"Bro, bini kau tak power ke? Cari minah lain" soal Zakri dalam keadaan mabuk dan Fizi tersengih. Rangkulannya pada pinggang GRO itu semakin erat.

"Tak selera langsung!" Jawab Fizi dan gelak jahat.

"Bila kau nak kenalkan kat kami?" Soal Mirza pula dan Fizi gelak lagi.

"Pergi mampus la perempuan tu." Jawab Fizi malas dan dia terus layan rasa mabuknya. Fikiran dia pada Azra langsung tiada.

Azra menunggu Fizi dengan sabar, semuanya kerana arahan Fizi. Fizi nak dia tunggu kepulangan Fizi selalu. Sama ada dia balik atau tak dia tak peduli, apa yang dia tahu, setiap kali dia melangkah masuk, muka pertama yang dia nak tengok ialah Azra. Dia nak Azra layan dia macam raja dan Azra hanyalah hamba.

Azra pernah disuruh tidur di dalam kolam renang kerana masuk tidur sebelum Fizi balik. Azra kalau boleh tak nak menaikkan darah Fizi lagi dah. Badan dia dah tak ada tempat untuk merasai mana2 luka atau lebam lagi dah.

Penungguan Azra sia2 sahaja bila Fizi tak balik semalaman dan dia tertidur dalam keadaan terduduk dan bersandar pada pintu.

Badannya tersembam ke depan bila pintu ditolak dengan kasar dari luar. Berpisat Azra bangun dalam keadaan mamai dan Fizi sudah balik. Fizi tersengih sinis melihat keadaan Azra yang tak cukup tidur kerana menunggunya balik.

"Aku nak air suam. Dalam bilik" Fizi memberi arahan seperti biasa dan Azra mengangguk faham.

Dia lega walaupun dia tersedar lewat, dia tak boleh solat jadi dia tak kesiangan. Dia segera menyediakan apa yang Fizi minta dan ke kamar Fizi. Saat itu Fizi sudah bertuala dan bersedia untuk mandi.

Azra hulurkan air suam dan Fizi meneguknya sampai habis. Kelihatan dahaga betul.

"Sediakan baju" arah Fizi dan masuk ke dalam bilik air. Azra mengambil kemeja yang sesuai, paling tak, dia kena tukar kemeja lain je nanti. Dia tahu yang Fizi sengaja tapi dia tak tahu kenapa.

Bila Fizi keluar dari bilik air Azra masih lagi di dalam biliknya. Fizi pandang Azra dan dia tahu Azra sedang perhatikan sesuatu pada badannya.

Fizi rasa teringin pula nak menguji Azra jadi dia mendekati Azra dengan sangat rapat sehingga bauan mandiannya dapat dihidu Azra.

Walaupun dia dah kalis tengok Fizi tak berbaju, tapi dia rasa kekok bila berdiri sedekat ini dengan Fizi. Air rambut Fizi membasahkan hidung mancung Azra dan Azra semakin tak keruan.

"Apa yang kau tengok?" Soal Fizi berbisik ditelinga Azra. Azra dapat rasa hangat nafas Fizi dan jiwanya bergelodak hebat. Azra terkebil kebil memikirkan jawapan yang sesuai. Terasa kerongkongnya terlekat tulang buaya untuk keluarkan suara.

"Apa?" Soal Fizi lagi dan semakin mendekat dengan Azra. Azra undurkan dua langkah dan dia tunjukkan tepat pada dada dan leher Fizi.

"Awak...awak...kena gigit semut ke?" Soal Azra tergagap gagap bila melihat banyak kesan merah pada badan putih itu. Fizi memandang badannya dan dia terdiam. Azra bukannya tak tahu apa maksud kesan merah itu tapi dia tak pasti nak cakap macam mana dan satu saat dia rasa cemburu. Kenapa? Hanya Allah yang tahu.

"Keluar!" Arah Fizi tegas dan Azra segera tinggalkan bilik itu. Fizi pandang badannya depan cermin dan dia lepaskan keluhan berat.

"Tak guna punya GRO!" marah Fizi dan menumbuk dinding kuat sehingga tangannya luka sedikit.

Azra sudah kehabisan idea untuk lakukan apa2 kerja setelah dia selesaikan semuanya. Rumah Fizi sangat besar dan cantik tapi kenapa mama dan papanya tak tahu di mana Fizi tinggal.

Azra rasa pelik dengan keluarga ini tapi dia tak pernah ambil pusing. Azra membuka ikatan rambutnya dan baring di sofa. Kerja di waktu lapang Azra adalah. Tidur!

Jadi, dia akan ambil kesempatan sementara Fizi sedang bekerja.

Fizi yang kepenatan setelah balik dari kerja terus buka pintu dengan kasar kerana Azra tidak menyambutnya pulang seperti biasa. Fizi berjalan dengan marah masuk ke dalam rumah dan dia perhatikan keadaan rumahnya.

"Mana pulak perempuan ni?" Bengang betul Fizi dengan Azra. Dia berjalan ke arah sofa dan melihat Azra sedang lena disitu.

Dia pandang wajah itu geram dan dia berhasrat untuk mengejutkan Azra tapi, bila dia lihat wajah polos itu dia batalkan hasratnya. Dia duduk di sofa dan perhatikan ciptaan Allah itu lama.

"Abang..." dalam tidur Azra memanggil nama itu dan Fizi rasa darahnya kembali menggelegak. Bantal di capai dan dibaling kuat ke atas muka Azra sehingga Azra jatuh dari sofa.

Berpisat Azra bangun dan terus bersiri tegak. Rambutnya yang tak terurus buatkan wajahnya kelihatan agak lucu. Tapi, bukan itu yang menarik minat Fizi. Bauan dari rambut Azra yang buatkan dia rasa senang.

Tanpa dia sedar tangannya membaiki rambut Azra sehingga Azra hilang kata2. Pada masa yang sama dia takut Fizi akan merentap rambut panjangnya itu.

"A...awak...nak makan?" Soal Azra gagap bila Fizi buat kali pertamanya menyentuhnya dengan lembut. Fizi tersedar akan tingkahnya dan dia melarikan tangannya. Dia memandang ke tempat lain sebelum kembali memandang Azra.

"Aku dah pesan banyak kali, aku makan atau tak tetap masak! Tu pun susah nak faham ke?" Soal Fizi kasar dan Azra mula menunduk memandang lantai.

"Angkat beg aku, masuk bilik!" Fizi meninggalkan Azra dan Azra segera melakukan perkara yang diminta Fizi. Azra masuk ke dalam bilik itu dan melihat Fizi sedang bersusah payah membuka butang bajunya.

Dah mula berkerut muka Fizi bila dia tak mampu nak membuka butang bajunya sendiri. Azra berkira untuk menolong tapi dia bimbang dimarahi jadi dia hanya diam dan pandang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience