BAB 12

Romance Completed 29776

"Dia datang dengan apa?" Soal Fizi pula.

"Teksi" jawab Hafid.

"Hantar dia balik rumah, jangan bagi dia naik teksi" arah Fizi pula dan Hafid terima arahan dengan baik.

"Isteri?" Soal Aqmal berminat. Fizi hanya angguk dan senyum.

"Boleh saya kenal?"

"Excuse me?" Soal Fizi balik. Pelik.

"Ya la, orang cakap tulang belakang seorang suami ialah isterinya. Saya nak jugak kenal isteri orang yang berjaya depan saya ni" jawapan dari Aqmal buatkan Fizi serba salah. Tapi, dia memang nak jaga hubungan baik dengan client pentingnya ini.

"Why not, Fid panggil Puan" arah Fizi dan Hafid hanya menurut.

Seminit kemudian Azra masuk ke dalam pejabat Fizi buat pertama kali. Aqmal dan Azra berpandangan lama seakan cuba untuk mengingat sesuatu. Mereka pernah berjumpa!

"Azra? Azra...Bukit Fraser right?" Soal Aqmal pada Azra dan Azra telan liur yang terasa pahit. Azra pandang Fizi yang melihat mereka pelik.

"Yes! You are. Tak ingat saya? Aqmal anak aunty Fatma" Aqmal perkenalkan dirinya dah gaya macam orang bodoh je. Azra dalam senyum nipis anggukkan kepala. Dia risau dengan pandangan tajam Fizi menikam wajahnya.

"Kenal?"soal Fizi bingung.

"Not really, dia pernah tumpang rumah kami masa sesat dekat Bukit Fraser dulu" terang Aqmal ringkas dan tergelak sikit. Azra hanya mampu ukir senyum dan pandang lantai. Tak tahu mata dia harus mengarah pada siapa.

"Tergurlah" Fizi bersuara dan Azra pandang Fizi.

"Aunty sihat?" Soal Azra sopan dan Aqmal ukir senyum bahagia.

"Sihat. Dia cakap lupa nak ambil nombor awak. So, why not sekarang?" Soal Aqmal dan Azra rasa serba salah. Telefon tak ada, macam mana nak bagi nombor.

"Telefon Azra rosak. Jadi, bagi nombor rumah je la" Fizi utarakan cadangan bila Azra diam je. Azra pandang Fizi seakan tak percaya tapi dia dengar jugak cakap Fizi itu. Perbualan mereka habis di situ saja dan Fizi mula bincangkan soal kerja.

Azra agak dia akan kena marah nanti jadi dia dah ready sangat.

"Siapa Raja Aqmal tu?" Ha! Baru je sebut dah jadi. Azra telan liur dan letakkan mangkuk sup atas meja.

"Saya...tumpang rumah dia. Malam tu" jawan Azra cuak.

"Bila?" Soal Fizi tegas.

"Malam kita pergi Bukit Fraser" jawab Azra lagi.

"Kau tumpang rumah lelaki? Perempuan apa kau ni?!" Soal Fizi kasar dan dia menepis mangkuk sup panas itu sehingga terkena kaki Azra.

"Awww..." adu Azra sehingga terduduk bila sup panas itu tertumpah atas kakinya. Pedih rasa kaki dia sekarang ni, untung tak melecur je.

Fizi terkedu dengan tindakannya tapi dia tak endahkan Azra malah keluar dari dapur. Azra meniup kakinya yang sakit dan membersihkan dengan air.

Fizi semakin dingin lebih2 lagi bila Aqmal dan Azra kembali berhubung. Pada suatu malam Fizi terdengar perbualan Azra dan Aqmal menyebabkan dia rasa sangat marah. "Saya ingatkan aunty yang call" jawab Azra takut bila dijerkah Fizi. Lengan Azra dipegang kasar dan Azra tergerak ke depan beberapa langkah.

"Pergi mampuslah! Kau ingat aku bodoh?!" Tempik Fizi dan Azra rasa tersangat takut dan sakit.

"Betul...dia cuma nak tanya khabar je" penerangan Azra hanyalah sia sia dan tak bermakna langsung pada Fizi.

"Masuk!" Arah Fizi tegas dan Azra masuk ke dalam kolam renang yang dingin itu. Rasa sejuk menjengah segenap tulangnya.

"Kau tidur dalam ni!" Fizi berlalu setelah menghukum Azra. Dia naik ke biliknya dan baring atas katil. Dia rasa sangat kusut bila keadaan dah jadi macam ni. Perasaan dia bercelaru dan dia rasa sangat serabut dengan rentak perasaannya.

Dia cuba lelapkan mata tapi tak berdaya, dia kerling jam di dinding, sudah tiga pagi. Dia bangun dari baring dan ke beranda untuk melihat Azra.

Dia perhatikan Azra yang lemah, letih, pucat dan mengantuk itu. Sesekali Azra melurut masuk ke dalam air kerana terlelap dan Fizi khuatir juga jika Azra terlelap dan lemas.

"Naiklah..." gumam Fizi perlahan dengan harapan Azra akan ingkar arahannya dan keluar dari kolam renang.

"Bodoh...keluarlah..." Fizi bersuara lagi. Bila Azra betul2 terlelap dan melurut masuk ke dalam air dan tak timbul lagi menyebabkan Fizi risau.

"Azra!!!"

"Azra!!!" Panggilan yang tak bersahut itu menyebabkan Fizi berlari turun ke kolam dan terus terjun bila melihat Azra sudah hampir ke dasar. Dia menarik Azra naik ke tepi kolam dan menepuk pipi Azra lembut. Sejuk badan Azra seakan mayat je.

"Azra! Buka mata!" Arah Fizi tegas tapi Azra langsung tak bergerak. Fizi letakkan kepala Azra dan dia lakukan pernafasan mulut ke mulut.

Beberapa kali barulah Azra terbatuk batuk dan air keluar dari mulutnya. Fizi angkat badan itu dan berlari naik ke biliknya. Azra diletakkan dalam keadaan basah kuyup di atas katil dan dia selimutkan badan Azra.

"Baju dia!" Kalut betul Fizi sekarang ni dan dia tanggalkan baju Azra cepat2. Dia terdiam bila melihat tubuh itu dan matanya terasa hangat.

Bukan kerana malu tapi kerana kasihan. Terlalu banyak kesam lebam dan biratan merah pada kulit putih itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience