Terlalu banyak dia mendera Azra selama ini. Setiap luka dibadan Azra seakan hukuman kepada Fizi dengan rasa bersalah yang teramat.
"Allah..." sudah lama mulut Fizi tidak menyebut kalimah itu.
Dia terduduk di lantai setelah menutup badan Azra. Fizi mengambil baju ganti dan dia kenakan pakaian ke atas tubuh itu. Badan Azra betul2 panas.
Fizi kemaskan katil yang basah dan dia letakkan Azra dibiliknya sendiri. Bibir merah Azra bertukar biru kerana terlalu sejuk.
Fizi panjat katil dan masuk ke dalam selimut bersama Azra. Dia peluk badan yang sudah lemah itu untuk berkongsi haba.
"Maafkan aku..." buat kali pertama juga Fizi rasa bersalah kerana menghukum Azra. Dia membenci Azra kerana orang lain.
Paginya Azra belum sedarkan diri dan atas nasihat doktor Azra dihantar ke hospital. Tahap kepanasan badan Azra mencecah 40 darjah celsius dan keadaan itu sangat merisaukan.
"Kau ni manusia ke Fizi?" Soal Dr. Kamal, kawan kepada Irfan. Dia dapat agak yang Azra didera jika melihat kesan lebam di badan Azra dan dia juga tahu betapa dendamnya Fizi pada Irfan.
"How is she?" Soal Fizi tanpa hiraukan soalan Dr. Kamal kawan baik abangnya.
"Dia boleh mati tahu tak. Suami apa kau ni? Kau benci Irfan tapi kau dera kekasih dia. Kau rasa puas ke?"soal Dr. Kamal geram.
"Kau siapa? Dia wife aku! So what?" Bengang betul Fizi.
"Aku tak benarkan kau melawat dia! Blah atau aku failkan kes kau dera dia"
Bukkkk! Satu tumbukan kena tepat pada pipi kiri Dr. Kamal sehingga terjatuh. Keadaan hospital gamat seketika bila Fizi mengamuk dan security terpaksa ambil tindakan.
"Make sure dia tak dapat masuk hospital" arah Dr. Kamal dan pihak security faham. Fizi menjerit minta dilepaskan tetapi tak berhasil.
Akhirnya Fizi dilarang untuk masuk ke kawasan hospital dan dia tak dapat nak melawat Azra. Dia terduduk di tepi jalan dan dia sangat kusut sehinggalah dia mendengar azan dari masjid berdekatan.
Dia rasa tenang dan sangat damai. Dia berjalan kaki ke arah masjid itu dan dia berhenti betul2 di depan pintu besar masjid.
"Nak, masuklah" pelawa seorang pak cik dan Fizi angguk. Fizi bukakan kasut dan masuk ke dalam masjid itu. Dia hanya menjejakkan kaki ke masjid untuk solat jumaat. Itu pun boleh dikira berapa kali.
Fizi ke ruangan wudhuk dan dia termenung lagi. Berwudhuk pun dia tak pandai. Dia hulurkan tangan supaya mengenai air dan dia berpaling ke sebelah kanan.
Ada poster yang ditampal menunjukkan cara2 berwudhuk. Dia mengikut guide itu dan dia rasa sangat susah.
"Abang, kena basuh kepala dulu barulah telinga" tegur seorang budak lebih kurang enam tahun. Fizi rasa segan bila dia ditegur oleh kanak2. Tapi dia tetap ikut apa yang budak itu tegur.
"Terima kasih" ucap Fizi dan usap kepala kecil itu lembut. Budak itu anggukkan kepala dan mengambil wudhuk pula.
"Abang, mari sini saya tunjukkan" tangan Fizi dipegang dan Fizi berpaling. Fizi melihat budak itu mengambil wudhuk dengan sempurna dan rasa malu menjengah lagi.
"Sekarang, abang ambil" Fizi mendengar sahaja mulut kecil itu dan dia mula berwudhuk.
"Sampai siku abang" tegur budak itu lagi. Bila selesai semuanya budak itu menadah tangan dan Fizi ikut sama menadah. Doa selepas berwudhuk dibaca dengan lancar. Fizi memeluk badan kecil itu erat dan air matanya mengalir. Budak itu mengesat air mata Fizi dan memegang kedua pipi Fizi.
" Allah sayangkan abang" kata2 budak itu meresap ke dalam hati Fizi dan dia tenang. Fizi cium dahi itu lama dan memeluknya lagi sebelum masuk ke dalam ruangan solat. Nak solat pun tak pandai ni.
Selesai solat Fizi mencari budak itu semula dan dia jumpa budak itu bersama lelaki yang menegurnya awal tadi.
"Pak cik, saya Fizi, Hafizi" Fizi perkenalkan dirinya dan pak cik itu membalas huluran tangan itu.
"Pak Man, ni Hafiz. Nama nak sama je" Pak Man ketawa ringkas dan Fizi angguk setuju.
"Hafiz, terima kasih" ucap Hafizi dan memeluk badan Hafiz.
"Tadi saya jumpa dia tempat wudhuk. Dia lebih berilmu dari saya" Fizi merendah diri.
"Hafiz ni yatim piatu, pak man jumpa dia depan masjid ni. Pak man jaga dia, pak man pun sorang je" maklum Pak Man dan Fizi faham.
"Pak Man, saya nak belajar. Boleh Pak Man tolong?" Pinta Fizi.
"Alhamdulillah, in sha Allah dengan izin Allah. Sekarang pun boleh"
"Betul?" Soal Fizi teruja .
"Ya"
"Terima kasih. Tapi, ada baiknya kalau kita berbual dulu. Banyak yang pak man nak tanya"
"Ya. Kita borak dekat kedai sana" pelawa Fizi dan mereka bertiga berkunjung ke restoren berdekatan. Fizi duduk di sebelah Hafiz.
"Macam mana kehidupan Fizi?" Soal Pak Man dan dengan rasa segan Fizi cerita semuanya, walau satu pun tak tertinggal.
"Kamu dah mandi wajib?" Soal Pak Man bila dengar keseluruhan cerita Fizi. Fizi pula seakan blur tahap maksima. Mungkin dia fikir mandi sunat pun ada ke.
Share this novel