BAB 11

Romance Completed 29776

Dia melihat kesan biratan pada lengan Azra dan rasa marahnya semakin menggunung.

Azra tersedar dari tidur dan badannya rasa sakit2 tapi dia masih lagi larat untuk bangun dan solat subuh. Kenangan ngeri semalam buatkan dia rasa takut tapi saat dia terpandang wajah Fizi yang lena disofa dia rasa tenang.

Wajah Fizi direnung lama dan dia masih lagi mampu rasakan pelukan hangat Fizi.

Azra turun dari katil dan dia terkejut bila dia berada di dalam bilik Fizi. Dia keluar dari bilik itu perlahan lahan dan masuk ke biliknya. Dia sendiri masih trauma tapi dia tetap perlu solat.

Dia ambilkan telekung dan keluar dari bilik itu dengan segera. Dia ambil wudhuk dan solat di luar bilik je. Selesai solat dia masuk semula ke dalam bilik Fizi dan Fizi masih lagi lena.

Azra melihat ada kesan darah pada balutan tangan Fizi dan dia segera mendapatkan Fizi. balutan itu dirungkaikan dan Fizi tersedar bila dia rasa sakit. Wajah Azra yang sedang tersenyum memandangnya buat dia rasa tenang.

"Ok?" Soal Fizi lembut dan Azra senyum sambil anggukkan kepala. Fizi lega betul dan tangannya menyentuh kepala Azra.

"Luka awak berdarah balik" Azra bersuara perlahan dan membersihkan luka itu.

"Aku ok" jawab Fizi dan Azra senyum lagi.

"Aku nak mandi. Nak pergi kerja" ujar Fizi selamba dan Azra rasa cuak nak bersendirian dalam rumah itu tapi dia tak cakap apa2 selain mengangguk.

Azra rasa berat untuk biarkan Fizi pergi sebab dia rasa sangat takut. Saat dia hulurkan beg kepada Fizi dia seakan tak nak lepaskan beg itu je.

Fizi pelik dengan perangai Azra tapi dia tak rasa nak naik angin pula. Bila dia tatap wajah kesian Azra dia seakan dapat rasakan yang Azra harap dia tak pergi.

"Fine! Aku tak pergi" Fizi buat keputusan dan Azra tersenyum bahagia. Fizi masuk semula ke dalam rumah dan hempaskan badan pada sofa. Azra gembira sangat tapi dia tak cakap apa2.

Fizi meminta Hafid menghantar orang untuk datang ke rumahnya. Semua barangan dalam bilik Azra dikeluarkan dan diganti yang baru. Kecuali pakaian Azra sahaja. Dari katil, almari dan warna bilik juga diubah.

Fizi tak nak Azra rasa terganggu bila menggunakan bilik itu dan dia tak benarkan Azra gunakan bilik lain. Azra pelik dengan perangai Fizi tapi tak ada apa yang dia boleh buat.

Fizi ke pejabat setelah empat hari berada dirumah. Kadang2 dia pelik bila dia sanggup berkorban demi Azra.

"Aku dah gila!" Marah Fizi pada dirinya sendiri kerana sudah mula berlembut dengan Azra.

"Hafid!" Laung Fizi dan Hafid berlari masuk ke dalam bilik itu.

"Ada apa2 jawapan?" Soal Fizi.

"Blur boss."

"Ok. Keluar" malas pulak Fizi nak meninggikan suara dan naik angin hari ni jadi dia biarkan je masalah itu.

Dia lagi berminat nak fikirkan soal Azra Qalisha sekarang ni. Perempuan yang kelihatan biasa tapi luar biasa sebenarnya. Fizi cuba bayangkan hubungan dia dan Adila, sudah dua kali mereka berdua terlanjur, kenapa terlanjur?

Atas dasar cinta. Tapi, Adila lebih memilih Irfan yang jauh lebih baik daripada Fizi. Kerana benci dia menghukum Azra. Pantaskah Azra dibencinya?.

"Mama, papa. Kenapa tak sayangkan Fizi sama seperti abang?" Soal Fizi lirih, dia tahu dia anak angkat dalam keluarga itu tetapi kenapa dia mesti

dilayan dengan dingin?

Beberapa tahun lepas, Fizi selalu dimasukkan ke dalam hospital kerana paru parunya dijangkiti kuman tapi tak ada siapa yang sudi menjaganya. Setelah arwah atuknya meninggal tiada lagi orang yang menyayanginya.

Dia bukan berniat untuk menjadi liar tapi dia sendiri tidak dididik dan di asuh sebaik Irfan. Dia membesar di asrama sejak sekolah rendah lagi, tapi, Irfan dibesarkan di samping keluarga.

Dia mula rasa dicintai bila bersama dengan Adila. Mereka bercinta sejak zaman universiti lagi. Bila mereka serius Adila dibawa berjumpa dengan keluarganya dan Adila jatuh hati pada sikap ramah dan budiman Irfan.

Kerana tak dapat terima hakikat Irfan bakal berkahwin dengan Azra, Adila rancang untuk mati bersama Irfan. Kini, hanya Fizi yang tersakiti ada. Dendam lama dan baru buatkan dia tegar untuk menyakiti Azra hanya kerana Azra orang yang paling dicintai Irfan.

"Boss!" Hafid terpaksa tinggikan suaranya bila Fizi mengelamun jauh betul.

"Yes?" Soal Fizi bila tersedar.

"Raja Aqmal Hafizi dah sampai" ujar Hafid dan Fizi betulkan duduknya.

"Suruh dia masuk" ujar Fizi dan Hafid menjemput Raja Aqmal, Aqmal masuk. Mereka bersalaman dan Fizi menjemput Aqmal duduk.

"Besar betul syarikat encik"

"Syarikat arwah datuk saya bukan saya punya. Btw, thanks sudi bekerjasama dengan kami"

"Kami yang kena berterima kasih. Semua orang berebut nak kerja dengan syarikat ni"

"Melambung sangat" balas Fizi terhadap pujian itu dan Aqmal tergelak.

Sekali lagi ketukan pintu dan Hafid muncul lagi.

"Puan Azra bawakan dokumen yang boss nak" maklum Hafid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience