BAB 10

Romance Completed 29776

Azra terkejut bila biliknya dimasuki dua lelaki yang dia tak kenali. Dia mencapai tuala untuk menutup kepalanya dan dia menjauhkan dirinya.

"Encik berdua cari apa?" Soal Azra takut.

Zakri dan Mirza tersenyum puas hati melihat Azra. Terlalu cantik jika nak dibandingkan dengan perempuan yang mereka pernah try selama ni.

"Cari perempuan Fizi. Patutlah dia sorokkan you. Cantik rupanya you ni" tangan Zakri mula untuk menyentuh wajah Azra. Azra dengan kasar menepis tangan itu dan dua lelaki itu tergelak kuat dengan respon Azra.

"Sombong. I like" Mirza semakin mendekat begitu juga Zakri sehingga tiada ruang lagi yang tinggal kecuali dinding.

Mirza memegang kemas tangan Azra dan menolak Azra jatuh ke atas katil. Azra meronta untuk dilepaskan apakan daya yang dia ada, dua lelaki kuat menjadi lawannya.

Azra cuba untuk bangun dan melarikan diri, baru saja tangannya memegang tombol pintu, dia dipeluk dari belakang dan badannya di campak ke atas katil dengan kasar.

Azra ditindih Zakri dan tangannya di pegang kuat.

"Aku dulu?" Pinta Zakri dengan wajah jahat dan Mirza mengalah juga. Sebab semua ni idea Zakri dan dia pun nak try bini Fizi.

"Weh, kalau dia dara lagi, rugi la aku" Mirza menghalang Zakri dari mencium wajah Azra yang sedang meronta.

"Come on man! Dia hidup dengan Fizi berbulan dah. Kau rasa awek cantik macam ni lepas? Muka entah apa2 pun dia tak lepas" Zakri membuat andaian dan Mirza tersenyum senget.

"Beres bro!" Mirza setuju dan dia membantu Zakri untuk hentikan Azra yang sedang berusaha lepaskan diri.

"Diam la perempuan!" Jerkah Zakri bila dia langsung tak berpeluang nak buat apa2.

"Weh! Jangan sampai pukul. Mati kalau Fizi tahu" Mirza halang tangan Zakri yang mahu menampar wajah tak bersalah Azra. Zakri batalkan niatnya pula.

"Lepaskan aku..." rayu Azra lemah dan Zakri gelak semakin kuat. Mirza pandang wajah lemah Azra dan dia rasa cuak tiba2.

"Zak,kau sure ke ni?" Soalan Mirza buatkan Zakri tergendala.

"Kalau kau nak insaf kat tangga tadi lagi. Sekarang barang dah ada depan mata!" Marah Zakri pada Mirza dan Mirza anggukkan kepalanya perlahan.

"Hafizi..." Azra memanggil nama itu perlahan dan air matanya terus mengalir.

Jantung Fizi berdegup dengan laju tiba2 dan dia ternampak seperti kelibat abangnya yang memanjat anak tangga. Fizi berlari mengikut bayang itu dengan laju dan tinggalkan parti.

"Lepaslah!"

"Tolonglah!" Jeritan dari Azra buatkan langkah Fizi semakin laju mendekati bilik Azra.

Pintu bilik itu berkunci dan tanpa fikir banyak Fizi menendang pintu itu hingga terbuka luas. Dia terkejut bila melihat Zakri berada di atas Azra dan Mirza ada disebelahnya.

Fizi yang bagaikan dirasuk menarik Zakri sehingga terjatuh dari katil. Dia terus memukul Zakri dengan kuat dan tanpa belas. Mirza yang cuba untuk leraikan pergaduhan turut sama dipukul Fizi.

"Binatang! Setan!" Marah betul Fizi dan terus menumbuk Mirza dan Zakri. Tangannya yang sudah luka kembali berdarah langsung tak dihiraukan.

Setelah lemau badan dua lelaki itu Fizi berhenti dan menarik kolar baju mereka berdua dan menolak mereka ke tangga. Untung tak mati sahaja dua kawannya dikerjakan.

"All of you! Get lost from here!" Tempik Fizi dan semua yang sedang enjoy berhenti. Keadaan Zakri dan Mirza yang teruk buatkan semua orang cuak. Semua orang mula beredar dari rumah itu dengan segera.

"Kau dengar sini! Mulai hari ni kau jangan sebut walau sekali pun nama aku! Dan jangan tunjuk muka kau depan aku lagi! " Amaran keras diberikan dan Zakri serta Mirza segera pergi dari banglo mewah Fizi. Fizi tak pernah mengamuk sampai macam ni sekali.

Fizi marahkan dirinya sendiri dan dia buang semua barang di atas meja. Dia meraup mukanya dan mengeluh berat. Dia berlari naik ke bilik Azra dan Azra sedang menangis serta trauma.

"Azra..." Fizi melangkah mendekati Azra tapi Azra tiba2 mengamuk dan hilang arah serta menghalang Fizi dekat dengannya.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku!" Azra menjerit jerit kerana terlalu takut. Fizi memeluk erat Azra yang sedang memukulnya dan biarkan Azra begitu.

"Aku Fizi. Hafizi" Fizi bersuara perlahan dan bila Azra mendengar nama itu dia terus menangis lagi. Dia membalas pelukan erat Fizi dalam keadaan menggigil.

"Fizi..." dia terus memeluk erat Fizi dan menangis semahunya. Rasa takutnya semakin hilang sedikit demi sedikit.

"Fizi..." hanya itu yang mampu keluar dari mulut Azra dan Fizi mengusap lembut belakang Azra.

"Demi nyawa aku, aku takkan biarkan setan tu semua dekat lagi dengan kau" bisik Fizi dan Azra kembali tenang tapi dia masih lagi menangis sehingga dia tertidur di dalam pelukam erat Fizi.

Fizi pandang keadaan bilik itu yang bersepah dan dia rasa sakit hatinya datang balik. Dia mengangkat badan Azra yang lemah dan bawa Azra ke dalam biliknya. Kali pertama seorang perempuan berpeluang baring di atas katil milik Fizi.

Azra diletakkan dengan berhati hati dan badan itu diselimutkan. Fizi duduk di birai katil dan dia tak dapat bayangkan apa yang dilalui Azra tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience