BAB 4

Romance Completed 29776

Untung sahaja ada pekerja yang ingat mereka pernah datang bersama jadi dia dapat kunci lain. Azra segera ke bilik itu dan dia kemaskan semua barangnya dan mengambil beg tangannya.

Azra segera pulangkan kunci ke kaunter dan keluar dari hotel. Dia berharap dapat cari hotel lain yang lebih jauh dari tempatnya sekarang. At least tempat dia boleh tidur. Azra menaiki teksi untuk ke hotel lain dan untung sahaja dia jumpa.

Setelah check in Azra masuk ke dalam bilik itu, walaupun tak semewah hotel dulu dia dah cukup berpuas hati. Azra buka tingkap dan dia rasa sedikit lega dan tenang.

"Kau tak boleh relax Azra! Kau kena cari tahu alamat rumah dia" Azra kalut pula bila dia tak tahu macam mana nak ke rumah Fizi nanti.

"Hello, mama. Mama tahu tak alamat rumah Fizi?" Soal Azra semasa menghubungi ibu mertuanya.

"Tak tahu? Ok" Azra mematikan telefon dan dia termenung lagi.

"Matilah aku" Azra mengeluh berat dan dia duduk di atas katil.

Fizi rasa ego dia tercabar bila Azra melarikan diri darinya. Dia rasa yang Azra tak cukup takut pada dirinya jadi sekarang ni dia berdiri di depan pintu rumahnya menunggu Azra muncul. Dah terlalu lama dia menanti dan amarahnya sudah sampai kemuncak.

"Mana pulak perempuan ni?" Soal Fizi geram dan dia hempaskan tubuh atas sofa. Telefon diambil dan nombor Azra didail. Tak sampai 10 saat panggilan itu sudah bersahut.

"Kalau kau tak sampai dalam masa 10 minit, kau tidur luar rumah!" Tengking Fizi setelah dia memberi alamat rumahnya dan dia berpeluk tubuh memandang pintu. 10 minit berlalu dan Azra belum muncul.

Hampir satu jam menunggu akhirnya Azra sampai dan tika itu Fizi sedang bercekak pinggang di depan pintu. Azra rasa dia memang kena tidur luar malam ni.

"Bila ada orang dah masuk kawasan aku, hanya dengan izin aku dia boleh keluar! Jadi, kau tak boleh keluar dari pagar rumah ni bila kau dah berani masuk. Aku cakap 10 minit,tapi kau ambil masa berpuluh minit. Tidur luar!" Pintu utama rumah ditutup kasar dan Azra tersentak. Azra hanya mampu mendengar dan dia mengeluh lagi. Azra masuk ke dalam keretanya sendiri dan berniat untuk tidur di situ.

Pagi2 lagi banglo Fizi mula bising bila Fizi membuat bising dengan bunyi hon keretanya. Azra terus tersedar dari tidur dan dia keluar dari kereta dengan cepat. Fizi yang masih lagi berbaju tidur tutup pintu keretanya dan bergerak ke hadapan Azra.

"Iron baju! Masak breakfast! Aku nak pergi kerja" arah Fizi kuat dan Azra angguk faham. Azra berlari masuk ke dalam rumah besar itu dan dia keliru dengan bilik Fizi. Rumah itu terlalu besar dan bilik terlalu banyak.

"Mana satu ni?" Soal Azra pada dirinya sendiri dan dia ikut Fizi dari jauh. Bila Fizi masuk ke satu bilik Azra berkira untuk ikut sama masuk. Azra ketuk pintu dan bila ada jawapan Azra buka pintu dan dia rasa nak pengsan bila Fizi dengan selamba sedang membuka baju dan hanya bertuala sahaja.

"Ba...ba...baju...kat mana?" Tergagap gagap Azra nak bertanya dan dia mula rasa segan.

"Tu bilik pakaian" Fizi jawab selamba dan terus masuk ke dalam bilik air. Azra telan liur dan segera mengambil sehelai kemeja untuk digosok. Bila dah selesai gosokkan baju dia tinggalkan di atas katil dan berdiri di luar bilik.

"Azra!!!" Lima minit lepas tu berdentum suara Fizi dan Azra cepat2 masuk semula. Dia dah bersedia sekalipun diherdik dan dikasari.

"Aku nak kemeja kuning!" Jerkahnya dan Azra seakan rasa gegendang telinganya bergetar beberapa kali. Kuat sungguh.

"Ya!" Azra terus berlari untuk mencari kemeja kuning. Bagai nak gila Azra bila mencari baju kemeja di dalam bilik besar itu. Jenuh dia membuka pintu almari tapi tak jumpa. Fizi mula naik darah bila melihat Azra yang masih lagi tak jumpa kemeja yang dia nak. Dinding kaca itu tak membataskan penglihatannya.

"Cepat sikit! Lembab!"

Azra mencapai kemeja kuning dan mula menggosoknya. Selesai je terus dia berikan kepada Fizi. Fizi memakai kemeja itu tanpa riak dan kemudian dia buangkan kemeja itu dengan kasar ke lantai.

"Kau pandai gosok baju tak?" Soal Fizi kasar dan tudung Azra direntap kasar sehingga kerongsang tercabut.

"Aku nak kau gosok dari dalam dan ke luar. Aku nak every jahitan digosok. Kau gosok balik!" Tengking Fizi dan cepat2 Azra ambil baju dilantai dan dia menggosoknya.

Sekali lagi baju itu dibuang ke lantai. "Kau ingat aku pengemis? Pakai baju yang dah buang. Baju lain!" Arah Fizi kasar dan menolak Azra sehingga jatuh ke lantai. Sengal siku Azra bila terhentak kuat pada lantai. Azra cuba untuk bangun dan dia kembali mampu berdiri. Dia mencari kemeja kuning lain dan mula menggosoknya. Air mata yang mula bergenang dia seka dengan cepat.

Begitulah kerja harian Azra. Walaupun kerja dia sudah sempurna tetap nampak macam sampah pada Fizi.

"Saya...saya...nak minta izin" kecut jugak Azra nak cakap dengan Fizi. Fizi yang sedang makan angkat muka pandang Azra tajam.

"Saya nak keluar" laju Azra membuka mulutnya.

"Mana?" Soal Fizi malas.

"Kerja" jawab Azra perlahan dan Fizi berhenti masukkan makanan ke dalam mulutnya. Dia memandang Azra yang hanya tunduk memandang lantai dan meletakkan sudu dan garfu dengan kasar.

"Kau ingat aku tak mampu ke nak bayar kau?" Soal Fizi bengang.

"Bu...bukan. saya...nak...kerja" jawab Azra takut. Serta merta bunyi pinggan pecah bertaburan kedengaran. Fizi menepis pinggan di atas meja sehingga semuanya jatuh ke lantai. Dia bangun dari kerusi dan tenung Azra dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience