BAB 2

Romance Completed 29776

"Abang mengarut apa ni? Kalau bukan abang, Azra tak nak kawin!" Azra bangkit dari duduk dan dia ingin berlalu dari situ. Tak suka dengar apa yang keluar dari mulut Irfan.

"Azra, abang cakap kalau je, Azra ingat abang nak bagi Azra senang2 je kat orang lain?" Irfan memujuk dan Azra ukir senyum.

"Jom kita ambil gambar kawin" ajak Irfan ceria.

"Mana boleh! Tak kawin lagi" bangkang Azra pula.

"Jomlah! One shot je. Please?"

"Ok."

"Yes! Abang panggil photographer" Irfan ceria betul dan bila dia kembali bersama jurugambar mereka mengambil sekeping gambar sebagai kenangan. Irfan menatap gambar itu lama dan dia merenung mata bundar tunangnya.

"Abang dah puas hati sangat" luah Irfan dengan nada sebak.

"Jiwang la abang. Dah la, jom ganti baju" ajak Azra pula, malas nak melayan angin pelik Irfan ni.

"Please, stay with me like this. For a few more hours"

"Ha? Talking like crazy lagi. Abang ingat kita tak ada kerja lain ke nak buat?"

"Abang nak sangat. Please" pujuk Irfan lagi dan Azra terpaksa bersetuju dengan permintaan Irfan. Untung je butik ni milik kawan baik Azra jadi, boleh la mereka buat macam butik sendiri.

Bukan sekeping gambar je, berkeping keping gambar yang mereka ambil bersama dan pelbagai jenis baju pengantin mereka cuba.

Hampir habis satu butik ni. Dah rasa macam model pulak mereka berdua ni.

"I like this one. Akad nanti pakai ya" pinta Irfan pula bila Azra memakai satu busana pengantin yang sangat ringkas tapi cantik, hanya mainan sutera dan pearl. Sudah cukup cantik.

"Ya. Anything for you" balas Azra lembut dan Irfan senyum pula. Dia rasa sangat gembira sekarang ini. Senyuman lelaki itu buatkan Azra tersenyum bahagia.

"Anak, nak..." satu suara mengejutkan Azra yang sudah terlena di tangga masjid. Azra buka matanya luas dan berdiri di sebelah wanita tua itu.

"Kenapa tidur kat sini? Kenapa tak masuk?" Soal wanita itu dan Azra ukir senyum sedikit.

"Baju saya basah" jawab Azra dengan suara serak. Dia bersihkan tekak dan ukir senyum lagi.

"Anak dari mana ni? Dengan baju pengantin lagi"

"Saya...saya..."

"Sesat?"

"Ya!" Jawab Azra laju.

"Kalau macam tu balik rumah aunty dulu la. Jom" ajak wanita itu ramah dan Azra serba salah nak mengikut.

"Marilah, anak dah demam ni" ajaknya lagi lembut dan Azra mengangguk. Niat dia memang tak nak susahkan sesiapa tapi, ada baiknya jugak kalau dia ikut. Lagipun dia dah rasa sejuk segenap saraf ni.

Tiba di rumah wanita itu Azra seakan terpaku dengan kemewahan dan kecantikan rumah itu. Azra melangkah masuk perlahan lahan mengekori langkah wanita itu.

"Nita!" Wanita itu memanggil satu nama dan seorang perempuan datang kepadanya dengan cepat.

"Ni tetamu saya, tunjukkan dia bilik tetamu dan berikan dia pakaian bersih" arah wanita itu.

"Baik dato" balas orang yang bernama Nita itu dan Azra seakan terkejut lagi, orang yang menolongnya sangat berpengaruh. Dia mengikut Nita ke bilik tetamu yang tersangat besar dan mewah. Azra masuk ke dalam bilik itu dan dia memandang Nita dalam mode terkejut lagi.

"Cik tunggu sekejap, saya ambilkan pakaian" ujar Nita sopan dan Azra mengangguk sambil tersenyum. Azra berdiri macam tunggul di dalam bilik itu dan dia memang rasa seperti sesat di dalam istana.

"Cik perlukan air mandian? Perlu saya sediakan?"

"Tak apa. Saya ok je. Terima kasih" ucap Azra dan Nita angguk. Nita keluar dari bilik itu dan biarkan Azra seorang diri.

Azra mengambil tuala yang disediakan dan dia masuk ke dalam bilik air. Lama benar dia berada dalam bilik air, sebab terkejut saja dah makan masa beberapa minit.

Azra mandi dan dia tahu dia perlu solat. Setelah dia mandi dan mengganti baju dia mencari telekung untuk solat tapi tak jumpa. Dia menyarung tudung dan keluar dari bilik, dia terkejut bila ada seorang lelaki yang tinggi dan tegap melintasinya.

Mereka berdua berpandangan lama dan Azra jauhkan tangannya yang berpaut pada lengan lelaki itu kerana refleksi daripada hampir jatuh tadi.

Lelaki itu pandang Azra dalam2 dan dia rasa pelik dengan orang asing itu.

"Aqmal, bila sampai?" Satu suara memecahkan suasana kekok itu.

"Bonda, baru je. Maid baru?" Soal Aqmal pada bondanya dan bondanya tergelak kecil.

"Tetamu bonda, Azra. Azra, ni anak aunty, Aqmal" wanita yang bergelar Dato Raja Fatma itu memperkenalkan mereka berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience