BAB 21

Romance Completed 29776

Dia berikan satu ciuman ringkas yang berjaya buatkan Azra terkejut dan menolaknya jatuh ke dalam kolam.

"Kau dah dapat aku" ujar Fizi dan Azra pandang Fizi terkejut. Jarinya masih lagi melekap pada bibirnya. Dia ukir senyum bermakna dan gigit bibir bawahnya.

"Tapi saya tak pandai berenang"

"Sokay, aku boleh ajar" ujarnya tenang dan Azra ukir senyum lagi.

"Awak betul2 nak saya?" Soal Azra balik.

"Bukan kau ke desperate nak aku?" Soal Fizi sinis. Azra lompat terjun kolam lagi sekali dan memeluk erat Fizi.

"Saya desperate sangat!" jawab Azra yakin dan bibir Fizi ukir senyum. Walaupun ringkas tapi ikhlas. Fizi tak membalas pelukan itu tapi dia menghargainya. Pelik betul dia dengan perangai Azra ni.

'Betul ke dia sayang aku?' Soal batinnya sendiri. Azra terlalu beri perhatian pada dia sampaikan dia rasa yang Azra sayangkan dia tapi, dia juga takut dengan bayangan Irfan. Mereka terlalu secocok berdua dan bersama.

"Kalau Irfan masih hidup. Antara aku dan dia? Siapa kau pilih?" Soalan Fizi yang tak dijangka itu buatkan Azra lepaskan pelukan dan dia memegang tangga kolam. Dia memanjatnya naik dan berdiri.

"Kalau Irfan hidup, saat itu saya isteri awak. Saya akan pilih awak" jawab Azra yakin dan berlau pergi.

Fizi rasa sebak dan hampir menangis bila Azra cakap sedemikian. Dia tahu, dalam bicara Azra selalu sahaja ikhlas. Andai Irfan tak meninggal, Fizi tak akan dapat merasa cinta sebenar.

"Abang Irfan. Kau dah dapat perempuan terbaik" Fizi mengguman sendiri dan dia ikut sama naik. Apa jadah jugak dalam baju kerja lagi dah berenang sakan. Dia keluar dari kolam dan melihat barangnya yang dicampak tadi.

"Ah! Telefon pun aku campak sebab nak selamatkan kau" Fizi mengambil telefon dan begnya. Dia senyum lagi dan masuk ke dalam rumah. Azra sudah datang bersama dengan sehelai tuala kering dan dia berikan kepada Fizi. Barang di tangan Fizi dia ambil dan hantar ke bilik Fizi.

Fizi malas nak menukar pakaian di bilik air jadi dia melucutkan pakaian basah disitu sahaja dan memakai tuala je. Untung tak jatuh tergolek atas tangga dengan aksi Fizi ni.

Azra patah balik daripada turun tangga dan masuk ke biliknya. Fizi ukir senyum lagi dan masuk ke biliknya pula. Pakaian kering dia dah tersedia atas katil. Fizi masuk ke dalam bilik air dan dia terus mandi.

Setelah selesai mandi dan berwudhuk dia keluar semula dan memakai baju. Songkok dicapai dan sejadah dihamparkan.

Azra rasa air matanya hampir menitis bila melihat Fizi masih lagi di tikar sejadah. Memohon keampunan kepada Allah.

'Apa dah jadi dengan Fizi?' Soal hati Azra sendiri tapi dia suka. Terlalu suka.

"Azra" panggilan itu buatkan Azra tersentak dan berkalih memandang Fizi.

"Aku lapar" ujarnya dan Azra segera membantu Fizi melipat sejadah.

"Dah sedia. Jom" ajak Azra senang tapi Azra pelik bila Fizi hulurkan tangannya. Terkebil kebil Azra tengok tangan itu dan dia menggaru telinga yang gatal.

Fizi menarik tangan Azra dan mereka ke dapur serta merta. Azra tersengih bila Fizi menariknya untuk ke dapur. Kerusi di tarik dan Azra didudukkan dengan agak kasar. Azra bangun semula untuk meletakkan nasi ke dalam pinggan Fizi.

Usai membersih pinggan Azra tahu, pasti Fizi berada di laman untuk hisap rokok. Fizi tak pernah hisap rokok di dalam rumah. Azra duduk disebelah Fizi tanpa pelawaan dan dia mencapai kotak rokok Fizi.

Sebatang rokok di tarik keluar dan pemetik api dicapai. Baru sahaja Azra mula menyalakan api, rokok di mulut Azra ditarik kasar dan di campak ke tanah.

"No! Kau tak boleh merokok" Fizi bertegas dan Azra ambil lagi sebatang rokok dan diletakkan dibibirnya. Sekali lagi juga rokok itu diambil dan dicampak ke tanah.

"Tak faham bahasa ke?" Soalnya kasar dan Azra buat bodoh malah mencapai lagi sebatang rokok. Rokok terakhir Fizi dalam kotak itu. Fizi membuang semua rokok termasuk di mulutnya yang baru sahaja dihisap satu suku.

"Good" ujar Azra bila selamat rokok Fizi dicampak ke tanah. Azra mengutipnya dan membuang ke dalam tong sampah.

"Kau sengaja kan?" Soal Fizi geram dan Azra anggukkan kepala. Dulu Irfan pun seorang yang suka hisap rokok jugak. Tak semua orang hisap rokok tu jahat or nakal, but, it looks like that. Hihihi. Tak semua orang jahat dan nakal hisap rokok jugak. Kan?

"Ni dah jadi habit aku" ujar Fizi lagi.

"Kalau macam tu, saya akan jadikan habit jugak. Jangan lupa, saya desperate nak awak" sempat Azra kenyitkan mata sebelum naik ke biliknya. Fizi hilang kata seketika bila Azra cakap macam tu. Azra dah jadi pelik dan cukup berani sekarang. Malah, nakal dan sedikit kejam pun dah ada tapi, Fizi suka. Suka semuanya yang ada pada Azra.

Di pejabat juga Fizi akan berada di bilik stor untuk hisap rokok dan Azra kenal sangat Fizi ni. Dulu dia tak berani nak menegur tapi sekarang Fizi dah tak gunakan kekerasan padanya dan dia jadi suka. Azra ikut masuk ke dalam stor dan menutup pintu rapat, malah menguncinya pula.

"Saya nak satu" pinta Azra pada Fizi.

"Ni je ada!" Tungkas Fizi pula. Bohong sangat. Tapi memang dalam tangannya kini hanya ada sebatang.

DIA TERPAKSA SOROK ROKOK SEBAB AZRA AKAN BUANG SERTA MERTA KALAU TERNAMPAK. ha! Sign board la tu.

"Ok. Share" Azra mengambil rokok itu dan dia matikan apinya dengan segera. Dia tinggalkan Fizi keseorangan di situ.

"Azra!" Panggil Fizi tapi Azra just buat bodoh dan pergi. Fizi tersenyum sinis dan keluarkan sekotak rokok di dalam poket seluarnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience