BAB 14

Romance Completed 29776

"Mandi wajib? Mandi apa tu pak man?" Soal Fizi lurus dan Pak Man tergelak sedikit.

"Mandi hadas besar. Contohnya selepas bersetubuh, haid, nifas." Jawapan ringkas itu buatkan Fizi garukan kepalanya.

"Kalau kita tak mandi, ibadat kita macam solat tak sah" sambung Pak Man lagi. Fizi tersenyum sedikit dan dia gelengkan kepala.

"Kalau macam tu Fizi kena balik dan mandi dulu, ya nak?"

"Ya. Tapi, macam mana pak man?" Pak Man terangkan caranya dengan teliti kepada Fizi dan untung Fizi jenis cepat belajar.

"Faham?" Soal Pak Man dan Fizi angguk faham. Dia tersengih sedikit dan memandang Hafiz.

Sudah hari kedua Fizi belajar dan dia memang tekun. Pelbagai jenis buku dibelinya sehingga ada yang bertanya jika dia cikgu mengajar sekolah agama. Hahaha. Kelakar pulak bila ada orang boleh label Fizi ni jadi ustaz.

"Pak Man, saya nak jumpa isteri saya" ujar Fizi bila bersembang dengan Pak Man.

"Pergi je la"

"Tak mudah pak man. Saya diharamkan masuk ke kawasan hospital"

"Ya ke? Habis tu?"

"Tak apa, pandailah saya ikhtiar" jawab Fizi lalu tersenyum.

Fizi tinggalkan rumah Pak Man dan dia ke hospital. Dia perhatikan cermin keretanya dan dia telan liur sekali. Dia menumbuk kuat cermin sisi keretanya sehingga pecah dan tangannya berdarah. Sakit? Gila tak sakit.

Dengan cara itu je dia dapat masuk ke dalam hospital dengan bersebab. Dia dibawa untuk diberikan rawatan. Akhirnya! Dia berjaya masuk ke dalam hospital.

Dia membalut sendiri lukanya dan berlari keluar dari bilik rawatan. Dia menuju ke wad Azra ditempatkan dan bila dia ingin membuka pintu dia tergamam.

"Ramai lelaki yang sudi jadi suami awak selain Fizi. He is too much!" Suara Dr. Kamal meninggi memarahi Azra.

"Saya tak perlukan semua tu."

"Arwah yang minta saya jaga awak"

"Listen, I have a husband and I can take care of myself!" Marah Azra balik. Tak pernah walau sekali Fizi rasa Azra naik angin.

"Dia dera awak. I know that!"

"He is my husband."

"What kind of husband is he? He is hurting you!"

"So what? Saya yang sakit, saya yang cedera, awak susah apa?"

"Azra, mintak cerai dan awak akan bebas."

"Dia suami saya, saya isteri dia. Awak jangan masuk campur urusan rumah tangga saya!" Suara Azra dah sampai tahap tertinggi.

"Awak cakap lagi, setakat ni je kita kenal" perlahan Azra bertutur dan Dr. Kamal terpaksa mengalah dengan cakap Azra. Dia pasrah.

Fizi seakan terkedu bila Azra begitu kuat pertahankan hubungan mereka walaupun dia layan Azra macam hamba.

Rumah tangga atau neraka? Nak sahaja Fizi tanyakan hal itu. Fizi bersembunyi bila Dr. Kamal keluar dan dia masuk selepas itu.

"Awak nak apa lagi?!" Soal Azra geram dan bila dia berpaling dia terkejut.

"Fi...Fizi..." rasa marah terus bertukar takut bila wajah Fizi yang muncul. Fizi mendekati Azra yang sudah turun dari katil bila dia muncul. Dia terus berjalan dan Azra mengundur beberapa tapak ke belakang sebab takut. Fizi mempercepatkan langkah dan kini dia sudah berada betul2 di depan Azra.

Azra hanya mampu menunduk memandang lantai dan menunggu apa yang bakal Fizi lakukan. Dahi Azra disentuh dan Fizi melepaskan nafas lega.

"Dah tak panas" Fizi bersuara dan Azra ukir senyum nipis.

"Dah dua hari" Azra pula membuka mulut dan Fizi hanya menatap senyuman ringkas Azra. Azra melihat tangan Fizi yang berbalut dan dia meraih tangan itu lembut.

Azra pandang Fizi dengan mata bundarnya seperti bertanya kenapa.

"Awak tumbuk apa?" Soal Azra perlahan.

"Side mirror" jawab Fizi tenang dan Azra terngadah.

"Aku tak boleh masuk hospital sebab tumbuk doktor, jadi..." Fizi hentikan percakapannya dan dia berpaling. Dia tak berhasrat untuk ceritakan perbuatan bodohnya itu.

"Jadi awak cederakan diri awak sendiri?" Soal Azra menyambung ayat Fizi yang separuh jalan itu. Fizi tak menjawab dan tak hiraukan apa yang Azra sedang fikir.

"Awak kena bersihkan luka ni" Azra menarik tangan Fizi ke dalam bilik air dan membersihkan luka itu. Fizi hanya diam dan langsung tak respon apa2.

"Dah." Ujar Azra dan dia keluar dari bilik air bersama Fizi. Luka dikesat sehingga kering tapi belum dibalut.

"Kena letak ubat ni" maklum Azra tapi Fizi tak endahkan pun. Kemudian Dr. Kamal masuk ke dalam wad itu.

"Kau buat apa kat sini? Nurse, call security" arah Dr. Kamal dan Azra berkerut.

"Dr. Kamal! You are too much!" Bentak Azra geram dan selepas itu dua orang guard masuk ke dalam wad itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience